Tengah buat apa tu...dah makan malam ke belum..Saya dah makan dalam pukul 7 tadi cepatkan saya makan malam..sebenarnya adik saya bedah buat nasi goreng kampung yang pedas meletopss dan ajak saya makan tadi. Jadinya saya makan awal la sikit taklah kemalaman baru nak makankan.. Tapikan tekak nie asik terasa haus ajer mungkin sebab cuaca yang agak panas jadi rasa kering jer. Sepatutnya dalam cuaca begini kita perlu minum air masak banyak2..emmmm tapi saya nie asik nak minum air ice jer..walhal air batu tak bagus untuk kesihatan kerana mudah mendatangkan batuk...degil betullll lah cik leha nie kan...harap2 kawan2 yang lain tak degil macam saya yer..sebab kalau dah sakit tu saper yang susah diri sendiri juga yang susahkan...Pesanan ini ditujukan untuk diri saya sendiri "mencegah adalah lebih baik dari mengubati" dan untuk kawan2 saya rasa tentu lebih prihatin dalam penjagaan kesihatankan.
Okay lah kita tinggalkan cerita kedegilan saya di atas sebab saya hendak berkongsi satu resepi yang agak unik dan enak..Sebenarnya Tahu Teratai ini dibuat oleh kawan pejabat saya kak marie kelmarin dan saya minta izin pada beliau untuk berkongsi resepi bersama kawan2 yang lain. Tahu Teratai ini sangat gurih atau garing diluarnya dan intinya lembut dan sedap sesuai untuk dimakan waktu petang atau boleh juga dimakan bersama nasi sebagai lauk...Jom kita semak resepi di bawah:-
Tahu Teratai
Bahan-Bahannya
30 biji tahu pok -tahu nie bersize kecil bentuk segiempat siap digoreng (kat pasar banyak)
Bahan untuk Inti
6-7 keping tahu putih yang lembut (jenis untuk buat sop) - dilecek
200 gram isi udang dicincang
2 labu bawang besar di dadu halus
1 batang carrot - diparut atau dihiris batang mancis halus
2 batang lada merah dicincang
2 pohon daun sup/bawang - dihirs halus
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
2 biji telur
sedikit minyak untuk tumis rencah inti.
Cara:
1. Tahu Pok di gunting bentuk cross di atasnya, korekkan isi tahu sehingga habis dan terbalikkan. (simpan isi tahu pok untuk dicampur dengan bahan inti. Buat sehingga habis dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang besar yang didadu halus hingga berbau wangi dan layu, masukkan udang dan perisakan dengan sedikit serbuk lada sulah dan garam. Balik-balikkan hingga udang masak bertukar warna dan terus padamkan api.
3. Dalam sebuah bekas campurkan tahu lembut yang dilecek bersama bahan yang ditumis tadi, carrot yang diracik halus, lada merah yang dicincang, daun sop/bawang serta garam dan dua biji telur serta isi tahu pok yang dikeluarkan tadi.
4. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Ambil tahu dan sumbatkan dengan inti agak penuh dan padat tekankan sedikit dengan belakang sudu supaya rata. Buat sehingga habis.
5. Panaskan minyak api sederhana sahaja untuk goreng tenggelam tahu pok yang telah disumbat inti. Masukkan dalam 7 hingga 8 biji sekali mengoreng jangan banyak sangat.
6. Balik2kan tahu hingga bertukar warna kuning keemasan dan garing. Angkat dan tos tahu teratai di atas penapis dan letak atas paper towel untuk serapkan minyak lebihan.
7. Hidangkan bersama sos cili atau sos pilihan anda. Sedap dimakan panas2.
Tahu Teratai yang belum digoreng |
dalam kuali pun sempat dia nk berposing kan hehe |
No comments:
Post a Comment