Assalamualaikum...
Selamat petang semua dah minum petang belum...mesti dahkan sebab dah dekat kul 6 ptg nak masuk waktu makan malam eks..ok lah hari nie saya merancang benda lain tapi jadinya yang lain, xperlah nanti bila ada masa akan ku cuba juga untuk membuat Lamingtons Square tu... Oleh kerana Lamingtons tak jadi yang jadi cuma pengat sagu biji berjagung..anak2 buah saya memang suka makan pengat camnie atau apa2 yang berasas sagu seperti puding sagu gula melaka tu..
Jom kita semak resepi rengkas di bawah :
Pengat Sagu Biji Berjagung
Bahan-Bahan:
1 cawan sagu biji - di cuci dan terus toskan airnya.
1 cawan jagung ala krim dalam tin
200ml santan - saya guna santan dalam kotak aje
3/4 cawan gula pasir
6 cawan air
beberapa titis pewarna kuning - optional
1/4 camca teh garam
Cara:
1. Masukkan air, santan, gula ke dalam periuk kacau hingga mendidih dan masukkan pula sagu biji dan jagung.
2. Kacau selalu sehingga sagu biji berubah menjadi jernih, masukkan sedikit garam dan juga beberapa titis pewarna kuning, masakkan dengan mengacau selalu dengan api yang sederhana dan agak memekat sedikit.
Padamkan api dan hidangkan panas atau sejuk.
No comments:
Post a Comment