Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, January 2, 2012

Caramel Custard...

Salam n selamat malam semua ada yang dah nak masuk beradu ke  tu...tp rasanyer masih awal lagikan
baru 10.30 malam...wah nampaknya hari ini 2 entry saya masukkan tadi respi kueh apam balik dan yang ini pulak Caramel Custard yang baru saya buat tadi..memang dah teragak di tekak nie lama dah tapi baru tadi menjadi. Anak-anak buah saya pun suka pencuci mulut atau manisan macam nie..kalau dimasukkan dalam peti sejuk makan sejuk2..telan jer sejuk terasa di anak tekak...mak aiiiii dah habis pun xsempat nak disejukkan..

Jom kita semak resepi mudah ini yer wat anak2 buahku Aishah, Hawa, Iqin next time boleh try buat Caramel Custard yang ini pulak yer..asik wat kek batik marie jer..hehehe..

Caramel Custard

Bahan-bahan:
1 tin susu cair - 400gm
5 biji telur -gred A
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan air
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan gula pasir - untuk buat caramel

Cara:
1. Gula pasir yang 1/2 cawan dibuat caramel dengan cara masak atas api kecil biar sebentar bertukar warna keemasan dan gula mencair, jangan sampai dia hitam jika gula mencair kacau dengan senduk kayu dan terus padamkan api dan tuan ke dalam loyang.  Atau boleh juga buat macam saya masukkan 1/2 cawan gula di dalam loyang letakkan diatas api yang kecil dan kacau dengan senduk kayu bila gula mencair dan bertukar warna keemasan tutupkan api.  Biarkan ia mengeras dalam loyang.
2. Panaskan kukusan dahulu, dalam satu bekas masukkan gula dan telur pukul dengan whisk hingga gula hancur dan sebati masukkan, susu cair, air dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air, masukkan juga esen vanilla dipukul sedikit cukup sekadar adunan rata.
3. Masukkan adunan yang telah dibancuh dalam loyong yang berisi caramel / gula yang diperangkan sedikit tadi. Kukus selama 1/2 jam.
4. Sejukkan dulu baru keluarkan dari loyang, potong dan hidangkan.  Lebih enak jika dimasukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu..Selamat mencuba.
kalau masuk dalam peti ais dulu sejuk jer bila masuk ke tekak..



walaupun manis sedikit budak2 suka sekejap aje dah abis..

No comments:

Post a Comment