Assalamualaikum...
Apakabar semuanya, diharapkan anda semua berada dalam kesihatan yang baik, berbahagia serta ceria selalu hendaknya..Rasanya belum terlewat untuk saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua..sebabnya dah 3 hari saya tak berkesempatan mengjengah ke blog..dan tahun baru pun bermula pada hari ini. Sebenarnya semalam di rumah saya ada mengadakan sedikit majlis bacaan Yasin Tahlil Arwah buat ibunda saya yang telah kembali ke rahmatullah hampir setahun iaitu pada 13 Januari 2011 dan juga bagi mereka2 yang telah pergi meninggalkan kita. Jadinya agak sibuk sedikit.
Sepanjang minggu ini pun saya tak berpeluang untuk update di blog kerana terlalu banyak kerja-kerja di pejabat yang perlu saya bereskan terutamanya urusan Opsyen SBPA dan Opsyen Persaraan 60 tahun yang harus saya selenggarakan untuk guru-guru dan staf di sekolah jadi bila dah habis urusan2 yang penting tersebut baru lah rasa lega dan boleh lah saya melakukan kerja2 laen yang tak kurang pentingnya. Kalau mengenai nak masukkan entry sebenarnya ada juga resepi2 yang mudah yang saya telah buat dan nak masukkan ke blog insya Allah nanti saya akan masukkan juga tapi tak lah sekaligus mungkin sikit2 dulu tengok pada kelapangan masa saya..Ok saya tinggalkan catatan saya yang serba rengkas disini dulu dan terimalah serangkap pantun lama dari saya,
Kalau Ada Sumur Di Ladang
Boleh Saya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Boleh Kita Berjumpa Lagi...
Salam sayang dari saya Zalekha Luvs Cooking..
No comments:
Post a Comment