Assalamualaikum...
Selamat malam semua diam tak diam hari ini dah 28 Disember ini bermakna 3 hari sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2011 dan membuka lembaran baru di tahun 2012. Pastinya semua orang ada memasang azam setiap menjelangnya tahun baru dan tak kurang juga yang ingin meneruskan azam lama jika masih tidak kesampaian apa yang dicita-citakan di tahun sebelumnya..Bagi saya pula saya macam tak berapa nak berazam cuma saya berharap tahun baru yang bakal menjelma tak berapa hari lagi akan dilalui dengan kebahagian hidup, dipermudahkan segala urusan dan yang paling penting segala yang dilalukan mendapat rahmat dan hidayah dari Allah..jika itu boleh dikira sebagai azam, itu lah sahaja azam saya.
Saya pun sebenarnya agak sibuk dengan urusan2 di pejabat sekarang ini jadinya masa yang dapat saya luangkan untuk menjengah ke blog ni pun agak terhad. Jadinya tak dapatlah saya nak mengupdatekan apa-apa yang tertinggal seperti cerita Naskah Rindu~Kasih itu, insyaAllah bila ada kelapangan saya memang nak menyambung semula, begitu juga dengan entry masakan yang hendak saya masukkan sebenarnya ada 2-3 resepi yang dah boleh saya keudarakan tapi nampaknya terpaksa saya simpan dahulu oleh kerana kekangan masa yang amat mencemburui diri saya..dan oleh bila dah banyak kerja disiang hari maksud saya kerja-kerja pejabat yang perlu dibereskan segera bila malam ajer kepanatan teruslah melanda dan mood menulis dan berblog pun agak merundum.
Jadinya pada hari ini saya nak masukkan satu entry masakan sejenis sup sayuran saya gunakan brokoli dan karet yang saya gandingkan dengan bebola sepit ketam dan fish cake pada kali ini yang agak sedap juga dan berkhasiat sebab saya tak menumis pun sup ini hanya merebus sahaja. Jom kita semak bahan2 yang diperlukan.
Sup Brokoli dengan Bebola Sepit Ketam..
Bahan-Bahan:
1 mangkuk brokoli -dipotong dan cuci bersih rendam sebentar dalam air garam
1 batang karet - potong dadu sederhana
1 peket bebola sepit ketam - dalam 10-12 biji
3 batang fish cake - dihiris sederhana tebal
1 labu bawang besar - diracik halus
4 ulas bawang putih - dicincang
1 kiub pati ayam
sedikit lada sulah serbuk
secubit garam
air lebih kurang 1.5 - 2 liter bergantung pada banyak kuah sup yang kita nak
Cara:
1. Masukkan air dalam periuk bersama bawang2 dan kiub pati ayam, rebus hingga mendidih masukkan karet yang didau dan bebola sepit ketam dan fish cake.
2. Bila karet agak empuk kecilkan api dan masukkan brokoli, serbuk lada sulah dan sedikit garam..masakkan sebentar tak perlu hingga sayur layu, padamkan api dan hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain atau boleh dimakan begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment