Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, January 25, 2012

Menziarahi Sanak Saudara di Pahang..

Assalamualaikum..

Selamat malam khamis untuk semua, dah lama sungguh saya tak bersiaran di blog rasa rindu pula..sebenarnya saya bercuti sambil menziarahi saudara mara di Negeri Pahang bersama Along saya Sheikh Mokthar, akak ipar saya Sharifah Zam dan anak buah saya Siti Khatijah. Bermula dari hari Sabtu 21 Januari lalu perjalanan kami bermula dan destinasi pertama ada ke rumah bapa saudara saya Sheikh Zahari Al-Zarafee atau dikalangan keluarga lebih mesra di panggil Ami Man atau Sheikh Abd Rahman yang terletak di kampung Semangat, Pekan, Pahang, pada petang tu juga sempatlah kami ke bandar kuantan yang teletak lebih kurang 30km dari Pekan. Kami hanya singgah di Pasar Malam sahaja sebabnya jalan di Kuantan pada hari itu sesak dengan kenderaan kerana kebetulan pada hari yang sama PM melancarkan Majlis Samudera peringkat kebangsaan di Negeri Pahang.

Peluang berjumpa bapa saudara kami di sana sesekali seperti ini  bermacam2 lah perkara yang dapat kami bersembang sampai ke tengah malam..dan pada hari keduanya pula kami menuju ke Chenor ke rumah bapa saudara saya yang satu lagi. Kebetulan pula pada cuti perayaan Tahun Baru Cina kesemua anak bapa saudara saya, iaitu sepupu2 Along, Ngah, Uda, Gee, dan yang lain2nya bersama2 suami dan anak masing2 yang ramai, memang sangatlah meriahnya.

Kami bermalam di Chenor semalam dan keesokkan pada hari Tahun Baru Cina kami bertolak pula ke Bukit Kepong, rumah kakak saya Che Nie.. Sempat juga kami ke kawasan Kolam Air Panas, di Tenang, Labis dan ke Kg Paya Lang, rumah bapa angkat kakak saya Che Nie memetik buah2an di kebun langsat yang sangat berbuah lebat, saya rasa ada lebih dari 20 batang pokok langsat, macam rusa masuk kampung kami ghairah tengok buah yang banyak macam tu..rasa buah langsat tu manis dan sedap.

Ok lah asik bercerita panjang tentang perjalan saya bercuti tentu ada yang bosan pula membacanya.. sebenarnya ada juga resepi yang ingin saya masukkan di blog nanti sebab macam2 benda yang di masak semasa di rumah kakak saya Che Nie..ok saya tinggalkan beberapa keping gambar pokok buah markisa yang dah masak dulu pernah saya masukkan gambar pokok markisa yang sedang berbuah lebat tapi belum masak.

No comments:

Post a Comment