Salam...bersiaran sekali lagi saya pada hari rabu nie...kalau tadi pagi ada resepi sarapan iaitu jemput2 tahu lembut berbawang goreng...petang2 nie pulak saya nak berkongsi resepi lauk atau kalau nak ratah gitu ajer pun sedap jugak bagi sesiapa yang minat gan paru-paru...ada orang tak berapa pandai atau x gemar gan organ dalaman cik lembu nie tapi saya x kisah makan ajer..kalau goreng berempah pun saya suka, masak rendang pun suka...goreng bersambal macam nie pun suka...apa yang saya x suka ekkk..muahahaha ada2 ajer lah saya nie..ok lah jom la kita terus ke resepi Paru Bersambal dan Berempah nie..
Paru-Paru Bersambal dan Berempah
Bahan-Bahan:
1/2 kg paru-paru - rebus dahulu dan hiris tipis kecil (size makan)
untuk rempah yang disangai dan blender halus:
4 sudu ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
(tiga2 jenis rempah di atas sangai kering dalam kuali - boleh buat dalam kuantiti yang banyak dan simpan kering untuk guna kemudian)
1 camca teh serbuk kunyit
sedikit garam.
Bahan sambal:
2-3 sudu makan cili blender
4 biji lada hidup - di blender halus
1 labu bawang besar - diblender halus
>< 3-4 sudu makan gula pasir
sekeping asam gelugor - direndam
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis dan minyak untuk mengoreng paru2
Cara:
1. Paru-paru yang telah dihiris nipis dimasukkan dalam mangkuk gaulkan dengan 3 sudu makan rempah kering yang disangai dan diblender bersama 1 camca teh serbuk kunyit dan garam gaul rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan paru-paru bila dah agak garing angkat dan toskan. Rempah2 yang tertinggal dalam minyak masa goreng paru-paru juga di angkat bersama. untuk masukkan dalam sambal nanti.
3. Untuk menumis sambal, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan cili blender, cili hidup blender, bawang besar blender, tumiskan sehingga pecah minyak dan agak garing. Masukkan gula balik2kan. bila sambal dah bertukar warna agak gelap masukkan sekeping asam gelugor yang direndam, masukkan sedikit sahaja air dalam 1/2 cawan,
4. Bila sambal dah memekat masukkan pula paru-paru yang digoreng tadi bersama serdak rempahnya. Balik2kan dan rasakan kesesuaian rasa jika perlu di tambah sedikit garam. Padamkan api, hidangkan bersama nasi putih atau sedap juga dimakan bersama nasi impit...selamat mencuba..
Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Wednesday, September 11, 2013
Jemput2 Tahu Lembut berBawang Goreng..
Assalamualaikum...salam pagi rabu untuk semua, oiittt dah nk tengah hari rupanyer ingat masih pagi lagi hehehe...hari nie saya nak berkongsi dengan kawan2 semua sarapan ringkas dan terasa sedap kat tekak saya nie..jemput2 atau cekodok memang merupakan makanan orang2 Melayu untuk bersarapan semenjak dari dulu lagi...senang nak buat bancuh tepung bersama bahan2 perencah, air pastu perisakan dan goreng dah jadi sarapan...sebab dah lama x makan jemput..semenjak musim orang beraya asik makan makanan raya jerkan bila jumpa jemput2 yang lembut di dalam garing diluar macam nie aroma bawang dia pun harum ajer.. memang rasa tak cukup 4-5 ketul la orang kata..boleh habis sepiring makan pulak panas2 cicah gan sos lada hitam ke sos cili ke...memang terbaikkklah...ok x mo bercerita panjang2 terus sajer kita ke resepi mudah di bawah..
Jemput2 Tahu Lembut BerBawang Goreng
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 peket tahu lembut (tahu lembut dalam pek yang buat sup tu kalau guna tahu biasa boleh guna 2 keping) - tahu di potong dadu (tak perlu lenyek)
3/4 cawan bawang goreng
1 biji cili merah dicincang
2 sudu makan penuh udang kering - direndam sebentar dan tumbuk halus
2 cawan air
sedikit garam
Minyak masak untuk mengoreng
Sos Pencicah - Pilihan Anda
Cara:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk, bersama sedikit garam, gaulkan bersama air hingga rata, masukkan pula tahu lembut yang didadu, lada merah yang dicincang dan bawang goreng. Gaulkan kesemua bahan hingga rata.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan adunan jemput2 menggunakan sudu, gorengkan jemput2 sehingga kuning keemasan dan angkat serta toskan minyaknya,
3. Hidangkan panas bersama sos kegemaran anda saya makan dengan sos lada hitam jenama Bumi Hijau...sedappp.. cubalah..

Tuesday, September 10, 2013
Asma Ul-Husna 99 Nama Allah..
Salam..untuk semua petang2 nie sambil takder nak buat apa2 marilah kita menyebut nama Allah melalui Asma Ul Husna 99 Nama Allah yang saya ambil dari lelaman Youtube..segala puji bagi mu Ya Allah pencipta sekelian alam semoga kita semua diberi ketenangan dan keberkatan..Insha Allah..
Berikut adalah Nama2 Allah yang diambil di sini
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

|
Subscribe to:
Posts (Atom)