Assalamualaikum...salam khamis buat kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...apa kabar semuanya semoga anda semua sihat dan ceria2 selalu.. Saya alhamdulillah sihat juga dan seperti biasa menjalankan rutin harian pergi keje balik keje dan bersantai...hehehe asik nak bersantai ajer saya nie ekk..ok lah tak leh nak bercerita panjang hari nie cuma nak berkongsikan resepi salad yang paling mudah boleh di makan bersama ayam goreng ala kfc atau ratah gitu pun sedap sebab ada rasa masam manis dan buah tomato segar bagi peminat2 tomato seperti saya kalau dapat makan tomato mentah atau di buat salad seperti ini 2 mangkuk pun x sedar..hehehe. Sebenarnya saya buat salad ini tadi pagi untuk di bawa ke sekolah makan gan kawan2 ada gak saya buat kentang putar segera bersama ayam goreng kfc--jenama abg ramlee kantin..memang terbaik rasanya memang boleh beat arr gan jenama ayam popular tu...opss tak boleh lepas cakap nanti x pasal2 pulak saya kena al-saman..hehehe.. jom kita semak resepi mudah di bawah di samping gambor2 yang sempat saya snap tadi..
Salad Tomato dan Kubis Manis
Bahan-bahan:
5 biji tomat segar - di potong dadu kasar
1/2 biji sayur kobis manis (bulat) yang kecil sahaja- dihiris halus sedikit
1 labu bawang besar - di dadu halus
1 -2 batang lada merah - di hiris halus
gula pasir secukup rasa >< 3 sudu makan
garam secukup rasa
1 biji limau nipis - perah jusnya
2 sudu makan minyak zaitun
Cara:
1. Masukkan ke dalam mangkuk tomato yang dipotong dadu bersama kubis manis, bawang besar dadu dan lada yang dihiris.
2. Masukkan juga gula pasir,, garam, minyak zaitun dan perahan jus limau nipis. Gaulkan rata salad ini supaya sebati. Hidangkan segera atau kalau nak masuk dalam peti sejuk hidang sejuk pun boleh, Sedap di makan bersama ayam goreng, chicken chop atau diratah begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment