Assalamualaikum..selamat petang kawan2 dan pengunjung ZLC yang disayangi...buat apa tu agaknya petang2 hari di bulan puasa macam nie,,,ada yang sedang memasak hidangan istimewa untuk berbuka yer...saya hanya berpeluang untuk memasak jam 6 petang nanti sebab balik keje jam 5 lebih...masak pun yang mudah2 sahaja sebab 1 jam 15 minit ajer nak bekejor waktu berbuka...so selalunya masakan yang ringkaslah yang menjadi pilihan. Yang penting kalau nak cepat dan mudah bahan2 yang boleh dibuat terlebih awal disediakan siap2 dalam peti ais so tak ler mengambil masa yang terlalu lama duduk didapur. Tapi setakat ini alhamdulillah walaupun agak kelam kabut nak mengejar masa sebelum waktu buka..tapi selalunya chef in d house la masak saya nie jarang2 atau kadang2 ajer..xkisahlah yer sape yang memasak yang penting makanan yang disediakan enak, berkhasiat dan segar..sebab dimasak sendiri di rumah..bukan di beli di bazar ramadhan..
Asik mengomel saya ni ek..jomlah kita tengok bahan2 yang diperlukan untuk membuat lemon chicken yang sedap nie..anak-anak n mak2 semua suka dengan rasanya yang masam2 manja gitu...cuba tau kawan2..
Lemon Chicken
Bahan-Bahan:
400 gram isi ayam - dipotong kecil (bite size)
2 biji telur ayam - dikocok sedikit
1/2 cawan tepung jagung *
1/2 sudu teh serbuk lada putih*
sedikit garam*
(gaulkan bahan2 yang bertanda*)
minyak untuk mengoreng ayam
Bahan Sos Lemon:
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 biji bawang holand di dadu halus
1 kiub ayam maggie
jus lemon diperah dari 1/2 biji lemon
kulitnya jangan dibuang -dipotong2 untuk hiasan (kulit lemon juga bagus dimakan utk hilangkan bau badan)
1/2 cawan air
1 1/2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air -untuk pemekat)
2 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
dan sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Mula-mula panaskan minyak untuk mengoreng ayam, ayam yang telah di potong kecil di celup ke dalam telur kemudian gaulkan pula ke dalam tepung jagung yang telah di gaul bersama serbuk lada putih dan garam.
Gorengkan ayam dengan api yang sederhana, bila dah masak angkat dan toskan.
2. Untuk sediakan sos lemon, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih yang dicincang dan bawang holand yang didadu halus. tumiskan sehingga bawang layu dan berbau harum.
3. Masukkan air dan kiub ayam serta gula pasir, bila dah mendidih masukkan garam dan jus lemon yang diperah, masukkan juga tepung jagung yang dibancuh dengan air masukkan juga sedikit garam. Masukkan ayam dan balik2kan sehingga rata. Hidangkan dengan menghiaskan sedikit kulit lemon yang dihiris, sedap dimakan dengan nasi putih atau di ratah begitu sahaja.
mmmg sedap dik..cubalah..
ReplyDelete