Jadinya tahun ini kalau larat saya akan membuat sejenis atau dua jenis kuih raya untuk rumah dan selebihnya biasalah kueh yang siap sedia tunjuk sahaja mana yang berkenan dan bersedia jugalah untuk mengeluarkan kepala rimau kalau dah mengorder..hehehe. Ok stop ler citer pasal persediaan raya, hari ini saya nak kongsikan resepi kari ayam melayu yang mudah disediakan sesuai di makan bersama nasi putih, nasi impit atau roti jala tapi semalam hidangan iftar kami sekeluarga kari ayam dilawankan dengan nasi impit dan saya menyempatkan diri untuk buat sedikit sambal kacang sotong dan serunding kelapa udang kering..dah macam nak raya jer ek..berangan lah pulak..
Kari Ayam Melayu..
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong (ikut suka nak potong besar atau kecil)
4 biji kentang - dibelah empat
3 labu bawang besar - dikisar halus
6 ulas bawang putih - dikisar halus
seinci halia - dikisar halus
4 sudu makan rempah kari daging - campurkan dengan sedikit air jadikan pes
2 batang serai - di ketuk
3 keping asam gelugor - direndam sebentar
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair / air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan serai hingga berbau harum masukkan bahan-bahan yang dikisar halus, tumiskan sehingga naik minyak masukkan pula pes kari yang dibancuh tadi, tumis sehingga sebati dan naik minyak.
2. Masukkan ayam, diikuti dengan santan cair/air. Bila agak mendidih masukkan pula kentang. Biarkan kari mengelegak dan masukkan pula santan pekat. Masak sehingga kentang empuk/lembut masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.
3. Masak sehingga ayam dan kentang empuk dan lauk kari sebati dengan api yang sederhana. Bila dah masak tutupkan api. Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi impit..
iftar puasa ke 9..mcm nak raya ek..hihi |
No comments:
Post a Comment