Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, August 28, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..

Assalamualaikum..

Salam Khamis buat semua kawan-kawan dan pengunjung ZLC yang saya hormati sekelian...
Tiga hari lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 57.. syukur alhamdulillah atas segala pembangunan, keamanan, kesejahteraan yang telah dapat kita nikmati di bumi bertuah ini.  Sungguhpun penduduk malaysia yang terdiri dari berbilang kaum agama, kepercayaan dan bangsa kita masih hidup dalam harmoni dan aman damai.. Memang tidak dapat dinafikan negara kita yang menuju ke era kemajuan dan kegemilangan seringkali dicemburui oleh pihak luar dan telah diuji dengan beberapa insiden yang menyayat hati seperti peristiwa MH370 dan MH17 juga peristiwa di Lahad Datu..semoga kita semua sebagai rakyat Malaysia akan terus tabah dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang dan sama-samalah kita berdoa agar Malaysia yang kita kasihi akan terus kukuh, teguh, aman makmur kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta yang abadi..Dirgahayu Tanahair Ku...

sekitar sambutan hari kebangsaan di pejabat SKPT2..








No comments:

Post a Comment