Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, November 25, 2014

I Miss U...

Assalamualaikum...salam selasa yang ceria buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya rindui...lama betul saya x bersiaran dan dah berhabuk2 n bersawang nampaknya blog saya nie..agak ke-busy-an..so nantilah bila dah free sikit saya akan jengah ke blog lagi bersama kawan2 semua ek..dengan entry yang ringkas wokey...sorry kawan2..muaaahhh..dan salam sayang dari saya..Zalekha Ismail..


Wednesday, November 5, 2014

Sambal Cili Padi Bilis Goreng...

Assalamualaikum dan salam rabu untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi, nampaknya mood untuk mengupdate blog agak merundum dan kelaut..tapi xperlah saya gagahi juga sebabnya yang ada pun cuma resepi yang mudah ringkas dan senang untuk dibuat, untuk mereka2 atau adik2 yang baru belajar nak berjinak2 di dapur tu memang sesuai sangatlah menjengah ke blog saya nie...ek.. Oklah xyah lah kita bersembang panjang2 hr nie...moh ler kita tengok bahan2 yang diperlukan untuk buat sambal cili padi bilis goreng yang sangat sesuai dimakan dengan nasi panas dan kuah2 gulai cair atau sayur2 bening aje..sedappp tau kawan2 sambal nie walaupun pedas..


Sambal Cili Padi Bilis Goreng.

Bahan-Bahan:

20 tangkai cili padi hijau
10 tangkai cili padi merah thai - (yang ini pedas)
segemgam ikan bilis (gemgam tangan saya nie besar so agak banyaklah)
1 labu bawang besar - dihiris
1 inci belacan
sedikit minyak untuk mengoreng

Cara:

1. Ikan bilis yang siap dibuang kepala dan tulang - dicuci bersih toskan. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing ketepikan masukkan cili padi hijau dan merah serta bawang besar hiris serta belacan. Gorengkan sebentar hingga cili padi dan bawang agak layu dan berbau harum. Angkat dan toskan minyaknya,
2. Tumbukkan kesemua bahan agak kasar tak perlu sampai halus, siap dan sedia untuk di hidang bersama nasi panas dan lauk pauk lain, Tak perlu letak garam sebab ikan bilis dan belacan dah masin..selamat mencuba sambal cili padi bilis goreng yang meletup nie ok


Monday, November 3, 2014

Ikan Bawal Goreng Kuah Asam Limau..

Assalamualaikum...apakabar semua lama betul saya berehat dari bersiaran kan emmm macam busy sangat la konon ekk..tp sebenarnya memang pun busy gan acara2 rasmi dan tak rasmi, Macam pertengahan bulan oktober saya ke KL menghadiri majlis perkahwinan saudara, sambil2 tu bercuti2 Msia juga..almaklum bila dah berjalan agak jauh rugi jugak kalau tak ambil peluang untuk meluaskan pemandangan di tempat orang walaupun bukan di luar negara ek.. Pada hujung bulan pula saya agak busy menguruskan hal2 sendiri juga tugasan seperti biasa..dan ada berita yang agak menyedihkan juga berlaku di penghujung bulan oktober iaitu pada 28hb abang ipar saya kembali keRamahtullah..sesungguhnya semuanya adalah perencanaan Allah setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya..Al-Fatihah sahaja yang mampu disedekahkan.. Ok lah panjang juga saya bercerita di intro 3 November ini..harap2 tiada yang jemu membaca celoteh dan coretan saya ek..so berbalik pada tajuk entry kali ini saya nak berkongsikan resepi yang agak senang nak sediakan dan rasanya boleh tahan sedap pada tekak saya yang suka rasa masam2 manis.. pada asalnya saya bercadang nak Ikan Goreng Berkuah Cuka macam yang selalu dimasak oleh blogger famous Che Mat Gebu tu..tapi cuka pulak tak der, so saya bantai jer gantikan dengan jus limau kasturi..sedap juga uolls kemenjadiannya..so the credit goes to CMG ek utk resepi kali ini..tqsm,,jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.

Ikan Bawal Goreng Kuah Asam Limau

Bahan-Bahan:

1 ekor bawal hitam sederhana - di cuci bersih dan potong 2
3 labu bawang besar - dihiris kasar
3 ulas bawang putih - dihiris
1 1/2 inci halia - dihiris halus
1/2 biji Cili Capsikum Hijau dan Kuning - didadu
5-6 batang Cili Padi Merah - (sukahati nak letak yang merah atau kuning)
4 sudu makan jus limau kasturi (saya beli dalam botol - kalau nak perah pun boleh)
sedikit gula (dalam 2 sudu aje)
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air - secukupnya kalau nak banyk sikit kuah tambahlah.
Minyak untuk mengoreng ikan dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Mula-mula lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan, gorengkan ikan angkat dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali untuk menumis dan tumiskian bawang putih hiris, bersama bawang besar dan halia, tumis hingga bawang2 agak layu dan berbau harum.  Masukkan pula sedikit air dan jus limau kasturi, masukkan sedikit serbuk kunyit untuk cantikkan warna masakan.
3. Bila kuah asam limau dah mendidih masukkan ikan dan cili2 tadi. masukkan juga sedikit garam dan gula. Rasakan kesesuain  masam manisnya dan bolehlah di hidangkan panas bersama nasi putih.


makan tengahari yang sangat simple..tapi sedappp cewahhh puji sendiri..hihihi..