Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, February 1, 2015

Loh Mai Kai @ Pulut Cendawan

Salam Ahad untuk semua..hari ini saya nak berkongsi dengan kawan2 semua sejenis resepi masakan cina yang sedap iaitu pulut cendawan atau pun Loh Mai Kai..saya memang pengemar makanan atau masakan cina seperti dim sum dan yang ini juga seringkali dijual di restoran2 cina yang ada menjual dim sum juga pau.  Oleh kerana x pernah jumpa yang halal mungkin ada jika ada restoran cina muslim tp kita yang x mencarinya..so saya ambil inisiatif untuk membuatnya sendiri.  Bila di cari kat internet berjumpa lah resepi Loh Mai Kai ini dan setelah di kaji dan di amati beberapa resepi..oppss siap mengkaji ek saya telah ambil contoh membuatnya dengan seringkas yang boleh dan bahan2 yang diperlukan pun tak banyak nak di katakan remeh nak membuatnya pun tidak juga, so pada Jumaat lepas saya pun on la projek memulut cendawan..bukannya memulut celupar ek, bunyi hampir sama pulak kan.muahahah.ok lah kawan2 yang suka masakan cina bolehlah cuba resepi ini ok..

Loh Mai Kai @ Pulut Cendawan

Bahan-Bahan:

3 1/2 cawan beras pulut - di rendam 2 jam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu macam serbuk ayam manggie
1/2 camca teh garam
Air paras beras pulut sahaja - lebihkan sedikit aje untuk lembut.

Bahan A

1 mangkuk (mangkuk tafufa) isi ayam yang dihiris
3 sudu makan kicap lemak manis    }
1 sudu makan minyak bijan             }    bahan- bahan ini diperap
2 sudu makan tepung jagung           }    dengan isi ayam selama 2 jam
2 sudu makan sos tiram                   }
1/2 camca teh serbuk lada sulah      }

8-10 biji shitake mushroom - (selalu orang guna yang kering tp saya guna yang segar) -dihiris
1 labu bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dicincang
1/4 cawan air
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Mula2 sediakan bahan2 A - lauk ayam dan cendawannya. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali tumiskan bawang putih yang dicincang bersama bawang besar yang dihiris hingga layu dan berbau harum. Masukkan ayam yang telah diperap tadi balik2kan, masakan ini akan memekat sebab ada tepung jagung.. boleh masukkan 1/4 cawan air. Masak hingga ayam empuk dan masukkan cendawan pula balik2kan boleh masukkan sedikit garam jangan banyak sebab bahan2 perapan dah masin. Bila dah masak angkat dan ketepikan.
2. Sediakan bahan untuk masak pulut pula.  Di dalam periuk biasa atau rice cooker masukkan beras pulut yang telah direndam 2 jam tadi serta toskan airnya. Masukkan pula bahan2 sos yang dicampur ke dalam beras pulut iaitu sos tiram, kicap lemak manis, minyak bijan, serbuk ayam dan garam. Sukatan air untuk masak beras pulut kena sama paras, klau nak lebihkan sedikit sahaja anggaran setengah ruas jari - untuk dapatkan pulut yang lembut sedikit. Masak atau tanak seperti kita memasak pulut biasa bila air dah mengering kecilkan api dan biarkan sejat sebentar.
3. Untuk sediakan pulut untuk dikukus. Sediakan beberapa mangkuk yang sesuai yang boleh dikukus sama ada yang kecil atau sedang. Masukkan Lauk ayam dan cendawan yang di masak tadi beberapa keping ayam dan cendawan tadi.  Oleh sebab saya masak terbanyak lauknya so letak lebih. Masukkan pula pulut yang telah di masak tadi dan tekankan supaya agak padat tak perlu sampai penuh mangkuk 1/2 atau 3/3 memadai.
4. Akhir sekali kukuskan pulut cendawan ini selama 20-25 minit. Hidangkan panas dengan telungkupkan ke dalam piring so nampak ayam dan cendawannya di atas dimakan bersama sos cili atau sedap juga dimakan begitu sahaja sebab lauk nya dah terasa sedap..hahaha..selamat mencuba.

(pada resepi asal gunakan kicap pekat dan kicap cair, juga diletakkan sedikit gula dalam pulut yang di tanak. Oleh kerana saya tidak ada kicap pekat dan kicap cair saya hanya gunakan kicap lemak manis..so gula boleh diskip) sila rujuk pada en. google tapi rasanya dah ok n sedap pada tekak saya.  'terima kasih untuk penyumbang resepi ini..tqsm.

Pulut yang telah ditekan

lauk ayam cendawan
Pulut yang siap ditanak






No comments:

Post a Comment