Nasi lemak buah bidara
Saya selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih saya turutkan..
Pantun lama yang mengaitkan nasi lemak yang begitu menyayat hati sebabnya ada ke patut seorang anak membelakangkan ibu dan saudara mara sendiri sanggup dibuang nya sebab nak ikut sang kekasih..apa2 jer ek kalau ada orang yang bersikap seperti ini kan..tapi perkara seperti ini tidak mustahil berlaku sebab itulah orang2 dulu buat pantun yang sedemikian rupa. Sebenarnya saya bukannya nak berbicara tentang pantun di atas..saya dah tak ada mak dan saya jugak tak nak lari ikut mana2 kekasih..sebab xder kekasih pun..oppss terlebih sudah saya nie ek.. Sebenarnya saya nak kongsikan dengan anda semua sarapan pagi yang begitu sinomim dengan masyarakat Malaysia tak kiralah orang Melayu ke Cina ke India ke memang suka makan nasi lemak dan sekarang nie nasi lemak bukan sahaja makanan sarapan tapi telah jadi menu makan malam, dinihari atau pun petang..senang cakap bila2 nak makan nasi lemak pun boleh dan sahaja kedai, gerai, warung atau restoran yang menjual nasi lemak.. tapi kalau nak sedapkan mestilah nasi lemak yang di bungkus dalam daun pisang sebab aromanya sangat harum dan memang terbaiklah. Jom lah kita tinjau resepi nasi lemak yang saya masak pada jumaat untuk sarapan..
Nasi Lemak
Bahan-Bahan:
5 cawan beras
2 cawan - pati santan
6 cawan - air
8 ulas bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 1/2 inci halia - hiris batang mancis
2 batang serai -di ketuk
1 sudu kecil halba(xletak sebab x ada stok)
garam secukupnya
Cara:
1. Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk bersama santan, air, bawang2 dan halia hiris, serai masukkan sekali garam, jerangkan di atas dapur atau masak guna rice cooker.
2. Bila nasi dah mengering, kecilkan api sambil di kacau sedikit. kalau masak guna rice cooker biarkan sehingga masak keep warm. Kalau guna dapur biasa keringkan nasi dengan api perlahan dan dialas..masak sehingga nasi tanak dan kacau perlahan dari tepi periuk dengan senduk kayu agar nasi cantik dan tidak mudah patah butiran nasi. Padamkan api dan hidangkan panas bersama sambal tumis dan pelengkap nasi lemak yang lain seperti ikan bilis goreng, kacang goreng dan hirisan timun.

Sambal Tumis Udang
Bahan-bahan:
500 gm udang sederhana besar - di buang jangut dan bahagian ekor tajam - cuci dan toskan
Petai - dibuang kulit (ikut suka nak letak bnyk mana - goreng sekejap)
Bahan-bahan:
500 gm udang sederhana besar - di buang jangut dan bahagian ekor tajam - cuci dan toskan
Petai - dibuang kulit (ikut suka nak letak bnyk mana - goreng sekejap)
4 senduk nasi - lada kering yang direbus dan blender halus
2 1/2 biji bawang besar -diblender
4 ulas bawang putih - diblender
1 inci halia di blender
1 1/2 inci belacan di blender
3 biji bawang besar - di belah 2 dan dihiris
1 cawan jus asam jawa
1/2 cawan air -
4 1/2sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, gorengkan dahulu udang separuh masak angkat toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak lain anggaran 1/2 cawan dalam kuali dan tumiskan lada blender, bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik minyak dan agak garing. Masukkan gula dan diikuti dengan bawang besar yang dihiris. Masak sambal hingga betul2 masak baru dimasukkan air asam jawa, dan air.
3. Bila sambal dah mendidih masukkan pula udang masak sehingga udang masak elok, perasakan dengan garam, rasakan kesesuaian rasa kalau perlu di tambah gula atau garam dan masukkan petai yang kita goreng sekejap tadi. Kecilkan api dan masak hingga sambal mesra dan sebati, sambal tumis masak kena lama sikit baru lah sedap rasanya. Padamkan api hidangkan bersama nasi lemak.

bila nak rasa nih???
ReplyDeletennti senang2 sikit kita masak n bukak table ek cik Fid ku cyg..
ReplyDelete