Selamat sejahtera untuk semua..hari ini saya nak share satu resepi snek atau kudapan yang sedap sebenarnya kueh ini banyak namanya tau ada yang namakan sebagai kueh lidah buaya, kueh kertas, kueh surat khabar, kueh ganyang, kueh tiram dan ada jugak nama lain kalau nak tau kena ler google yer kawan2. Saya sebenarnya belajar buat kueh ni setelah tengok dalam group resepi ringkas di fb jadi memang teruja nak membuatnya. Pada asalnya kueh tiram ini sepatutnya di salut dengan gula aising saje tapi kerana saya suka yang lebih pedas maka terhasilah kueh tiram sira pedas ini..walaupun pembuatannya agak rumit tapi alhamdullilah jadi jugak kueh tiram versi sira pedas saya ini..so nak bagi credit pada tok guru yang ajar Hanif Muhammad yang mengajar macam mana nak jadikan kelopak tiram nie agak garing bila mengoreng dengan teknik gunakan lidi dan kuis2kan kelopaknya semasa mengoreng so dia akan merata garing bila di goreng..resepi nya pun macam nak copy paste aje dari tuan punya resepi yang saya belajar tu..tqsm for the awesome recipe k..sape nak cuba yang pedas nie..cuba lah pasti tak menyesal sebab sedap tau kawan2..
Kueh Tiram
Bahan-Bahan
3 cwn tepung gandum,*
1/2 cwn tepung beras,*
3/4 cwn minyak masak,*
1 bj telur,*
1/2 sdk garam,*
Air secukupnya,
1/2 cwn tepung ubi( dicampurkan dgn minyak 5 sdb ) untuk olesan
Caranya,
1. Campurkan semua bahan bertanda (*) ramas ramaskan kemudian masukkan air sedikit demi sedikit,hingga membentuk doh yang sedikit keras dari doh karipap,
2. Bahagikan kepada lima bahagian (saya bahagia 6 bahagian) lalu dicanaikan nipis kemudin sapukan adunan tepung ubi tadi..dan terus gulungkan.
3. Potong potongkan (dalam 1 cm) dan kemudian leperkan hingga nipis seperti kertas (sila rujuk gambar)
4. Gorengkan ( sewaktu digoreng gunakan lidi dan bukakan kelopak supaya dlm kelopak juga garing) setelah keemasan toskan, dah sejuk baru taburkan gula halus atau dibuat sira pedas seperti resepi di bawah..
Untuk sira pedas
Bahan2nya
6 sudu makan cili blender
8-9 sudu makan gula pasir (gula pasir biar lebih)
sedikit garam
dan sedikit minyak untuk menumis
Cara:
Tumiskan cili blender dan masukkan gula tumiskan hingga sambal menjadi likat dan warnanya
akan menjadi merah gelap. masukkan juga sedikit garam. (Kalau nak masukkan 3 butir bawang putih yang ditumbuk halus boleh tapi saya tak letak pun) bila sambal dah likat bolehlah padamkan api. Bila sambal dah agak suam masukkan kueh tiram dan digaul rata. Boleh di simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan keragupan kueh tiram sira pedas ini.
bahagikan doh kepada 5 atau 6 bahagian |
tepung ubi yang dicampur dengan minyak utk olesan |
bila dah canai nipis doh oleskan dengan tpg ubi yg dicampur minyak td |
yang nampak mcm ulat bulu nie doh yg digulung dan potong |
gelekkan sehingga nipis |
susunkan dalam dulang sedia utk digoreng |
ini sambal sira pedas yang dah likat |
Kueh tiram setelah digoreng..boleh salut dengan gula atau disira pedas.. |