Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pencetus atau pemberi idea resepi sambal hitam tomato ni sebab lepas ni boleh selalu dibuat kerana bahannya mudah didapati dan nak buat pun senang serta rasanya yang sedap serta ngam gan tekak saya..kepada rakan fb Pn. Atie Jumaat terima kasih kerana sudi berkongsi resepi-resepi yang sedap di fb puan tu ok..untuk yang suka sambal hitam..jomlah cuba buat sambal hitam tomato yang sedap ni..
Sambal Hitam Tomato
Bahan-Bahan:
6 biji tomato - di potong dadu
2 labu bawang besar hiris
30 biji cili padi (resepi asal guna 20 sahaja)
1 cawan ikan bilis
1/2 cawan kicap manis
1 sudu makan gula pasir
garam sedikit
minyak masak dalam 1/2 cawan untuk blend bawang, cili padi dan bilis
dan tambahan minyak masak dalam 1/4 cawan lagi,
Cara:
1. Mula2 blendkan bawang besar hiris dan cili padi dengan minyak masak. Blenderkan sekali ikan bilis yang dicuci dan di toskan. masakkan ini tak menggunakan air sebab kita nak dia masak dengan cepat dan tahan lama. ketepikan
2. Masukkan tomato yang didadu tadi ke dalam kuali, balik2kan sehingga hancur. Masukkan bahan yang diblender ke dalam tomato yang telah di goreng sehingga hancur. (saya tambahkan sedikit lagi minyak masak sebab nampak agak kering) Balik-balikkan sehingga naik minyak dan agak garing masukkan pula kicap serta gula dan sedikit garam.
3. Masak sehingga pecah minyak dan bila dah masak boleh padamkan api. Sambal ni boleh tahan lama dalam peti ais kalau nak makan panaskan aje. Sedap di makan bersama nasi panas. Cubalah.
bahan-bahan yang kita gunakan utk sambal hitam, bawang, cili padi dan ikan bilis perlu di blender dengan minyak masak |
masakkan tomato dalam kuali dalam kuali hingga hancur |
sambal hitam tomato memang sedap makan dengan nasi panas.. |
pandainyer
ReplyDelete