Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, January 28, 2016

Imbasan Masa Lalu...Buat Renungan diriku..




Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking dan rakan-rakan yang sudi singgah di laman saya ini..dah masuk hari ke 28 iaitu hampir sebulan tahun 2016 yang kita lalui ini baru hari ini saya berpeluang untuk menjengah ke rumah alam maya saya ini..  Oleh kerana agak kesuntukkan waktu dan adakalanya keadaan tidak mengizinkan maka terbiar sepi aje rumah yang semakin usang ini. 

Banyak pengalaman pahit manis yang saya lalui samada dalam kehidupan harian mahupun dalam menjalin ukhwah di alam maya..sepanjang 2015 yang telah berlalu.  Pastinya pengalaman tersebut amat berharga dan akan saya jadikan pemangkin atau penguat semangat untuk meneruskan perjuangan kehidupan ini.  Alhamdulillah sesungguhnya begitu berharga masa yang berlalu bila kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan sempurna dan memanjatkan rasa syukur di atas segala limpah kurnia serta nikmat yang telah Allah anugerahkan pada kita.  Sememangnya kesemua yang kita miliki hari ini adalah milik Allah yang dipinjamkan pada kita buat sementara oleh itu kita perlu menjaga dengan sebaiknya untuk memulangkan semula pada pemiliknya. 

Bila kita amati apa sahaja yang Allah kurniakan pada kita telah di rancang dengan sebaiknya kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.   Namun, Allah mengetahui batas kemampuan setiap hambanya. Tidak akan diuji hati-hati manusia melainkan tersedia hikmah dan ganjaran dariNya, yang acap kali kita tidak menyedarinya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Cuba kita sama-sama renungi...ketika kita merasa lemah dan hampir berputus asa, akan tetapi Allah tetap memberikan ruang cahaya agar kita tidak terus buntu berada dalam kegelapan. Tika diri merasa lelah dalam mengerjakan amal kebaikan dan ibadah, tiba-tiba DIA menggantikan amal itu dengan dihapuskan semua keburukan dan menggantikannya dengan pelbagai nikmat yang kita sendiri tidak dapat menduga.

Inilah janji Allah dalam kalam suci-Nya menyebut:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Dia telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaq:2-3) 

No comments:

Post a Comment