Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, February 9, 2020

Salam Dari Orang Yang Lama Menghilangkan Diri..




Assalamualaikum...

Apakhabar sahabat alam maya semua.. hari ini 9 Februari 2020 entah mimpi apa agaknya semalam saya teragak untuk menjengah ke blog ZLC yang sekian lama saya tinggalkan..bukan hanya bersawang dan dinaiki lalang yang mengalah tingginya.. malah hampir reput juga.. huhu.. nasib baik saya masih dapat membuka kata laluan di Zalekha Luvs Cooking ini.. jadinya dapat juga menulis barang sepatah dua kata.

Sebenarnya semenjak meninggalkan penceritaan dan mengisi ruangan maya saya ini dengan resepi ringkas saya memang sangat kurang turun ke dapur.  Hanya sesekali memasak bila ada kesempatan dan kebetulan memang tiada sesiapa yang menyediakan makanan di rumah.  Kebetulan memang ramai peniaga peniaga di luar sana yang membuat bisnes makanan sama ada di warung, restoran, kantin mahupun secara online makanya saya lebih memakmurkan lagi ekonomi sahabat-sahabat yang berniaga. Beli pun yang ala kadar keperluan makan harian sahaja bukan nak buat jamuan.  Jika ada kelapangan hari tak bekerja barulah saya memasak itu pun masakan yang ringkas sejenis dua sahaja.  Bila usia dan menginjak ke setengah abad ini pengambilan makanan juga perlu dijaga bukan boleh dimakan ikut suka atau ikut selera seperti zaman muda dahulu.  Kalau boleh kurangkan makanan yang manis dan berkabohidrat yang tinggi dan lebihkan pengambilan protin, sayuran dan serat serta lebihkan minum air kosong.  

Oleh kerana sekarang ini musim macam macam penyakit yang timbul kita semua perlu berhati hati dalam mengambil makanan serta minuman kalau dah sakit diri sendiri yang perlu merawat,  seperti baru baru ini saya demam dekat seminggu berserta batuk dan sakit tekak yang agak teruk.  Seminggu juga ubatan habis ditelan tapi saya masih lagi kurang merasa sihat. Mahu tak mahu saya lawankan juga kalau tak memang tak dapat menjalankan tugas harian.   Alhamdulillah kini dah beransur sihat dan semoga saya terus sihat kawan kawan doakan saya juga ya. 

Buat masa ini saya belum berani nak janji untuk menulis atau memuatkan resepi-resepi ringkas yang ada dalam simpanan hand phone saya.. In Shaa Allah bila ada kesempatan saya akan cuba juga menulis di sini okeh.. sememangnya rindu sangat nak menulis. Sehingga bertemu di lain entry salam sayang dari saya 
Zalekha Ismail.