Assalamualaikum...
Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua pengunjung blog Zalekha Luvs Cooking. Pada hari ini saya nak kongsikan satu resepi masakan tradisional yang terkenal di sebelah pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Kalau di sebelah kelantan nasi dagang ini ada yang menggunakan beras khas nasi dagang yang berwarna merah atau dipanggil beras dagang dan kalau di Terengganu dan Pahang pula nasi dagangnya berwarna putih sahaja sebab mengguna beras pulut biasa dan dicampur beras biasa. Biasanya nasi dagang ini dimasak secara mengukus berasnya dan di arunkan dengan santan. Tetapi kali ini saya buat cara yang berlainan sedikit iaitu tanak sahaja nasi dalam rice cooker.
Ok jom kita semak bahan2 yang diperlukan untuk memasak nasi dagang.
Nasi Dagang Tanak..
Bahan-Bahannya:
4 cawan beras dagang bewarna merah - basuh dan rendam sebentar dalam 20 minit
6 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1/2 camca teh halba - direndam sebentar
Santan secukupnya - lebih kurang 6 cawan (sukat seperti kita masak nasi lemak)
sedikit garam.
Cara:
1. Masukkan beras dagang yang direndam sebentar dan di toskan di dalam rice cooker bersama bawang hiris, halia hiris dan halba. Masukkan santan dan juga sedikit garam.
2. Bila nasi dah masak kacau kan sedikit dan biarkan dia keep warm sehingga hendak di hidangkan. Hidangkan Nasi dagang bersama gulai dagang ikan atau ayam bersama acar mentah. Sedap dimakan panas2.
Selamat mencuba..Resepi untuk Lauk Santan Berlada yang dimakan bersama nasi dagang akan saya masukkan kemudian.
Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Friday, January 27, 2012
Thursday, January 26, 2012
Siakap Masam Manis...
Assalamualaikum..
Apa kabar semua, tentu kawan2 yang baru pulang dari tempat keje tu mesti sedang sibuk di dapur pula untuk menyediakan makan malam. Bagi yang tak bekerja tentu telah memasak terlebih awal atau hangat sahaja lauk yang telah dimasak untuk makan malam. Hari ini saya nak kongsikan satu resepi ikan yang sesuai untuk makan malam bersama keluarga iaitu Siakap Masam Manis..
Jom kita semak resepi di bawah:
Siakap Masam Manis
Bahan-Bahan:
Seekor ikan siakap sederhana besar - bersihkan pupuk dengan sedikit garam dan kunyit
3 sudu makan cili blender
4 sudu mkn sos tomato
3 sudu mkn sos cili
1 sudu makan gula
secubit garam
2 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - ditumbuk
1/2 cawan air
1 batang karot kecil - didadu
1 batang timun - di buang perut didadu
1/4 nenas - di dadu (saya guna nenas dalam tin - didadu dalam setengah cawan)
1/2 biji capsicum merah - didadu
1/2 biji capsicum kuning - didadu
minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Ikan siakap digoreng tenggelam sehingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali tumiskan bawang putih, bawang besar hingga layu dan berbau harum, masukkan cili blender dan halia, kacau sehingga terbit minyak dan agak garing, masukkan sos tomato dan sos cili, gula, garam dan air.
3. Masukkan karot dan balik-balikan dan masukkan pula timun, capsicum dan nenas, rasakan kesesuaian masam dan manisnya. Kalau suka agak berkuah sedikit boleh ditambah dengan sedikit lagi air, balik-balikkan sehingga sayuran agak empuk sedikit dan terus matikan api.
4. Di dalam pinggan bujur susunkan beberapa helai daun salad dan letakkan ikan siakap yang digoreng tadi, curahkan dengan kuah masam manis bersama-bersama sayuran di atas ikan, hiaskan dan hidangkan.

Puff Ayam Simple...
Assalamualaikum...
Tengah buat apa semua, dah minum petang ke kalau masih tercari2 idea untuk buat minum petang, ini saya nak kongsi satu resepi mudah yang saya buat iaitu Puff Ayam Simple yang menggunakan kulit puff pastry jenama kawan..Puff ini sangat mudah untuk membuatnya sebab kita gunakan pastry puff ready made yang banyak di jual di supermarket cuma perlu membuat inti nya sahaja dan pada kali ini saya buat inti ayam dan kentang. Puff nie memang sedap dimakan panas2 tapi kalau dah sejuk pun sedap juga sebab kulit puff nie tak keras molek jer masukkan dalam oven toaster kejap atau microwave dah panas balik sedap weiii makan tiga ketul pun x sedar..hehe..Ok la sebab ada kerja lain yang perlu saya bereskan x dapat nak berlengah2 moh ler kita semak resepi di bawah ini:
Puff Ayam Simple
Bahan-Bahannya:
1 paket Puff Pastry jenama Kawan - 10 keping
Untuk Inti
2 keping dada ayam - dihiris kecil
3 biji kentang - kupas dan didadu
2 biji bawang besar - dadu/racik halus
3 ulas bawang putih cincang
2 sudu makan rempah kari ayam- dicampur dengan sedikit air jadikan pes
air lebih kurang 1/2 - 3/4 cawan
sedikit gula dan garam untuk perisa
sedikit minyak untuk menumis
1 biji kuning telur - untuk gris di atas puff
Cara:
1. Sediakan inti terlebih dahulu, Tumiskan bawang putih bersama bawang dadu hingga layu dan berbau harum masukkan pula rempah kari yang dijadikan pes tadi, kacau hingga agak garing masukkan pula ayam.
2. Balik-balikkan ayam masukkan anggarang 1/2 cawan air dan kentang, masakan hingga kentang agak empuk jika belum empuk masukkan sedikit lagi air diikuti dengan gula dan garam
3. Balik-balikkan hingga inti agak sedikit kering dan matikan api, sejukkan dahulu sebelum digunakan.
4. Ambil sekeping puff pastry di belah 4 ambil satu bahagian di leperkan sedikit letakkan inti dan ditutupkan dengan sekeping lagi pastry yg dileperkan sedikit dan di kelar sedikit diatasnya sama ada bentuk cross atau garis serong sahaja, tekankan tepi pastry dengan garfu sedikit supaya tidak terbuka.
5. Setelah pastry siap dimasukkan inti sapu kan sedikit kuning telur di atasnya. dan bakar di dalam ketukar dalam 20 - 25 minit bergantung pada oven masing2 pada suhu 180' api atas bawah.
*Sedikit tips pastry nie kalau lama sangat diluar peti sejuk agak sukar nak dibentuk sebab cepat lembik so
bila dah siap bahan inti barulah keluarkan pastry dari peti sejuk. Puff yang saya buat kali ini dapat 20 biji yang sedang, kalau nak buat kecil lagi boleh rujuk pada resepi puff sardin yang pernah saya masukkan kelmarin.
Selamat mencuba..

Apam Kukus Gula Hangus..
Assalamualaikum...
Selamat pagi semua, hari ini saya update agak pagi sebelum ke pejabat jadinya tak dapatlah nak bercerita
panjang sebab kesuntukkan masa jom lah kita semak resepi dibawah yang saya buat semasa di rumah akak saya..
Apam Gula Hangus
Bahan-Bahannya:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh bicabonate of soda
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan air
2 biji telur
2 sudu makan butter/majerin
2 sudu makan susu pekat manis
1/4 cawan minyak.
Cara:
1. Buat kan gula hangus dulu dengan cara gula di masukkan dalam periuk masak diatas api sambil dikacau dengan senduk kayu bila dah mula mencair bertukar warna keperangan masukkan air jangan tunggu sampai terlalu gelap warnanya sebab nanti gula akan menjadi pahit. Biarkan air gula sejuk.
2. Blenderkan telur bersama majerin, susu pekat, minyak dan air gula yang telah dimasak tadi hingga sebati.
3. Bancuhkan adunan yang telah diblender ke dalam tepung dan bicarbonate of soda, pukul menggunakan whisk hingga adunan rata dan tidak bergentil.
4. Panaskan Kukusan, acuan apam yang kecil disapu dengan sedikit butter/majerin masukkan adunan setengah mangkuk sahaja kalau masuk lebih nanti dia akan terkeluar sebab kueh nie naek tinggi.
5. Kukuskan selama 20 minit, keluarkan dan boleh dihidang begitu sahaja atau bagi yang suka makan apam nie dengan kelapa boleh juga letakkan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam..Selamat mencuba.

Wednesday, January 25, 2012
Menziarahi Sanak Saudara di Pahang..
Assalamualaikum..
Selamat malam khamis untuk semua, dah lama sungguh saya tak bersiaran di blog rasa rindu pula..sebenarnya saya bercuti sambil menziarahi saudara mara di Negeri Pahang bersama Along saya Sheikh Mokthar, akak ipar saya Sharifah Zam dan anak buah saya Siti Khatijah. Bermula dari hari Sabtu 21 Januari lalu perjalanan kami bermula dan destinasi pertama ada ke rumah bapa saudara saya Sheikh Zahari Al-Zarafee atau dikalangan keluarga lebih mesra di panggil Ami Man atau Sheikh Abd Rahman yang terletak di kampung Semangat, Pekan, Pahang, pada petang tu juga sempatlah kami ke bandar kuantan yang teletak lebih kurang 30km dari Pekan. Kami hanya singgah di Pasar Malam sahaja sebabnya jalan di Kuantan pada hari itu sesak dengan kenderaan kerana kebetulan pada hari yang sama PM melancarkan Majlis Samudera peringkat kebangsaan di Negeri Pahang.
Peluang berjumpa bapa saudara kami di sana sesekali seperti ini bermacam2 lah perkara yang dapat kami bersembang sampai ke tengah malam..dan pada hari keduanya pula kami menuju ke Chenor ke rumah bapa saudara saya yang satu lagi. Kebetulan pula pada cuti perayaan Tahun Baru Cina kesemua anak bapa saudara saya, iaitu sepupu2 Along, Ngah, Uda, Gee, dan yang lain2nya bersama2 suami dan anak masing2 yang ramai, memang sangatlah meriahnya.
Kami bermalam di Chenor semalam dan keesokkan pada hari Tahun Baru Cina kami bertolak pula ke Bukit Kepong, rumah kakak saya Che Nie.. Sempat juga kami ke kawasan Kolam Air Panas, di Tenang, Labis dan ke Kg Paya Lang, rumah bapa angkat kakak saya Che Nie memetik buah2an di kebun langsat yang sangat berbuah lebat, saya rasa ada lebih dari 20 batang pokok langsat, macam rusa masuk kampung kami ghairah tengok buah yang banyak macam tu..rasa buah langsat tu manis dan sedap.
Ok lah asik bercerita panjang tentang perjalan saya bercuti tentu ada yang bosan pula membacanya.. sebenarnya ada juga resepi yang ingin saya masukkan di blog nanti sebab macam2 benda yang di masak semasa di rumah kakak saya Che Nie..ok saya tinggalkan beberapa keping gambar pokok buah markisa yang dah masak dulu pernah saya masukkan gambar pokok markisa yang sedang berbuah lebat tapi belum masak.

Wednesday, January 18, 2012
Crabstick Roll With Golden Crumb...again..
Assalamualikum...
Salam hari Rabu buat semua...apa kabar kawan2 semua saya harap semuanya sehat2 belaka...bagi diri saya alhamdulillah sihat juga walaupun sangat sibuk dengan keje yang xputus2 di pejabat. Cuaca hari ini nampaknya dah redup sikit kerana hujan pada petang tadi..sejuk sikit tak lah bahang seperti dua, tiga hari yang lalu.
Hari ini saya nak kongsikan resepi mudah yang saya buat untuk sarapan tadi pagi sebenarnya..maklumlah saya ini jarang2 dapat update di blog jadi macam tak mengikut masa pulak keluarkan resepi sarapan diwaktu senja tapi x mengapakan..asalkan ada sesuatu untuk dikongsi bersama di blog saya nie kan..Crabstick Roll with Golden Crumb ini selain mudah dibuat mengenyangkan juga kalau makan dua ketul memang mencukupi dan anak-anak kecil memang suka pada makanan yang sebegini..selain dari menggunakan crabstick sebagai bahan utama boleh juga kita gantikan dengan sosej..Ok jom kita semak resepi mudah di bawah ini..sorry la saya copy paste resepi yg pernah saya masukkan dulu ajer..
Crabstick Roll With Golden Crumb
Bahan-Bahan:
6 btg - Fillement Crabstick
6 keping roti gardenia
1 egg
Breadcrumb seckupnya - i prefer d yellow colour breadcrumb
Cara:
1. Ambil sekeping roti gardenia guna rolling pin leperkan sikit
2. Isikan dengan crabstick n digulung kemas..lekatkan hujungnya gan telur yg
di pukul sikit..buat sampai roti semua habis
3. Celupkan roti yg siap di gulung kemas kedlm telur yg dipukul sedikit dan
golek dlm breadcrumb hingga rata
4. Panaskan sedkit minyak utk deep fried api sederhana nnti cpat hangus pulak,
goreng sampai golden brown..
5. Angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan panas2 bersama sos kegemaran anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)