Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, December 18, 2013

Mee Goreng Mamak terasa mamaknyer..

Assalamualaikum..

Salam Rabu yang ceria untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi..apa agaknya yang sesuai untuk di makan pada waktu petang selain dari kueh muih dan goreng pisang yang boleh di beli kat warung hujung simpang tu ekk..apa kata saya cadangkan buat mee goreng mamak yang terasanya mamak..oppss ala rasa rempah kari sebenor2nya tau..yang saya maksudkan..hehehe..walaupun bahan yang saya guna agak terhad sebab xder stok taugeh dan sawi..saya gantikan pulak gan kobis tapi jadi gak..apa2 yang ada jer dalam fridge tu saya masukkan..dan rencahnya saya guna isi ayam, sotong gan fish cake, udang n other seafood pun boleh dimasukkan juga kalau ada..kita yang buat dia kan..ok jom kita tengok resepi mudah di bawah..saya guna mee kuning kering (dalam pack) yang saya celur dan toskan. boleh ubah pada Mee Kuning yer kawan2...


Mee Goreng ala Mamak...

Bahan-bahannya:

1 pek mee kuning (saya guna yang kering - so kena rebus hingga lembut dan toskan)
2 biji kentang - di potong dadu jgn kecil sgt dan direbus empuk serta toskan
(saya gaulkan kentang dengan 2 sudu  makan tepung gandum renjiskan dengan sedikit air dan gaul rata serta gorengkan kentang sekejap)
(Jika suka boleh juga buat adunan jemput2 kembang dan potong2 masukkan dalam mee mamak)
sekeping dada ayam - di potong kecil
6 ekor sotong - di hiris gegelang
3 batang fish cake - dihiris
semangkuk kecil - hirisan kobis (kalau ada sawi dan togeh boleh masukkan)
2 biji tomato di potong baji (wedges)
1 senduk kecil - cili blender
1 labu bawang besar - di blender halus
4 ulas bawang putihg - di blender halus
2 sudu makan udang kering - di blender halus
3 sudu makan serbuk kari - bancuhkan dengan sedikit air jadi pes
>< 1/2 cawan air @ secukupnya sahaja sebab mee mamak perlu kering
4-5 sudu makan kicap lemak manis
4 sudu makan sos tomato
Sedikit gula dan
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Untuk Hiasan
Hirisan cili merah
Bawang Goreng
dan Limau Kasturi

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang di blender halus dan cili yang diblender. Bila bahan2 yang di tumis pecah minyak masukkan pula rempah kari, balikkan masukkan air dan bahan2 sos tomato, kicap dan sedikit gula.
2. Masukkan pula rencah hirisan ayam, sotong dan fish cake bila rencah dah empuk, masukkan pula mee yang telah ditoskan tadi. Balik2kan mee lepas tu masukkan kentang dan sayuran. Masukkan sedikit garam rasakan kesesuaian rasanya dan akhir sekali masukkan tomato gaul sebentar dan padamkan api.
3. Hidangkan bersama limau kasturi, bawang goreng dan hirisan lada merah dan daun sup jika ada..

Wednesday, December 11, 2013

Pie Soft Custard & Nanas..


Assalamulaikum...

Apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi dan rindui selalu..fuhhhhh lama betul saya x bersiaran di alam maya kan..hampir 2 bulan..apa agaknya yang terjadi ek..ada saper2 nak nak tahu ke..wahhhh dah macam nak buat skrip drama pulak saya nie...hehehe anyway tak ada apa2 yang berlaku cuma semangat untuk ber-blog agak merundum dan kelaut.. Al-kisah yang nak diceritakan saya nie ketiadaan talian hayat berukband@broadband tak di sambung2 nyawanya jadi kena ler duduk diam2 ajer di rumah dan bila di pejabat ada ajer masalah tenet so pepaham la kan...bukan merajuk tau kawan2 cumanya ada ler sedikit permasalahan antara aku dia dan dia macam filem chenta hindustan jer tp (tak der adengan bekejaran di bukit2 gunung nyanyi sambil pelok pokok macam filem an evening in paris xder tau..hehehe)...cewahhhh apa lah yang saya merepek  hari nie, kata akak cc saya ni banyak sangat tengok citer lawak p.ramlee betul gak tu...hikhikhik...

Panjang ler pulak intro saya petang nie ekk x mau serabutkan fikiran kawan2 yang baca citer saya yang dah lama menghilang so teruslah kita ke Resepi Pie yang rapuh dan lemak2 masin dan berintikan custard yang sangat lembut ini saya gandingkan dengan nanas..tapi kalau nak mudah kawan2 boleh gak gantikan nanas yang di buat sendiri masak ala2 caramel yang x brapa menjadi nie (tp tetap sedap..ada saya kesah) dengan gegelang nanas dalam tin yang boleh di potong empat atau juga hirisan buah peach dalam tin. walaupun rupanya x brapa nak chantek tapi sedapppp tau pie nie kawan2..jom skodeng resepi saya di bawah.

Pie Soft Custard & Nanas

Bahan-Bahan :

Untuk Kulit Pie
250 gram butter
500 gram tepung gandum - di ayak
1 biji kuning telur
air ais 1/2 cawan + sedikit garam

Untuk Inti Soft Custard:
300 ml susu cair
400 ml air
5 sudu makan tepung custard
5 sudu makan gula

Untuk Nanas - Caramel
1/2 biji nanas di potong kecil
3 sudu butter
4 sudu gula
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan 1/4 cawan air.
(Kalau nak mudah gantikan dengan gegelang nanas dalam tin atau hirisan buah peach dalam tin)
Sedikit ceri merah dipotong dadu


Cara:

1. Mula2 buat nanas caramel - Panaskan butter dalam periuk, bila butter dah cair masukkan gula dan kacau sedikit masukkan pula nanas balik2kan sehingga nanas agak lembut, nanas akan keluarkan air so untuk pekatkan sedikit masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan boleh di padamkan api, ketepikan untuk diguna kemudian. (next time saya akan guna slice peach or pineapple x leceh)
2. Sediakan kulit pie pula, (kulit pie boleh di sediakan lebih awal dan di simpan dalam bekas kedap udara) Masukkan tepung gandum yang diayak ke dalam mangkuk, masukkan pula butter dan gaulkan seperti kita buat bread crumb, bila adunan dah jadi seperti bread crumb masukkan telur kuning yang dipukul sedikit dan uli adunan pie dengan masukkan air ais yang di campur dengan sedikit garam, uli hingga menjadi doh yang lembut dan bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian jika anda gunakan acuan pie berukuran 6 atau 7 inci terpulang masing2 ok.
3. Ambil 1 bahagian doh dan torakkan, masukkan ke dalam acuan dan ratakan sehingga menutupi kesemua keliling acuan, bahagian tepinya tekan rata dan rapikan. Cucuk dengan garfu pada dasar pastri dan boleh di bakar dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit atau sehingga kulit pie masak.
4. Untuk sediakan soft custard, masukkan susu cair, air, gula dan tepung custard yang di bancuh dengan sedikit air ke dalam periuk, masak dengan api yang kecil dan kacau selalu sehingga custard masak elok. Sejukkan sedikit sebelum di letak dalam kulit pie.
5. Untuk sediakan pie, masukkan inti custard lembut dalam kulit pie dan susunkan nanas caramel di atasnya, atau boleh juga di susun dengan gegelang nenas dalam tin atau buah peach serta taburkan dengan sedikit ceri merah yang di potong dadu kecil. Sedia dihidangkan..

Thursday, October 17, 2013

Salad Tomato dan Kubis Manis...

Assalamualaikum...salam khamis buat kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...apa kabar semuanya semoga anda semua sihat dan ceria2 selalu.. Saya alhamdulillah sihat juga dan seperti biasa menjalankan rutin harian pergi keje balik keje dan bersantai...hehehe asik nak bersantai ajer saya nie ekk..ok lah tak leh nak bercerita panjang hari nie cuma nak berkongsikan resepi salad yang paling mudah boleh di makan bersama ayam goreng ala kfc atau ratah gitu pun sedap sebab ada rasa masam manis dan buah tomato segar bagi peminat2 tomato seperti saya kalau dapat makan tomato mentah atau di buat salad seperti ini 2 mangkuk pun x sedar..hehehe.  Sebenarnya saya buat salad ini tadi pagi untuk di bawa ke sekolah makan gan kawan2 ada gak saya buat kentang putar segera bersama ayam goreng kfc--jenama abg ramlee kantin..memang terbaik rasanya memang boleh beat arr  gan jenama ayam popular tu...opss tak boleh lepas cakap nanti x pasal2 pulak saya kena al-saman..hehehe.. jom kita semak resepi mudah di bawah di samping gambor2 yang sempat saya snap tadi..

Salad Tomato dan Kubis Manis

Bahan-bahan:

5 biji tomat segar - di potong dadu kasar
1/2 biji sayur kobis manis (bulat) yang kecil sahaja- dihiris halus sedikit
1 labu bawang besar - di dadu halus
1 -2 batang lada merah - di hiris halus
gula pasir secukup rasa >< 3 sudu makan
garam secukup rasa
1 biji limau nipis - perah jusnya
2 sudu makan minyak zaitun

Cara:

1. Masukkan ke dalam mangkuk tomato yang dipotong dadu bersama kubis manis, bawang besar dadu dan lada yang dihiris.
2. Masukkan juga gula pasir,, garam, minyak zaitun dan perahan jus limau nipis. Gaulkan rata salad ini supaya sebati.  Hidangkan segera atau kalau nak masuk dalam peti sejuk hidang sejuk pun boleh, Sedap di makan bersama ayam goreng, chicken chop atau diratah begitu sahaja.


Monday, October 14, 2013

Jemput2 Cendawan...

Assalamualaikum bersiaran sekali lagi saya pada petang raya ini...esok dah nak beraya korban tapi saya masih tetap di pejabat huhuhu sedihnya rasa hati..tapi x apa lah demi tugaskan.. Apa kata petang2 raya nie kita makan jemput2 cendawan..sedap jugak tau selain dari cendawan goreng kalau di buat jemput2 pun sodappp..bagi sesape yang ada stok cendawan tu..jom lah tengok resepi saya yang sangat sempoi dan mudah nie..sebenarnya jumaat lepas buat utk breakfast bukan hari ini biasa lah resepi tertunggak...jangan mara ekk kawan2 asik jer resepi mudah sebabnya saya dah lama x memasak so jom la layan jemput2 cendawan ekk..

Jemput2 Cendawan...

Bahan-Bahan:

2 cawan cendawan tiram - disiat2 kecil
2 1/2 cawan tepung gandum
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1/4 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh serbuk magie sedap rasa
secubit garam
>< 2 1/2 cawan air
minyak masak secukupnya.

Cara:

1. Masukkan tepung gandum, cendawan yang disiat2, bawang putih cincang, serbuk lada sulah, serbuk magie pasti sedap dan secubit garam ke dalam mangkuk.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga rata.
2. Adunan jemput2 jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Panaskan minyak masak dalam kuali secukupnya, bila minyak dah panas sudukan adunan jemput2 ke dalam minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kuning  keemasan dan garing,
3. Angkatkan jemput2 dan toskan minyaknya, Hidangkan panas2 bersama sos cili atau apa2 sos kegemaran anda.  sedap cubalah yer..

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H...

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya hormati dan kasihi serta rakan2, sanak saudara, handai taulan tak kira di mana jua anda berada..sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan memohon ke maafan di atas segala salah dan silap sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang sebaliknya adalah dari diri saya sendiri.  Bagi yang pulang berhari raya ke kampung halaman masing2 pandulah berhati dan semoga selamat sampai ke destinasi masing2.  Salam ukhwah dan salam sayang dari saya Zalekha Ismail...


Wednesday, October 9, 2013

2 in 1 - Donut dan Pau Sambal..

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera untuk semua pengunjung alam maya ZLC yang saya kasihi..semoga anda semua sihat2 di hari Rabu ini..saya alhamdulillah sihat sebab tu pagi2 lagi hari ini dapat mendonut sebab rasanya dah lama tak makan donut yang dibuat sendiri kebetulan pula dalam fridge ada sambal tumis bilis yang dibuat oleh bedah so jadi gak kalau nak dijadikan pau sambal aka burger jawa.  Donut memang untuk anak2 buah saya yang gemar donut saper lagi kalau bukan Aina Arissa..dan akak aina Sara Sahira walaupun baru standard 1 suka makan yang pedas2 so pau sambal menjadi pilihan sara.. Nasib mak j rajin hari ini anak2 seawal 4.40 pagi saya dah menguli donut so dapatlah dibawa bekal ke sekolah sedikit..donut n pau sambal yang sangat lembut n gebus gebassss nie..hehehe sendiri buat sendiri puji nampaknya saya nie..tapi apa ada halkan..kalau kawan2 tak percaya cuba buat tau guna resepi yang ini..lembut ajer walaupun dah sejuk... ok lah tak boleh nak bercerita lama2 jom kita tengok resepi mudah di bawah ini ok...

Donut 'n' Pau Sambal...

Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
2 camca teh yis kering - mauripan }campurkan yis bersama 1/2 cawan air suam
1/2 cawan air suam                          }1 camca teh gula dan 2 sudu makan tepung gaul rata biarkan
                                                              naik dan berbuih - dalam 10 minit
1 cawan air suam
4 sudu makan gula pasir
4 sudu makan butter
3 sudu makan susu tepung
1 biji telur - di kocok sedikit
secubit garam
Minyak masak untuk goreng donut dan pau sambal
secukupnya gula kastor untuk salut donut
dan secukupnya sambal tumis bagi pau sambal..

Cara:

1. Ayak tepung dan masuk kan dalam mangkuk pengadun, masukkan butter, gula pasir, susu tepung, sedikit garam, gaulkan kesemuanya bahan hingga rata, buatkan lubang di tengah, dan masukkan pula bancuhan yis yang telah dinaikkan tadi dan telur yang dikocok.
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli kan adunan hingga rata dan licin, jika sedikit melekit di tangan boleh taburkan 1 - 2 sudu tepung gandum. Rehatkan adunan doh yang di uli rata selama 1/2 jam.
3. Setelah direhatkan adunan boleh bentukkan donut sebesar bola pingpong dan leperkan sedikit lalu lubangkan dengan jari di tengah2nya susunkan donut ke dalam dulang yang ditaburkan dengan sedikit tepung gandum.
4. Untuk Pau sambal pula bentukkan adunan bulat2 sebesar bola pingpong juga dan letakkan ke dalam dulang yang ditabur tepung, biarkan hingga adunan donut dan pau sambal naik sedikit dan boleh di goreng terendam dengan api yang kecil hingga berubah warna kekuningan.
5. Angkat dan toskan, untuk donut golekkan dengan gula halus dan untuk pau sambal pula potong tidak putus dan letakkan sambal tumis secukupnya di tengah2 pau jika suka boleh juga diletakkan hirisan timun dalam pau sambal..  Selamat mencuba...

Tuesday, October 8, 2013

Sepi senyap dan sunyi...

Assalamualaikum....

Apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya hormati dan sayangi...nampak setelah sekian lama saya tidak dapat keudara di alam blog ZLC ini rasa rindu semakin membara nampaknya..semenjak 11 September lalu entry terakhir Paru2 Goreng Sambal Berempah tu..rasa macam tak berdaya nak menulis apa2 di blog...maafkan saya kawan2 yer sebab saya kurang sihat di penghujung september..dan awal oktober..jadinya terpaksa menyepikan diri tapi hati ini sentiasa ingin menjengah ke blog dan berkongsi sesuatu tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan.

Dalam pada tak sihat di penghujung September dan awal Oktober saya masih sempat menyempurnakan satu projek meng-cookies yang memang kecil@kenit aje..sebesar syiling 20 sen..alhamdullilah akhirnya siap juga cookies2 tu sebanyak 2k ++ di sediakan tepat pada hari yang diperlukan..tq utk pn. bos ku yang membuat tempahan dan memberi kepercayaan pada saya..dan setelah musim2 sakit berlalu mc2 dan cuti2 yang di lalui..akhirnya saya kembali sihat dan kembali ke pejabat seperti biasa..alhamdullilah.

Oklah tak ada apa yang nak di kongsikan dengan rakan2 semua kali ini cuma sekeping foto semasa saya hadiri wedding anak bos saya pada hari ahad lepas bersama teacher fa n teacher su..akhir kata salam sayang buat semua in sha Allah ada masa kita bertemu lagi..xoxo..