Assalamualaikum dan salam rabu untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi, nampaknya mood untuk mengupdate blog agak merundum dan kelaut..tapi xperlah saya gagahi juga sebabnya yang ada pun cuma resepi yang mudah ringkas dan senang untuk dibuat, untuk mereka2 atau adik2 yang baru belajar nak berjinak2 di dapur tu memang sesuai sangatlah menjengah ke blog saya nie...ek.. Oklah xyah lah kita bersembang panjang2 hr nie...moh ler kita tengok bahan2 yang diperlukan untuk buat sambal cili padi bilis goreng yang sangat sesuai dimakan dengan nasi panas dan kuah2 gulai cair atau sayur2 bening aje..sedappp tau kawan2 sambal nie walaupun pedas..
Sambal Cili Padi Bilis Goreng.
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili padi hijau
10 tangkai cili padi merah thai - (yang ini pedas)
segemgam ikan bilis (gemgam tangan saya nie besar so agak banyaklah)
1 labu bawang besar - dihiris
1 inci belacan
sedikit minyak untuk mengoreng
Cara:
1. Ikan bilis yang siap dibuang kepala dan tulang - dicuci bersih toskan. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing ketepikan masukkan cili padi hijau dan merah serta bawang besar hiris serta belacan. Gorengkan sebentar hingga cili padi dan bawang agak layu dan berbau harum. Angkat dan toskan minyaknya,
2. Tumbukkan kesemua bahan agak kasar tak perlu sampai halus, siap dan sedia untuk di hidang bersama nasi panas dan lauk pauk lain, Tak perlu letak garam sebab ikan bilis dan belacan dah masin..selamat mencuba sambal cili padi bilis goreng yang meletup nie ok
Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Wednesday, November 5, 2014
Monday, November 3, 2014
Ikan Bawal Goreng Kuah Asam Limau..
Assalamualaikum...apakabar semua lama betul saya berehat dari bersiaran kan emmm macam busy sangat la konon ekk..tp sebenarnya memang pun busy gan acara2 rasmi dan tak rasmi, Macam pertengahan bulan oktober saya ke KL menghadiri majlis perkahwinan saudara, sambil2 tu bercuti2 Msia juga..almaklum bila dah berjalan agak jauh rugi jugak kalau tak ambil peluang untuk meluaskan pemandangan di tempat orang walaupun bukan di luar negara ek.. Pada hujung bulan pula saya agak busy menguruskan hal2 sendiri juga tugasan seperti biasa..dan ada berita yang agak menyedihkan juga berlaku di penghujung bulan oktober iaitu pada 28hb abang ipar saya kembali keRamahtullah..sesungguhnya semuanya adalah perencanaan Allah setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya..Al-Fatihah sahaja yang mampu disedekahkan.. Ok lah panjang juga saya bercerita di intro 3 November ini..harap2 tiada yang jemu membaca celoteh dan coretan saya ek..so berbalik pada tajuk entry kali ini saya nak berkongsikan resepi yang agak senang nak sediakan dan rasanya boleh tahan sedap pada tekak saya yang suka rasa masam2 manis.. pada asalnya saya bercadang nak Ikan Goreng Berkuah Cuka macam yang selalu dimasak oleh blogger famous Che Mat Gebu tu..tapi cuka pulak tak der, so saya bantai jer gantikan dengan jus limau kasturi..sedap juga uolls kemenjadiannya..so the credit goes to CMG ek utk resepi kali ini..tqsm,,jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.
Ikan Bawal Goreng Kuah Asam Limau
Bahan-Bahan:
1 ekor bawal hitam sederhana - di cuci bersih dan potong 2
3 labu bawang besar - dihiris kasar
3 ulas bawang putih - dihiris
1 1/2 inci halia - dihiris halus
1/2 biji Cili Capsikum Hijau dan Kuning - didadu
5-6 batang Cili Padi Merah - (sukahati nak letak yang merah atau kuning)
4 sudu makan jus limau kasturi (saya beli dalam botol - kalau nak perah pun boleh)
sedikit gula (dalam 2 sudu aje)
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air - secukupnya kalau nak banyk sikit kuah tambahlah.
Minyak untuk mengoreng ikan dan sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Mula-mula lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan, gorengkan ikan angkat dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali untuk menumis dan tumiskian bawang putih hiris, bersama bawang besar dan halia, tumis hingga bawang2 agak layu dan berbau harum. Masukkan pula sedikit air dan jus limau kasturi, masukkan sedikit serbuk kunyit untuk cantikkan warna masakan.
3. Bila kuah asam limau dah mendidih masukkan ikan dan cili2 tadi. masukkan juga sedikit garam dan gula. Rasakan kesesuain masam manisnya dan bolehlah di hidangkan panas bersama nasi putih.

![]() |
| makan tengahari yang sangat simple..tapi sedappp cewahhh puji sendiri..hihihi.. |
Tuesday, October 14, 2014
Tempura Broccoli ..
Satu lagu entry ringkas yang sangat mudah dan cepat untuk memasaknya..bagi mereka yang suka masakan ala jepun iaitu tempura bolehlah cuba sayuran yang digoreng dicelupkan dengan bancuhan tepung. Selain dari sayuran seperti broccoli, cauliflower, terung, carrot, cendawan atau apa2 jua sayuran yang sesuai di goreng tempura makanan laut seperti udang, sotong juga sedap digoreng begini..makan pula waktu petang dicicah dengan sos cili atau apa2 sos yang anda gemari bersama secawan kopi panas..pehhhh sungguh indah minum petang yang saya imaginasikan ek..muahahaha..apa2 jer lah..yang pastinya tak ada apa2 untuk minum petang di opis waktu begini melainkan biskut kering..verangan sahajalah wahai cik leha..jom arr kita tengok bahan2 di bawah, buatnya masa 3 ke 4 hari lepas..
Tempura Broccoli
Bahan-Bahan:
2 kuntum broccoli - potong kecil flowerret
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan - tepung beras
sedikit garam
3/4 cawan air - dicampurkan beberapa ketul ais
minyak untuk mengoreng terendam
sos cili atau apa2 sos pilihan anda, mayonis, thousand island atau so lain.
Cara:
1. Potong broccoli dan basuh bersih serta direndam dalam air garam sebentar
2. Buat batter tempura dengan mencampurkan tepung gandum dan tepung beras kedalam
mangkuk beserta sedikit garam. Masukkan air berais tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau
hingga rata, adunan batter jangan terlalu cair atau pekat macam nak buat goreng pisang.
3. Panaskan minyak dan gorengkan broccoli yang dicelupkan di dalam batter, goreng hingga warna
keperangan dan garing, angkat serta toskan. Hidangkan panas bersama sos cili atau sos kegemaran anda..cubalah sedap.

Ayam Masak Merah Tomato
Salam Selasa untuk semua...entry ringkas jer xder mukadimah2 hari ini nak kongsikan resepi yang sepatutnya saya masukkan semalam sebab semalam agak tak sempat so masukkan resepi Nasi Tomato aje hari ini kita tengok lauknya pulak ekk..Jomlah kita semak resepi di bawah..
Ayam Masak Merah Tomato
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam sederhana - dipotong kecil
1 cawan cili kering di rebus dan kisar halus
2 labu bawang besar - dikisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar halus
1 1/2 inci halia - dikisar halus
2 batang serai dititik
200 gram tomato puree (saya guna jenama kimball)
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukupnya
minyak untuk mengoreng ayam dan menumis
Sedikit air dlm 3/4 cawan
sedikit tomato ceri sebagai hiasan
Cara:
1. Ayam yang telah dibersihkan dan dipotong kecil di gaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan di goreng embal angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang dikisar halus sehingga naik minyak dan agak garing masukkan sekali serai. Masukkan juga gula dan tomato puree, balik2kan sehingga likat dan cantik bahan2 yang ditumis
3. Masukkan pula sedikit air bila tumisan dah mendidih masukkan pula ayam dan masaklah sehingga lauk ayam tomato agak pekat dan perisakan dengan sedikit garam kalau mahu masukkan perasa aji atau atau apa2 perisa pasti sedap pun boleh. Hiaskan dengan sedikit tomato ceri kalau suka dan hidangkan bersama Nasi Tomato panas dan nasi2 lain yang bersesuaian.

| nie lah nasi tomato yang digandingkan gan ayam masak merah tomato.. |
Monday, October 13, 2014
Nasi Tomato & Ayam Masak Tomato...
Assalamualaikum..salam Isnin untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC..apakabar kawan2 semua diharapkan sihat2 belaka, semalam macam2 peristiwa berlakukan akibat hujan yang agak lebat dan ribut kencang walaupun hanya setengah jam telah mengakibatkan banyak pokok2 yang tumbang di sana sini, bumbung2 melayang berterbangan dan yang agak menyedihkan ada runtuhan jejantas pejalan kaki di Jalan Skudai berdepan Taman Kobena, JB. Bila tengok keadaan runtuhnya bumbung jejantas yang menghempap beberapa kenderaan yang sedang lalu lalang di situ kesiannya..Oklah kita tinggalkan dulu cerita ribut dan angin kencang semalam sebab hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi Nasi Tomato berserta lauknyer nan satu aje sebab saya padankan dengan ayam masak tomato aje makan lah dengan acar buah jeruk madu, timun dan tomato segar serta popadum jadilah kan yang nak makan pun orang bujangkan dan diagih2kan mana yang patut,,, so xderlah kari2 bagai n dalca cukuplah apa yang ada..sebenarnya nak masak pada hari raya haji lepas tapi di postpone ke seminggu berikutnya jumaat lepas..jom kita semak resepi mudah di bawah ini ek..
Nasi Tomato
Bahan-Bahan:
4 cawan Beras Basmathi - (saya guna Moghul Faeza - direndam 30 minit)
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 labu bawang besar - dihiris nipis
6 ulas bawang putih - dihirs
2 inci halia - di hiris halus batang mancis
200 gm tomato puree
2 biji tomato segar - didadu
2 batang kecil kayu manis
5 biji cengkih
4 biji buah pelaga
2 bunga lawang
100 gram butter (boleh juga guna minyak sapi)
1/2 cawan minyak masak
setengah cawan daun ketumbar - dihiris (saya tak ada gantikan daun pudina)
2 helai daun pandan - disimpul
secukupnya garam.
Cara:
1. Panaskan periuk nasi rice cooker di atas dapur gas, masukkan minyak masak bersama butter, bila butter dah mencair masukkan bahan2 penumis,kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang tumis sehingga berbau harum. Masukkan pula bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris halus.
2. Tumiskan sehingga bawang2 semua agak layu dan berbau harum. Masukkan pula tomato puree dan diikuti tomato segar yang didadu. Setelah semua bahan tumisan naik minyak masukkan air dan daun pandan, biarkan sehingga mendidih.
3. Bila dah mendidih masukkan susu cair dan seterusnya masukkan beras. setelah masukkan beras biarkan mendidih sebentar dan masukkan pula daun ketumbar dan bila nak mengering boleh alihkan periuk nasi ke dalam rice cooker tekankan butang cook dan biarkan nasi tanak seperti biasa. Bila dah bertukar ke keep warm bolehlah buka periuk nasi dan kacau sedikit.
4. Biarkan nasi tanak seketika dalam 10 minit lagi dan bila siap bolehlah dihidangkan bersama lauk2 yang bersesuaian. saya cuma hidangkan bersama ayam masak tomato dan acar buah jeruk madu. Kalau ada dalca pun sedap jugak.. Selamat mencuba..

| Ayam Masak Tomato.. |
Sunday, October 12, 2014
Ku cari damai di hati..Damai ler jugakk..
Salam..kawan2 ni entry tertunggak @tertonggeng sebab dh lama nak masukkan entry x masuk2 macam x cukup waktu jer konon2nyer lah.sebenarnya saya ke Damai Beach Resort Desaru pada cuti hari Hari Malaysia bulan september lepas..saje bawak anak2 buah saya jalan2 sebab memang dah lama nak bawa mereka.. Kebetulan pula cuti sekolah jadi dapat lah Yeyed yang tinggal di Asrama ikut sama..Aina n Sara dan ibu mereka. Ikin pun ikut juga.. bila pergi beramai2 memang seronok sambil2 tengok anak2 mandi kolam dapat juga ke tepi pantai..untuk sesiapa yang nak cari destinasi bajet yang tak berapa mahal dan tempatnya boleh tahan menarik bolehlah datang ke sini.. Jomlah tengok gambar2 yang sempat saya snap ekk..banyak yang boleh di ceritakan tapi..tengok gambar jerlah ek..lain kali mungkin nak buat family day di sini jugak..
Garlic Butter Spread ~~buat sendiri..
Assalamualaikum..salam ahad untuk semua pengunjung2 ZLC yang saya kasihi..selamat berhari minggu kawan2 seronoknya bagi yang dapat bersantai di rumah atau berjalan2 hari ini kan..oklah x boleh nak jeles2 sangat sebab bekerja.. ada time terluang dapat gak jengah2 ke lelaman sesawang yang tidak diharamkan oleh bigbosskpm dah cukup baik..so hari nie akak nak kongsikan dengan sape2 yang suka makan garlic bread ala2 pizza hut atau domino pizza tu resepi nak buat garlic butter yang sangat mudah..kalau nak beli sapuan mentega berbawang putih (opps bahasa melayunya dh kuar) di pasaran agak mahalkan so jom kita buat sendiri dapat banyak jugak dan sedappp uolls x caya cer buat.. sapu atas roti perancis bakar dalam oven atau non stick pan..baunya semerbak serumah..wallahhhh. Selalunya garlic bread digandingkan dengan mushroom soup kan tapi kalau kita makan dengan sup ke stew atau cicah kari pun sodappp tau kawan2 jom kita tengok bahan2 berikut:
Garlic Butter Spread
Bahan-Bahan:
150 gram - butter
4 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak zaiton @olive oil
Fresh Parsley - cincang
(saya x der daun parsley so gantikan dengan 1/2 camca teh dry oregano)
Sedikit garam (jika guna unsalted butter)
Cara:
Panaskan olive oil dalam non stick pan, masukkan bawang putih cincang dan balik2kan sehigga bawang putih berbau harum dan layu tak perlu sampai garing.
Masukkan butter dalam mangkuk dan kacaukan dengan sudu hingga lembut masukkan bawang putih yang di layukan tadi bersama olive oil, masukkan juga dry oregano dan garam sedikit, kacau rata. tujuan masukkan olive oil ke dalam garlic butter kerana ianya tidak mudah mengeras bila masukkan dalam fridge, simpan dalam fridge boleh tahan sehigga 2 minggu, bila nak buat garlic bread sapukan sahaja di atas roti dan bakar. Atau bila nak makan steak letakkan garlic butter atas steak, kalau nak letak pada sayuran yang di kukus atau rebus pun boleh..pehhh banyak pulak idea. Try tau kawan2.

| nie ler rupa daun parsley yg saya x ada tu.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)