Assalamualaikum..
Selamat hari Isnin untuk semua, hari ini cuaca di Johor Bahru sangat panas dan terasa bahangnya. Saya tadi pun rasa letih sangat masa balik dari opis tadi dengan kerja2 yang agak banyak, bila cuaca macam nie semua orang mengeluh kepanasan. Tapi tak mengapalah ada kalanya kita dapat hujan yang lebat dan sesekali cuaca menjadi panas macam ni..yang pentingnya kita perlu minum air masak yang secukupnya untuk mengelakkan dehydrate atau badan kita kekurangan air.
Bila cuaca macam nie tu yang terasa nak berendam lama2 emmm tp bukannya ada kolam renang di rumah bathtub pun xder cuma mandi bawah shower ajer...cewahhhh berangan pulak saya nie...stop frm your day dreaming miss j..hehe kekadang ber angan2 nie seronok jugak kan..
ok lah saya nak masukkan satu entry masakan yang sangat simple pada hari ini iaitu Peria Goreng Garing. Sebenarnya semasa di sekolah tadi saya dan kawan saya pembantu pengurusan murid sekolah saya Ina ke kebun sains cikgu solahudin yang ada tanaman peria dan bendi yang sedang melebat banyak juga tapi tak diambil oleh sesiapa jadi masa ina kata ada peria kat kebun saya pun teruslah memanjat tangga di blok belakang sekolah dan mulakan operasi memetik peria ada lah dalam 8 biji rasanya tapi sizenya agak sederha tak berapa besar macam yang dijual di pasar. Sayur bendi pulak banyak yang dah tua jadi saya ambillah yang agak2 boleh dimakan. Memandangkan dah ada peria teringat pulak anak buah saya Ain yang suka makan peria goreng garing nie..so jadilah untuk makan petang tadi walaupun agak sedikit pahit..biasalah kan peria mesti terasa pahitnya (bagus utk kesihatan makan benda2 yang pahit nie) tapi sedap kerana garing dan berbau harum daun kari yang saya lurutkan semasa mengoreng tadi..Jom kita semak resepi rengkas di bawah:
Peria Goreng Garing
Bahan-Bahannya:
2 batang peria yang sederhana - dibelah dua hiris sederhana nipis, letakkan sedikit garam pada peria diramas sedikit dan di cuci serta toskan.
Bahan untuk bancuhan tepung:
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan rempah kari
sedikit garam
air lebih kurang 1/2 cawan - adunan jangan terlalu cair
2 tangkai daun kari
minyak untuk mengoreng
Cara:
1. Bancuhkan tepung gandum bersama tepung beras, serbuk kari dan garam bersama air, bancuh hingga rata dan tidak bergentel.
2. Panaskan minyak dalam kuali, peria yang telah di tos tadi masukkan ke dalam bancuhan tepung dan celup seperti kita nak goreng pisang. Goreng dengan api yang sederhana bila dah setengah garing lurutkan daun kari kedalam minyak, balik-balikkan sehingga peria garing dan warna kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan, letakkan di atas paper towel. Hidangkan peria goreng bersama sos cili atau makan begitu sahaja.
Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Monday, January 16, 2012
Sunday, January 15, 2012
Jalan2 ke Kota Singa...
Assalamualaikum..
Salam n apa kabar semua.. Hari ini saya tak berkesempatan untuk online dan update di blog sebab siang tadi saya ikut abg n akak ipar saya ke Singapura.. Sebenarnya dah agak lama juga saya tak menjejakkan kaki ke kota singa rasanya lebih dari 15 tahun.
Teringat pulak saya masa muda2 dulu maksud saya waktu sekolah menengah saya pernah ke Singapura sendiri menaiki bas kerana membelikan bahan-bahan untuk membuat kek kukus untuk arwah mak saya iaitu Big Sister Mix Fruits dan juga Butter Golden Churn dalam tin masa dolu2 tu mana ada saper2 yang tahu butter tu x halal seperti sekarang ini kan. Pastukan kalau saya ke singapura tu kalau cosway jam saya penah berjalan kaki dari check point custom singapore tu sepanjang tambak sampai Johor Bahru, masa tu saya tinggal di Flat Lumba Kuda..tinggal kenangan kan sekarang ini.
Oleh kerana jalan-jalan pada kali ini hanya untuk membeli sedikit barangan di Mustafa Store yang sangat besar tu dan beroperasi 24 jam.. jadi saya pun turut sama beli juga sedikit Basmathi Rice India Gate yang biasa di beli oleh akak ipar saya di sana. Kualiti beras basmathi ini butirnya sangat panjang berasnya kalau dimasak nasi briyani atau nasi arab atau nasi mandhi mesti sedap..InsyaAllah kalau saya ada masak nanti saya masukkan entry di blog.
Berbalik cerita di singapura tadi saya tak lah berbelanja banyak sebab pertukaran mata wang Sing Dollar yang sangat mahal kalau kita tukar RM1000 kita cuma dpt 410 S.dollar sikit kan. Jadinya saya berbelanja sangat berhemah tadi duit yang saya tukar rm300 dapat 123 $ jd belilah Almond Roca yang sememangnya menjadi kegemaran saya sejak dulu lagi..xkira la mahal sikit pun saya beli juga dan masa jalan2 di Marina Square saya ke John Little yang tengah Summer Sale jadi nampak la hand bag yang cantik sempat juga rembat satu tadi..hehe..Ok lah dah penat berjalan2 hari ini kita layan gambar benda2 yg saya beli ajer ok..nnti kalau ada sesiapa yang jumpa Almond Roca @ Buttercrunch Toffee with Almonds nanti belikan saya tau..muah..muah..muah..sayang utk saper2 yang nak belanja saya Almond Roca tu..hehe..jom kita layan pic di bawah..

![]() |
| nie la almond roca yg saya suka.. |
Saturday, January 14, 2012
Sedetik Lebih...
Let enjoy this beautiful song by Anuar Zain...
love u more...babe..
Zalekha Luvs Cooking...:-)
love u more...babe..
Zalekha Luvs Cooking...:-)
Tahu Teratai...
Assalamualaikum..
Tengah buat apa tu...dah makan malam ke belum..Saya dah makan dalam pukul 7 tadi cepatkan saya makan malam..sebenarnya adik saya bedah buat nasi goreng kampung yang pedas meletopss dan ajak saya makan tadi. Jadinya saya makan awal la sikit taklah kemalaman baru nak makankan.. Tapikan tekak nie asik terasa haus ajer mungkin sebab cuaca yang agak panas jadi rasa kering jer. Sepatutnya dalam cuaca begini kita perlu minum air masak banyak2..emmmm tapi saya nie asik nak minum air ice jer..walhal air batu tak bagus untuk kesihatan kerana mudah mendatangkan batuk...degil betullll lah cik leha nie kan...harap2 kawan2 yang lain tak degil macam saya yer..sebab kalau dah sakit tu saper yang susah diri sendiri juga yang susahkan...Pesanan ini ditujukan untuk diri saya sendiri "mencegah adalah lebih baik dari mengubati" dan untuk kawan2 saya rasa tentu lebih prihatin dalam penjagaan kesihatankan.
Okay lah kita tinggalkan cerita kedegilan saya di atas sebab saya hendak berkongsi satu resepi yang agak unik dan enak..Sebenarnya Tahu Teratai ini dibuat oleh kawan pejabat saya kak marie kelmarin dan saya minta izin pada beliau untuk berkongsi resepi bersama kawan2 yang lain. Tahu Teratai ini sangat gurih atau garing diluarnya dan intinya lembut dan sedap sesuai untuk dimakan waktu petang atau boleh juga dimakan bersama nasi sebagai lauk...Jom kita semak resepi di bawah:-
Tahu Teratai
Bahan-Bahannya
30 biji tahu pok -tahu nie bersize kecil bentuk segiempat siap digoreng (kat pasar banyak)
Bahan untuk Inti
6-7 keping tahu putih yang lembut (jenis untuk buat sop) - dilecek
200 gram isi udang dicincang
2 labu bawang besar di dadu halus
1 batang carrot - diparut atau dihiris batang mancis halus
2 batang lada merah dicincang
2 pohon daun sup/bawang - dihirs halus
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
2 biji telur
sedikit minyak untuk tumis rencah inti.
Cara:
1. Tahu Pok di gunting bentuk cross di atasnya, korekkan isi tahu sehingga habis dan terbalikkan. (simpan isi tahu pok untuk dicampur dengan bahan inti. Buat sehingga habis dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang besar yang didadu halus hingga berbau wangi dan layu, masukkan udang dan perisakan dengan sedikit serbuk lada sulah dan garam. Balik-balikkan hingga udang masak bertukar warna dan terus padamkan api.
3. Dalam sebuah bekas campurkan tahu lembut yang dilecek bersama bahan yang ditumis tadi, carrot yang diracik halus, lada merah yang dicincang, daun sop/bawang serta garam dan dua biji telur serta isi tahu pok yang dikeluarkan tadi.
4. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Ambil tahu dan sumbatkan dengan inti agak penuh dan padat tekankan sedikit dengan belakang sudu supaya rata. Buat sehingga habis.
5. Panaskan minyak api sederhana sahaja untuk goreng tenggelam tahu pok yang telah disumbat inti. Masukkan dalam 7 hingga 8 biji sekali mengoreng jangan banyak sangat.
6. Balik2kan tahu hingga bertukar warna kuning keemasan dan garing. Angkat dan tos tahu teratai di atas penapis dan letak atas paper towel untuk serapkan minyak lebihan.
7. Hidangkan bersama sos cili atau sos pilihan anda. Sedap dimakan panas2.

| Tahu Teratai yang belum digoreng |
![]() |
| dalam kuali pun sempat dia nk berposing kan hehe |
Apple Crumble with Ice Cream..
Assalamualaikum..
Selamat hari sabtu dan selamat berhujung minggu untuk semua..apa khabar semuanya diharapkan kawan2 semua sehat dan ceria selalu.. sekali lagi dapat kita bertemua di alam maya ini, nie pun kerana dah lama sangat saya tak dapat update kali nie disebabkan masalah broadband saya yang dh putus nyawa..tulahpasalnya tak dapat nak ditolongkan. Ini dah disambung balik talian hayatnya dapatlah saya update di blog dengan entry masakan yang mudah yang saya baru buat sebentar tadi.
Hari ini saya tak memasak adik saya bedah yang masak jadi saya pun tengok apa bahan yang ada di peti sejuk dan pantry tu yang tercetus idea nak buat apple crumble yang simple ini..sebenarnya saya pun tak merujuk pada resepi main agak2 ajer tapi alhamdulillah menjadi dan anak2 buah saya suka..apple crumble nie sesuai di makan dengan ice cream apa2 perisa la di scoop di atasnya...wallahhhh memang sedap..jom la kita semak resepi yang mudah dan sempoi jer nie..
Apple Crumble with Ice Cream
Bahan-Bahannya:
3 biji apple fuji - dikupas kulit dan potong dadu
3 sudu makan brown sugar
(kalau suka boleh letak sedikit serbuk kayu manis- saya x letak
Utk adunan crumble
11/2 cawan tepung gandum - di ayak
3 sudu makan castor sugar
3 sudu makan butter/majerin
secubit garam
-Ice Cream (kegemaran anda)
Cara:
1. Buatkan dulu crumble dengan cara meramaskan tepung, gula castor dan butter serta garam hingga menjadi seperti serbuk roti yang halus - kalau nak adunan crumble yang agak kasar dan sedikit moist boleh tambahkan 1 sudu butter lagi..tp saya prefer yang halus dan kering sahaja.
2. Dalam acuan caserole atau loyang kek letakkan apple yang telah didadu tadi serta taburkan dengan brown sugar diatasnya. Kalau suka rasa cinamon boleh sprinkle dengan sedikit cinamon powder saya x letak sebab anak2 buah saya tak suka.
3. Ratakan adunan tepung yang dah dijadikan crumble tadi di atas apple rata2.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama lebih kurang 25-30 minit pada suhu 180'c
5. Bila sudah masak, keluar dan sejukkan. Potong dan hidangkan apple crumble dengan ice cream pilihan anda ice cream vanilla pun sedap, saya makan dengan ice jagung ajer.

Monday, January 9, 2012
Kentang Bilis Berlado..
Assalamualaikum..
Selamat petang Isnin untuk semua, apa kabar semuanya diharapkan sehat walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang menentu sekarang ini sekejap panas sekejap hujan. Saya pun alhamdulillah sihat seperti selalu cuma agak keletihan sebab terkejar2 untuk buat kerja2 urgent di pejabat. Tapi bila dah habis kerja2 segera tentulah akan berasa lega sedikitkan..macam pada hari ini saya dan akak cc di pejabat nak menyiapkan kew8 bagi gaji baru untuk guru-guru dan staf, kalau dapat disiapkan cepat dan diluluskan di Jabatan dengan cepat bolehlah dimasukkan pada bayaran gaji bulan Mac nanti, emmm macam tak sabar2 nak dapat gaji baru kan hehehe..nanti ada pulak yang marah kalau saya bercerita pasal gaji baru nie..so kita berbalik ke cerita entry masak-memasak yer.
Sebenarnya saya bercadang nak masukkan entry masakan berasaskan kentang yang agak mudah membuatnya dan bagi yang suka makan kentang seperti saya mesti suka pada masakan ini..oleh kerana kentang adalah makanan yang berkaborhidrat makan begitu sahaja atau makan dengan roti pun boleh.
Jom kita semak resepi mudah di bawah..
Kentang Bilis Berlado
Bahan-Bahan:
5-6 biji kentang bersize sederhana besar, dikupas kulit basuh dan potong baji/wedges
1/2 cawan ikan bilis belah - basuh, toskan dan goreng garing
4-5 sudu besar cili yang dikisar - boleh gunakan samaada cili kering atau cili basah
6 ulas bawang merah - di kisar halus
3 ulas bawang putih - di kisar halus
2 sudu makan gula pasir
sedikit garam
1 keping kecil asam keping/gelugor direndam sebentar
minyak untuk mengoreng kentang
Cara:
1. Panaskan minyak gorengkan kentang sehingga warna keperangan dan masak, angkat dan toskan minyak.
2. Bila kentang telah habis digoreng, minyak dikurangkan tinggalkan hanya dalam 3sudu makan untuk menumis, masukkan lada kering blender dan bawang, tumis sehingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan gula, sedikit sahaja air dalam 1/4 cawan, asam gelugor dan garam, kacau supaya rata dan agak pekat masukkan kentang dan ikan bilis, balik2kan kentang dan boleh ditutupkan api. Hidangkan.

Sunday, January 8, 2012
Mini Sardin Puff...
Assalamualaikum..
Selamat malam Isnin semua..nampaknya dah lama sungguh saya tak keudara di ruang blog saya nie yang terakhir pada 3hb Januari saya ada masukkan entry caramel custard..memang niat di hati tu memang nak menjengah ke blog dan nak masukkan respi2 tertunggak yang ada dalam simpanan saya tapi almaklum dek kerana kesibukan yang melanda saya tak berpeluang untuk meluangkan masa menulis di blog.. Pada malam nie pun saya ingat nak menulis agak awal sedikit tadi tapi oleh kerana line broadband yang sangat slow dan macam siput jalannya..jadi baru sekarang saya dapat mengupdate di blog..
Oleh kerana agak lewat baru bersiaran jadinya saya tak dapat nak bercerita panjang dan jom la kita semak resepi Mini Sardin Puff yang saya buat tadi untuk kudapan dengan anak2 buah saya..
Mini Sardin Puff
Bahan-Bahan:
1 paket Puff Pastry jenama Kawan (ada 10 keping dan saya potong 4 setiap keping)
1 biji telur - dipukul sedikit untuk glace atas pastry
Untuk inti Sardin:
1 tin sardin - 420gm buang kan sosnya dan lecek
3 biji bawang besar - didadu halus
5-6 batang cili padi dihiris halus
3 biji limau kasturi di ambil jusnya
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis.
Cara:
1. Sediakan dulu inti sardin, tumiskan bawang besar dadu dan cili api hingga layu dan berbau harum.
2. Masukkan sardin yang dilecek tadi, masukkan garam dan jus limau kasturi, balik2kan dan padamkan api
sejukkan inti terlebih dahulu
Cara menyediakan sardin puff:
1. Puff Pastry dipotong empat dan leperkan sedikit, masukkan inti secukupnya dan di kapit 2 bentuk tiga segi.
2. Setelah diisi dengan inti sardin susun pastry dalam dulang pembakar, buat hingga selesai.
3. Tekankan sedikit hujung pastry dengan garfu. Sapukan dengan telur di atas puff pastry.
4. Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang 30 minit atau sehingga garing kulit permukaan puff pastry.

Subscribe to:
Posts (Atom)