Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Friday, November 9, 2012
Cuti Sekolah. Family Day di Pantai..Cuti2 M'sia??
Assalamualaikum...
Salam Jumaat untuk semua kawan2 dan pengunjung2 Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...hari jumaat 9 November 2012 merupakan hari terakhir sekolah...bagi tahun 2012 kerana esok bermula cuti sekolah yang panjang untuk anak2 dan adik2 yang bersekolah..seronok pulak rasa bila dah mula cuti sekolah...tentu banyak acara2 atau percutian bersama keluarga yang dirancang oleh ibubapa diluar sana yang mengambil peluang untuk membawa anak2 berjalan pada musim cuti sekolah ini...
Saya pula suka akan suasana cuti sekolah sebab bila bekerja di sekolah keadaan sekolah akan lebih aman dan tenteram bila ketiadaan murid2..tapi mesti sunyi juga kan sebab tak dapat berjumpa dengan adik2 serta rakan2 guru melainkan mereka dipanggil untuk bertugas pada cuti sekolah ini...Kepada guru2 atau sesiapa sahaja ibu bapa yang bercadang untuk balik ke kampung halaman masing2 di ucapkan selamat bercuti di kampung...pasti seronokkan kalau ada kampung.. dan bagi yang tak ada kampung boleh juga lah berjalan2 ke destinasi pilihan anda kerana begitu banyak tempat2 menarik yang boleh dikunjungi semasa cuti sekolah ini..saya awal cuti ini akan pergi mengikuti hari keluarga di Pelangi Balau Resort..bersama2 keluarga SKPT2..2 hari jer ahad dan isnin, pastu pada hari Deepavali pulak nak berjalan2 rombongan Cik Kiah ke Raub Pahang menghadiri perkahwinan cikgu Ahmad Farees n acara shopping2 di Nilai 3...wahhhhh bestnya...tapi wang besar xder..huhu saper nk belanjer saya..
Jadinya buat sekian kalinya tak ada entry masak2 di sini ok mohon maaf banyak2 yer kawan2...insyaAllah bila ada kesempatan saya akan bersiaran lagi kalau ada cerita2 menarik..hingga bertemu lagi salam sayang dari saya..xoxo..muahhh.
Tuesday, November 6, 2012
Lagu2 Nostalgia Mengamit Memori...
Burger Masala ....with garam masala onion..
Assalamualaikum...
Apakabar kawan2 semua semoga anda semua ceria disamping keluarga tersayang. Hari ini saya nak berkongsi satu resepi tertungguk yang mudah, saya buat minggu lepas rasanya..iaitu burger dengan sedikit kelainan kerana saya perisakan dengan garam masala sejenis rempah campuran kaum India dan juga saya letak caramelized onion yang saya buat campur dengan garam masala juga...sedappp u rasa dia bagi sesiapa yang tak pernah mencuba garam masala nie x berapa kari langsung ianya rempah2 campuran ketumbar, jintan manis, serbuk lada, kunyit, lada hitam sedikit dan campur2an rempah lain tapi tiada kari di dalamnya.
Ok saya terus tulis resepi mudah untuk burger dan bawang masala nyer sekali ok...
Burger Masala....
Bahan-Bahan:
Daging Burger - secukupnya ikut berapa yang kita nak buat (saya guna jenama ramly)
Roti Burger - secukupnya
sedikit rempah garam masala
sedikit sos tiram
sedikit butter/majerin
bahan2 sayuran
Daun Salad secukupnya (saya guna butterhead salad)
Hirisan Tomato secukupnya
Hirisan Timun secukupnya
Sos Cili dan Mayonis secukupnya
Bahan untuk caramelized onion masala:
1 labu bawang besar holland - dipotong dua dan dipotong/dihiris
1 camca teh garam masala
1 sudu makan sos tiram
sedikit garam dan sedikit minyak untuk menumis.
1. Mula2 sediakan bawang dahulu, panaskan sedikit minyak dalam kuali masukkan bawang besar holland yang dihiris gorengkan sehingga layu dan berbau harum. masukkan garam masala diikuti dengan sos tiram dan sedikit garam balik2kan dan padamkan api.
2. Untuk sediakan burger gorengkan daging burger di atas nonstick pan tak perlu letak minyak sebab daging burger akan keluarkan minyak sendiri. balik2kan kedua2 bahagian, apabila daging burger separa masak belah di tengahnya taburkan dengan sedikit garam masala dalam 1/4 camca teh serta 1 camca teh sos tiram di tengahnya dan juga kiri kanan daging, sambung goreng hingga masak. ketepikan.
3. Untuk sediakan burger roti burger di belah 2 sapukan dengan sedikit butter/majerin, panaskan sekejap atas nonstick pan. Letakkan roti bersama daging burger sapukan dengan sedikit mayonis dan lapiskan dengan bawang masala tadi dan susunkan sayuran salad, timun dan tomato boleh tambah sos kegemaran masing2 sedappp, cubalah..
Monday, November 5, 2012
Sara Sahira...big girl now..
Hai...
N3 yang sepatutunya saya masukkan semalam, sempena ulangtahun ke 6 Sara Sahira anak buah saya yang sangat2 petis, suka bergaya dan pastinya comel..opss jgn lihat pada giginya yer sebab senyuman sara yang sentiasa manis tu bermakna sara memang seorang peminat tegar gula2 dan coklat..hehehe..ok sedikit catatan pada hari ulangtahun kelahiran sara semalam ibu dan ayah sara telah mengadakan acara makan2 bersama keluarga.
Semalam ayah sara sendiri yang buat kek red velvet...sedap birthday kek sara..dengan toping cheesy cream pehhh memang sedappp, selain dari itu ada juga roti kacang pol, mee hoon soto dan juga lemang periuk kera bersama rendang dan serunding...yang lain2 tak der..oppsss lupa pulak ada juga mashmallow n fruit stick yang dicelup dengan coklat..yer lah hari lahir budak2 kan tu yang paling disukai budak2 dan yang dah tua nie pun..hehe ok jom kita tengok sedikit dari gambar yang sempat saya snap ok..
Good Luck...SPM n STPM candidates..
Assalamualaikum...
Salam Isnin 5 November 2012, apakabar kawan2 dan pengunjung SLC semua. diharapkan anda semua sentiada sihat dan didalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya..dah 5 hari saya x bersiaran di blog kerana lappy saya buat hal lagi dan kali ini rasanya memang kena tukar dengan yang baru..so Mr Dell u pun dh lebih 5 years kan i guna it high time untuk berubah wajah..insyaAllah esok lusa saya akan dapatkan lappy baru brand apa tak tau lagi..tp kalau ada sesiapa yang bermurah hati nak hadiah kan kat saya alangkah bahagianya...huhuhuhu sukahati saya ajer ekk..
Sebenarnya banyak perkara2 yang terlepas yang saya hendak updatekan misalnya entry hari lahir anak saudara saya Sara Sahira yang dah masuk enam tahun semalam...nak ucapkan Good Luck untuk anak buah saya Siti Aishah yang menduduki SPM hari ini..dan ada juga entry masakan mudah...so to cut it short saya ucapkan selamat menduduki SPM buat semua adik2 diluar sana yang dah pun berhempas pulas belajar dan hari ini bermula saat getir menduduki peperiksaan semuga anda semua dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab dengan baik..juga untuk adik2 yang akan ambil STPM esok.
Thursday, November 1, 2012
Selamat Pengantin Baru...musim kahwen di SKPT2
Assalamualaikum...
Salam petang Khamis 1 November 2012...wahhhh dah masuk bulan 11 cepat betul masa berlalu dah tinggal 2 bulan sahaja lagi kita akan meninggalkan 2012...opss lupa nak tanya kabar kawan2 semua apa khabar kawan2 semoga anda semua sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya. Mesti ramai antara kawan2 yang tertanya2 kenapa saya buat entry seperti tajuk di atas ekk...almaklumlah sebab bulan 11 nie merupakan bulan yang menjadi pilihan bagi cikgu2 di sekolah saya untuk menamatkan zaman bujang dan solo masing2..kalau yang ingin menambah cawangan tu saya tak tau pulakkk sebab xdapat menghidu lagi...cewahhh macam paparazi lak saya nie ekk..ada kang kena saman nanti...tapi xder kot saya percaya abg2 pakcik2 n adik2 yang lelaki di SKPT2 nie semuanya baik2 belakakan...lagi pula kami di sekolah nie saling kenal antara pasangan2 cikgu dan anak2 mereka sekali dah jadi keluarga besar yang sangat akrab bila ada majlis2 atau jemputan pasti mereka akan bawa isteri masing2 berserta anak2..jadi tak hairanlah mengapa kami semua dah macam adik beradik di SKPT2 nie...x gitu en. .M.Zin gan en. Usop...oh dah panjang pulak saya bercerita pasal hubungan kekeluargaan di sekolah ini ekk..
| tahniah kak siti.. |
Kepada pengantin2 yang bakal melayari bahtera perkahwinan diucapkan semoga jodoh mereka akan berkekalan ke akhir hayat dan berbahagia di alam rumah tangga, dikurniakan zuriat yang soleh dan soleha serta sabar menghadapi segala cabaran yang mendatang, pupuklah kasih sayang agar menjadi keluarga Sakinah, Mawaddah, Warrahmah ..hohoohoohoo pandainyerrrr saya ini memberi nasihat pada kawan2 yer..xperlah kan mudah2an ada pulak kawan2 lain yang akan menasihati saya pula bila tiba giliran...oppsss bila tu...kena tungguuuuuuu.. Akhir kalam salam sayang dari saya...xoxo..
Wednesday, October 31, 2012
Daging Bercili Padi Dengan Kentang..
Assalamualaikum...
Selamat tengah hari kawan2 dah makan tengah hari lum..saya hari nie tak sarapan terus brunch..sebab pagi2 lagi saya telah merajinkan diri masak daging korban yang diberi oleh abg Ramli tauke kantin hari tu..fikir punya fikir nak masak apa yang mudah cepat dan segera jadilah masakan yang ala2 sempoi ajer nie tapi memang sedap bagi mereka yang suka lauk2 yang agak pedas...kebetulan akak cc saya ada bawa pula kari daging..dan disamping daging bercili padi saya juga bawak daun ubi yang dicelur untuk dimakan bersama kuah pecel yang dibuat oleh adik saya bedah petang semalam...sebab kalau dirumah pucuk ubi celur macam gitu x laku saya gan bedah ajer yang makan anak2 tak berapa suka...sebelum sesi makan2 pagi tadi saya sempat ke kantin nampak pulak urap daun selom...apa lagi memang favorite saya tu..haa habis nasi panas sepinggan...ok asik bercerita saje saya nie baiklah kita terus lihat resepi di bawah ok..
Daging Bercili Padi Dengan Kentang
Bahan-bahan:
500 gram - Daging - dihiris kecil (seeloknya daging batang pinang untuk cepat empuk)
3 biji kentang - dikupas potong bulat dan goreng - ketepikan
2 labu - bawang besar - diblender halus
4 ulas - bawang putih - diblender halus
1 inci halia - diblender halus
10 biji cili padi hijau - diblender halus
1 camca teh serbuk kunyit
1 batang serai dititik
1 labu bawang besar hiris bulat
3 sudu makan sos tiram
3/4 cawan air (kalau nk agak berkuah tambah air).
1 keping asam keping /gelugor (direndam sebentar) /kalau xder ganti 1/4 cawan air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis..
4-5 biji cili padi untuk hiasan
Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang diblender halus hingga agak garing dan pecah minyak..masukkan serbuk kunyit, dan serai yang dititik, tumiskan lagi dan masuk pula sedikit gula dalam 1 1/2 sudu cukup.
2. Masukkan pula daging dan diikuti air, masak hingga daging empuk masukkan pula bawang besar yang dihiris bulat bersama sekeping asam jawa atau 1/4 cawan air asam, masukkan sedikit garam rasakan kesesuaian rasanya dan akhir sekali masukkan kentang yang digoreng tadi, balik2kan dan bolehlah dipadamkan api. Hidangkan bersama nasi panas atau nasi impit...sedappp cubalah..
Subscribe to:
Posts (Atom)








