Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, December 28, 2011

Sup Brokoli Dengan Bebola Sepit Ketam..

Assalamualaikum...

Selamat malam semua diam tak diam hari ini dah 28 Disember ini bermakna 3 hari sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2011 dan membuka lembaran baru di tahun 2012.  Pastinya semua orang ada memasang azam setiap menjelangnya tahun baru dan tak kurang juga yang ingin meneruskan azam lama jika masih tidak kesampaian apa yang dicita-citakan di tahun sebelumnya..Bagi saya pula saya macam tak berapa nak berazam cuma saya berharap  tahun baru yang bakal menjelma tak berapa hari lagi akan dilalui dengan kebahagian hidup, dipermudahkan segala urusan dan yang paling penting segala yang dilalukan mendapat rahmat dan hidayah dari Allah..jika itu boleh dikira  sebagai azam, itu lah sahaja azam saya.

Saya pun sebenarnya agak sibuk dengan urusan2 di pejabat sekarang ini jadinya masa yang dapat saya luangkan untuk menjengah ke blog ni pun agak terhad. Jadinya tak dapatlah saya nak mengupdatekan apa-apa yang tertinggal seperti cerita Naskah Rindu~Kasih itu, insyaAllah bila ada kelapangan saya memang nak menyambung semula, begitu juga dengan entry masakan yang hendak saya masukkan sebenarnya ada 2-3 resepi yang dah boleh saya keudarakan tapi nampaknya terpaksa saya simpan dahulu oleh kerana kekangan masa yang amat mencemburui diri saya..dan oleh bila dah banyak kerja disiang hari maksud saya kerja-kerja pejabat yang perlu dibereskan segera bila malam ajer kepanatan teruslah melanda dan mood menulis dan berblog pun agak merundum.

Jadinya pada hari ini saya nak masukkan satu entry masakan sejenis sup sayuran saya gunakan brokoli dan karet yang saya gandingkan dengan bebola sepit ketam dan fish cake pada kali ini yang agak sedap juga dan berkhasiat sebab saya tak menumis pun sup ini hanya merebus sahaja. Jom kita semak bahan2 yang diperlukan.

Sup Brokoli dengan Bebola Sepit Ketam..

Bahan-Bahan:
1 mangkuk brokoli -dipotong dan cuci bersih rendam sebentar dalam air garam
1 batang karet - potong dadu sederhana
1 peket bebola sepit ketam - dalam 10-12 biji
3 batang fish cake - dihiris sederhana tebal
1 labu bawang besar - diracik halus
4 ulas bawang putih - dicincang
1 kiub pati ayam
sedikit lada sulah serbuk
secubit garam
air lebih kurang 1.5 - 2 liter bergantung pada banyak kuah sup yang kita nak

Cara:
1. Masukkan air dalam periuk bersama bawang2 dan kiub pati ayam, rebus hingga mendidih masukkan karet yang didau dan bebola sepit ketam dan fish cake.
2. Bila karet agak empuk kecilkan api dan masukkan brokoli, serbuk lada sulah dan sedikit garam..masakkan sebentar tak perlu hingga sayur layu, padamkan api dan hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain atau boleh dimakan begitu sahaja.

Monday, December 26, 2011

Fresh Fruit Tart...

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..seperti yang saya ceritakan siang tadi saya ada membuat Fresh Fruit Tart gara-gara teringin bila ternampak di blog Chef CMG so nie la saya buat untuk minum petang tadi. Saya gandakan resepinya so dapatlah banyak sikit dalam 20 biji tart yang size kecil dan 10 biji tart yang bersize sederhana..Oklah hari ini rasanya agak letih sebab petang tadi ke rumah kakak saya di Taman Suria, insyaAllah nnti saya masukkan satu entry yang kakak saya buat iaitu Seri Kaya Labu yang sememangnya amat sedap dan resepi dari turun tumurun arwah mak memang pandai buat serikaya nie..di keluaran akan datang yer..so tanpa banyak celoteh dari saya kali nie..nak sambung wat cerita Naskah Rindu~Kasih itu pun belum berkesempatan..saya nak mintak izin dari Chef blogger kesayangan saya CMG untuk Copy n Paste resepi Fresh Fruit Tart dari blog beliau.. akak mintak izin yer CM..terima kasih bebanyak kerana selalu menyiarkan resepi yang menjadi rujukan saya selama ini..Jom kita semak resepi di bawah:-


FRESH FRUIT TART
Sumber : Chef Che Mat Gebu @DTS

BAHAN KULIT TART :-)
150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu, dicairkan (cooking chocolate also can lah!)
Piping jelly
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
  3. UNTUK FRESH FRUIT TART :- Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.
CATATAN MAT GEBU :- Tujuan menyapu coklat cair ialah bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah2an segar tadi.







Black Pepper Crab...

Assalamualaikum..

Selamat petang Isnin untuk semua, diharapkan anda semua berada dalam kesihatan yang baik dan ceria-ceria selalu.  Sedang buat apa tu..pastinya ramai antara kita yang sedang berehat2 dan bersantai di rumah maklum lah hari ini tak bekerja sebab cuti ganti perayaan Hari Krismas yang jatuh pada hari Ahad semalam.  Oleh kerana hari ini tak bekerja dapatlah kita melaku bermacam2 perkara kan seperti berkemas, membasuh, menyediakan makanan untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang..Maklumlah memang itu lah rutin kalau menjadi suri rumah tangga sehari2 pasti tidak habis2 tugasan yang perlu dilakukan.

Tapi bagi yang bekerja pun sama juga hari bekerja tetap bekerje balik ke rumah tetap juga memikul tanggungjawab sebagai ibu dan pentadbir hal ehwal rumah tangga.  Besarkan tanggungjawab yang harus digalas oleh seorang wanita tak kira yang berkerjaya atau juga yang menjadi Manager dirumah sepenuh masa, dan Ceo atau suami kepada wanita-wanita ini sering mengharapkan agar segala keperluan dan perkhidmatan yang dikelola oleh para isteri dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

Sebenarnya saya teringat akan status yang ditulis oleh kawan saya Faiz Min di FB beliau akan tanggungjawabnya sebagai isteri sepenuh masa yang perlu menguruskan segala keperluan anak-anak dan rumahtangga.  Jadinya saya amat kagum melihat akan kegigihan wanita di zaman ini yang perlu membuat pengorbanan demi anak-anak yang mereka kasihi dan memastikan agar kehidupan rumahtangga berada dalam harmoni serta ceria selalu syabas untuk Faiz dan ibu-ibu yang sangat saya kagumi kegigihan kalian dalam mengendalikan urusan rumah tangga..bagi orang-orang yang ada rumah tapi belum bertangga seperti saya dan kawan-kawan yang lain seperti kawan baik saya Rossana dan Nafida..kami juga ada tanggungjawab yang tersendiri yang perlu kami laksanakan untuk keluarga dan diri masing-masing.  Pastinya usaha murni yang dilakukan setiap dari kita akan mendapat keredhaan dari Allah Subhanawataalla hendaknya..insya Allah.

Oleh kerana agak panjang cerita saya mengenai rumahtangga di atas tu kita lihat apa yang saya sajikan hari ini untuk makan tengahhari bersama anak2 buah saya di rumah. Hari ini saya masak ketam lada hitam, sayur campuran di masak sup jernih bersama ayam. Kebetulan akak saya Hjh Siti Rashidah tu datang bawak semangkuk asam pedas pari dan sayur kacang goreng bersuun alhamdulillah jadi lah untuk makan tengah hari kami sekeluarga. Saya dah sempat membakar pastri untuk kulit Fresh Fruits Tartlet untuk minum petang nanti..itu saya akan saya masukkan pada entry lain yer, buat masa ini jom kita semak resepi Black Pepper Crab yang sedap ini..

Black Pepper Crab
by: Zalekha Luvs Cooking

Bahan-bahan:
1 kg ketam bunga - lebih kurang 6-7 ekor ketam sedang di bersihkan dan di potong 2
3 labu bawang besar - diblender halus
5 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci halia - di blender halus
2 sudu makan lada hitam biji - di tumbuk
1/2 cawan kicap lemak manis - saya guna kicap jalen
1/2 cawan jus asam jawa
3 sudu besar sos cili
1 1/2 cawan air
1 biji bawang besar - hiris (untuk tumis)
1 sudu makan gula pasir
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar yang dihiris hingga layu dan berbau harum. Masukkan bahan yang telah dikisar halus tumis kan sehingga pecah minyak, masukkan lada hitam yang ditumbuk, balik-balikkan.
2.  Masukkan pula kicap, gula, sos cili diikuti air dan jus asam jawa, masakkan hingga kuah agak mendidih baru di masukkan ketam.
3.  Balik-balikkan ketam sehingga ketam bertukar warna kemerahan, masak sebentar lagi.  Jika suka ketam ini agak berkuah sedikit tambah kan dalam setengah cawan air lagi dan balikkan lagi sehingga mendidih kalau nak pekat cukup dimasak sehingga ketam berubah warna dan balik-balikkan sebentar terus ditutup api.
4. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 sampingan laen seperti sup sayuran dan ikan goreng..emm sedap nak makan ketam kena perlahan2 sebab kulitnya yang keras perlu diketuk dahulu di bahagian sepitnya ada isi jugak.
Lauk ketam lada hitam nie saya yg masak

Inilah sahaja makanan tengah hari kami..alhamdulillah.

Lauk Asam Pedas Pari ini akak saya Hjh Aiti yg masak

Sunday, December 25, 2011

Soft Eggless Pancake with Honey..

Assalamualaikum...

Selamat petang ahad semua, dan pada yang menyambut perayaan krismas, Merry Christmas.  Hari ini saya telah membeli belah barangan dapur di Tesco, Sri Alam, Masai.  Jauhkan saya pergi sebenarnya saya tumpang akak dan abang ipar saya yang hendak ke jemputan Majlis Perkhawinan anak sahabat mereka so they just drop me at Tesco Supermarket.  Berjalan sambil membeli belah seorang diri ini agak penat rupanya maklumlah kita menolak troley sambil memilih barang-barang yang hendak kita beli.  Selalunya kalau pergi berkawan tak lah terasa penat sebab sambil membeli belah tu kita berbual-bual dan tak perasan masa berlalu.  Tadi dekat dua jam jugalah saya berpusing-pusing sekitar pasaraya Tesco mencari barang-barang keperluan dapur yang diperlukan.

Dah penat berbelanja akak saya pun datang dan dia pun membeli serba sedikit barang keperluan. Nasib baiklah  ditempat yang kami pergi tu tak berapa sesak jadi agak senang mencari barang-barang dan juga membayar di kaunter. Saya pun ada juga membeli sedikit buah-buahan segar seperti strawberry, kiwi, seedless grape, lemon kononnya berangan nak buat Fresh Fruits Tartlet yang saya tengok di blog DTS, Che Mat Gebu hari tu harap-harap menjadi lah projek saya tu nanti.  Oklah saya taknak bercerita panjang marilah kita semak resepi Pancake Tanpa Telur yang saya buat untuk sarapan pagi tadi tapi boleh juga kalau nak buat untuk minum petang..

Pancake Tanpa Telur..lembut dan sedap.

Bahan-Bahan:
 1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh penuh baking powder
2 sudu makan gula
2 sudu makan  minyak jagung/canola
2 sudu makan mayonis
1 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan air

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan, kacau rata dan sebati dengan mengunakan whisk, kalau nak blend pun boleh.
2. Panaskan nonstick pan, lenserkan dengan sedikit sahaja minyak jagung atau mentega pada kuali, untuk yang pertama sahaja, seterusnya tak perlu di letak minyak. Masukkan sesenduk (gunakan senduk lauk yang sedang) adunan pencake dalam pan angaran 4 inci lebar. biarkan sehingga permukaan pancake berlubang2 dan sedikit kering, balikkan sebentar dan terus angkat di susun di atas pinggan.
3. Buat sehingga adunan habis dan boleh menghasilkan 10 keping pancake bersize 4 inci, hidangkan bersama madu atau jem pilihan anda dan butter.



Saturday, December 24, 2011

Suprise...


Naskah Rindu ~Kasih~
Bab 4

Suprise...

Setibanya di kawasan perumahan mewah dan elit di Taman Kemuncak, Johor Bahru kereta Honda Civic yang dipandu Izaloma semakin perlahan dan enjinnya di matikan apabila tiba betul-betul di hadapan Banglo milik Dato' Hisham Abd Rahman dan Datin Maria Hussin itu.."Lea sekarang dah sampai bagaimana babak lakonan seterusnya akak memang tak pandai nak berlakon dan apa yang nak dikatakan pada mama Lea nanti" Izaloma bertanya pada Zalea, "tak apa jangan risau cuma perlu tekankan loceng bila pintu pagar dibuka masuk terus Lea akan tunduk dan akak cakap la dengan Mama ada barang yang akak nak bagi..ok" "Lea nie memang ada ajer idea jangan sampai Mama Lea pengsan sudah.." balas izaloma lalu keluar dari kereta dan menekan loceng di tepi pagar. Sebaik sahaja pintu pagar terbuka Izaloma lantas menaiki semula kereta dan memandu masuk ke dalam perkarangan rumah yang tersergam indah itu.

"Assalamualaikum" Izalmoma memberi salam tatkala itu juga pintu hadapan banglo dibuka dan Datin Maria menyambut dan membalas salam Izaloma "Walaikumsalam, masuklah iza, kamu apakabar baru petang tadi Lea call kata kamu nak datang" seraya itu Datin Maria menghulur tangan disambut oleh Izaloma sambil mencium tangan mama sahabat baiknya itu. "Alhamdulillah Iza sihat..dan ada barang untuk Aunty sebenarnya tunggu yer Iza ambil di kereta" lantas dijawab oleh Datin Maria "Apa yang kamu nak bagi Aunty kata Lea kamu nak bawak Cup Cake untuk Aunty..ada-ada ajer si Lea tu kan. Kamu masuk ajer nanti Aunty nak ke dapur sebentar suruh Mak Timah buat air." "susah-susah ajer aunty tak apa..k nanti Iza ambil barangnya dikereta" Zalea yang telah pun keluar dari kereta perlahan berselindung di belakang pilar terus mendapatkan Izaloma kakak angkatnya itu yang menuju ke arah kereta.

"Akak tunggu Lea dah dengar tadi mama nak ke dapur, ok akak masuk biar Lea berdiri belakang akak"..."Lea nie buat akak terkejut ajer tau"..Zalea membalas "sorry akakku sayang sesekali terkejut tak apakan akak tak ada penyakit jantungkan" Zalea dan Izaloma hampir tertawa tetapi cepat-cepat menutup mulut mereka dengan tapak tangan kerana mereka teringat bahawa pada masa itu mereka sedang berlakon.. "Shyyy senyap sikit Lea  jangan sampai mama Lea perasan dan dengar","ok kak insya Allah tidak, ayah  tak ada dirumahkan kak, Lea tak nampak kereta ayah" Zalea berbisik perlahan "oppss diam jangan cerita lagi nanti tak suprise pulak".  "Iza, cakap dengan sapa kat telefon yer tadi aunty dengar suprise apa yang suprisenya" serentak itu Zalea memunculkan dirinya dari celah kelopak pintu, "Assalamualaikum mama, suprise untuk mama la nie" lalu Zalea meluru mendapatkan mamanya sambil memeluk erat dan mencium pipi kiri dan kanan mamanya. "Astagfirullahallazim...anak bertuah nie sebab lah dengar suprise-suprise dari tadi, nie rupanyer kerjanya nak suprisekan mama, nasib baik mama tak ada sakit jantung, kalau tidak dah pengsan mama" sambil memaut pinggang anak kesayangannya itu Datin Maria menyeka air mata yang mula mengalir di pipinya.."Mama naper nak menangis nie kan Lea dah balik selamat sampai pun"

"Pandai betul kamu berdua nie merancang yer, ini semua mesti plan Lea kan? kak Iza kamu tu ikut ajer kan rancangan kamu tu" kata Datin Maria sambil memandang Izaloma yang saat itu terasa bersalah lalu izaloma berkata.."maafkan Iza aunty nie semua memang plan Lea untuk suprisekan aunty dan dia suruh Iza ikut sahaja rancangannya ".  "Memang bertuah betul anak mama ni, kata nak balik minggu depan, mesti ayah kamu juga terkejut nanti" kata Datin Maria memandang ke arah Zalea, lantas Zalea menjawab. "Kebetulan ada tiket penerbangan lebih awal dan semua urusan telah Lea siapkan, jadi apa lagi Lea pun amik peluang sebab tak sabar-sabar nak jumpa mama, ayah, kak iza, kawan-kawan"..sambil mengenyitkan mata ke arah akak angkatnya Izaloma, "kan Lea dah menyusahkan Iza untuk menyemput Lea di airport, kenapa tak beritahu mama dan ayah boleh kami jemput" kata Datin Maria.  Zalea yang sedari tadi duduk memeluk ibunya di sofa empuk berkata dengan manja " mama macam tak kenal dengan anak mama nie..kalau bagitau tak namanya suprise kan kak iza lagi pun tak susahkan jemput Lea tadi jalan pun tak jem kan kak Iza" seraya itu ketiga-tiga mereka ketawa mendengarkan kata-kata Zalea yang memang suka bergurau senda itu.

"Mesti kamu berdua dah laparkan nanti mama suruh Mak Timah hidangkan makan malam untuk kita" saran Datin Maria pada Zalea dan Izaloma, "tak apa la aunty kami dah makan di Umbai, Melaka tadi" kata Izaloma yang ingin menolak ajakan makan malam Datin Maria secara spontan. "Amboiii anak dara berdua nie sempat ke Umbai lagi rupanya" lantas Zalea bersuara "Kak Iza yang belanja tadi mama sedap jugak makanan kat sana, nanti kita pergi dengan papa, mama ajak kak Iza juga okay mama" kata Zalea sambil mengenyitkan matanya pada Izaloma sekali lagi.."macam ada cerita manarik nampaknya asik mengenyit mata kamu pada kak iza kamu tu Lea"..Zalea menjawab " Ish...mana ada apa-apa mama, sahaja suka kenyit mata kat kak Iza yang lama Lea tak jumpa dan bergosip-gosip macam masa di sekolah dulu".

"Sukahati kamu la Lea, Iza aunty nak ke dapur sekejap, ohh aunty lupa pulak mana barang yang nak bagi aunty tu..opss lupa dah dapat punkan,  inilah barangnya, anak mama yang nakal dan suka bergurau senda dan asik ketawa aje nie, terima kasih Iza sebab jemput Lea di Airport tadi"..Izaloma membalas "Sama-sama aunty hanya itu yang dapat Iza bantu, kalau tak budak nakal yang comel nie merajuk pulak".   "Nanti keluarkankan beg-beg Lea, mama suruh Mak Timah tolong angkat sama" kata Datin Maria pada  Zalea lalu dia menjawab "tak mengapa mama berat beg Lea, nanti Lea dan kak Iza keluarkan dari kereta dan kami amgkat  perlahan-lahan ke bilik"

Setelah selesai menjamah hidangan yang disediakan oleh Mak Timah, mereka duduk kembali di sofa sambil menunggu Mak Timah menghidangkan kopi,  "akak esok datang lagi boleh tak ole-ole untuk akak ada dalam beg dan Lea rasa dah tak larat nak bukak beg macam nak tidur ajer lepas mandi nanti" kata Zalea pada Izaloma. "tengok lah tu anak dara mama kepenatan yer, Iza tidur sini ajer lah" pelawa Datin Maria pada Izaloma, "tak apa aunty esok Iza masih cuti nanti Iza datang lagi nak menuntut ole-ole dari Lea", "ada don't worry ole-ole untuk semua orang ada, untuk akak, mama, ayah, mak Timah, Usatazah Ros, kawan-kawan esok ajer yer" Zalea memberitahu dengan matanya yang agak kuyu kerana kepenatan.

Cekodok Kelapa Udang Geragau...

Assalamualaikum...

Selamat pagi Sabtu untuk semua, selamat memulakan cuti hujung minggu.  Minggu ini merupakan minggu terakhir dalam bulan Disember dan esok adalah Hari Krismas yang jatuh pada hari Ahad jadi dapatlah cuti berganti. Seronokkan bila ada cuti berganti terasa lama sikit kita bercuti, musim2 cuti begini ramai yang buat majlis perkahwinan, saya pun ada jemputan yang perlu saya hadiri tengah hari nanti di rumah 2nd boss saya iaitu En. Mohd Zin GPK 1 sekolah saya yang menyambut menantu pertama beliau hari ini.  Insya Allah saya akan ke majlis tersebut..dan kalau tak lupa boleh lah saya ambil gambar menu yang saya makan di rumah perantin tu nanti..hehehe pagi2 dah bercerita pasal makan eks.

Oleh kerana blog ini merupakan blog makan2, masakan2 dan juga saya selitkan catatan2 perjalanan, lagu2 pilihan saya dan yang terbaru sekali saya baru belajar mengarang cerita dalam bentuk e-cerita @ e-novel jadi kalau ada kawan2 yang nak berkongsi idea mungkin juga pengalaman untuk menambah baikan penceritaan, gaya penulisan yang saya rasa perlu banyak lagi dibaiki oleh saya, maklumlah saya sangat baru dalam bidang ini..saya harap kawan2 sudi membantu dan boleh emailkan apa-apa cadangan dan idea pada saya melalui email izaloma@gmail.com atau izaloma@yahoo.com dan atas tunjuk ajar, pendapat, saranan dan buah fikiran kawan2 amat saya hargai dan jutaan terima kasih dari saya..

Ok lah pagi ini saya nak berkongsi satu  resepi yang dibuat  hari Khamis lepas tak silap saya kira resepi tertunggak tapi masih boleh dijadikan idea untuk sape2 yang suka makan cekodok kelapa yang sedap nie sedap rasanya lemak2 pedas sebab ada cili api ditambah pulak dengan rencahnya udang geragau..memang mabalesss la..jom kit semak resepinya

Cekodok Kelapa Udang Geragau

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
 1 cawan kelapa parut yang muda
2 labu bawang besar - didadu/racik halus
1/2 cawan udang geragau kering - cuci dan toskan
6-7 batang cili api - dihiris halus
garam secukupnya
air secukupnya untuk membancuh cekodok - jgn terlalu cair atau pekat
minyak untuk mengoreng

Cara:
1. Masukkan tepung, kelapa parut, bawang, cili api, udang geragau dan garam dalam mangkuk masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh/gaul rata adunan cekodok pastikan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
2. Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak dah panas sudukan adunan masukkan 8-10 keping sahaja setiap kali mengoreng supaya cekodok elok masaknya. Balik-balikan cekodok sehingga warnanya kuning keemasan cantik.
3. Angkat dan tapis serta diletakkan atas paper towel supaya minyak lebihan diserap.  Hidangkan panas bersama sos cili atau apa2 juga sos pilihan anda. makan dengan sambal tumis semalam pun sedap..Selamat mencuba.

Friday, December 23, 2011

Rindu Pada Semua...


Naskah Rindu ~Kasih~
Bab 3

Rindu Pada Semua....

Sudah hampir 12 jam penerbangan dari Heathrow Airport dan tak berapa lama lagi penerbangan Boeing MH 747 Malaysia Airline yang dinaiki Zalea akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur..sudah jenuh dan terasa sakit punggung Zalea duduk lama dalam pesawat dan dia bagai tidak sabar untuk menjejakkan kakinya ke tanahair tercinta.  "Memang terasa rindu sangat pada mama dan ayah, Mak Timah, Kak Iza, kawan-kawan semua bagaimana agaknya reaksi mereka, bila tahu aku pulang pada hari ini" Zalea berkata dalam hati.."tak apa lah kan aku nak suprisekan mama".  Sedang dalam lamunannya Zalea dikejutkan dengan announcement dari Kapten penerbangan bahawa mereka akan mendarat tidak sampai setengah jam dari sekarang, para penumpang dan anak-anak kapal dinasihat untuk duduk di tempat masing-masing dan diarahkan untuk memakai tali pinggang keselamatan kerana akan mendarat sebentar lagi,  kapten kapal juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penumpang-penumpang yang menaiki penerbangan tersebut. "Alhamdullilah dah nak mendarat pun" bisik hati Zalea..

Izaloma yang telah menunggu agak awal sejak jam 2 petang kerana tak mahu Zalea menunggunya lama telah meninjau-ninjau di Balai Ketibaan dan rasa tidak sabar untuk melihat adik angkat yang sangat disayanginya itu selamat pulang ke tanahair..Dari deretan penumpang-penumpang yang memunggah bagasi masing-masing dan diletakkan ke troley..Izaloma telah nampak susuk tubuh yang agak sederhana tinggi berseluar jean, kemeja T putih dan memakai tudung gaya Yuna.."sahlah memang tu lea" dan pantas Izaloma melambaikan tangan ke arah gadis itu tatkala Zalea menoleh ke arah hadapan dan Zalea juga turut melambaikan tangannya ke arah Izaloma sambil tersenyum riang.

Sebaik sahaja bagasi kepunyaan Zalea dikumpulkan dan di susun di atas troley, dia lantas menolak troley tersebut menuju ke arah Izaloma.  Sesampai sahaja di pintu keluar Balai Ketibaan Izaloma terus memeluk erat adik angkatnya Zalea dan mencium kedua belah pipinya. "Apa khabar adindaku sayang..Lea tetap cantik dan manis macam dulu, akak ingat tingal lama di London dah bertukar gaya seperti Salena Gomez ke Britney Spears ke..hehehe" sambil tertawa Izaloma mengusik adik angkatnya itu. "Akak suka tau usik Lea...Lea tetap macam dulu gak masih suka makan belacan tau..tak mungkin lah Lea berubah jadi omputih pulak..hehehe" berderai lagi ketawa dua sahabat yang dah jadi seperti adik beradik itu.

"Rindu kat akak tau..akak kata kawan akak nak ikut sama" tutur Zalea. "Oh mereka tak dapat ikut akak lah Lea, masing-masing ada hal dan kalau mereka ikut macam mana nak muatkan beg-beg Lea yang banyak nie dik, apa sahaja yang kau borong, mana pakwe mat salleh untuk akak Lea lupa yer" kata Izaloma pada Zalea. "Opss Lea lupa la kak tertinggal kat airport London pakwe akak tu..hehehe, beg tu cuma, 2 beg pakaian, 1 beg buku dan satu lagi tu beg ole-oleh ajer" mereka bersenda lagi "Tapi jangan bimbang ole-ole untuk akak dan semua orang ada tau"  " Ok Lea tunggu di entrance yer akak amik kereta dan kita boleh story-story lagi dalam perjalanan eks"  Izaloma lantas terus menuju ke tempat parkir untuk mengambil kenderaannya. Setibanya berhampiran tempat Zalea menunggu bersama troley yang sarat dengan beg-beg tersebut Izaloma terus menghentikan kenderaan dan dua orang sahabat ini menyusun beg ke dalam boot, hanya 3 beg yang dapat dimuatkan dalam boot kereta dan 2 buah lagi beg diisi dalam tempat duduk penumpang.

"Ermm mesti Lea laparkan kita nak singgah makan dimana dik..Lea teringin nak makan apa akak belanja" kata Izaloma pada Zalea. "Apa-apa pun boleh kak sebab tu la Lea sayang akak sebab akak suka belanja Lea"..dengan pantas Izaloma membalas kata-kata Zalea "Macam tu akak belanja Roti Canai Kosong dengan Teh O ajer lah" sambil menarik muncungnyer Zalea berkata "Akak nie melampau tau sekurang-kurangnya belanja la Lea Nasi Briyani ke Seafood ke..hehehe" lantas berderailah lagi ketawa mereka berdua. Memang tak kering gusi bila dua sahabat ini bertemu. "ok lah..cakap apa sahaja yang Lea teringin akak akan belanja jangan nak makan kepala gajah sudah lah" bersambung lagi ketawa mereka dan kenderaan yang dipandu Izaloma nmeluncur laju keluar dari kawasan Lapangan Terbang. 

"Ok Lea kita singgah di Umbai, Melaka yer boleh makan ikan bakar disana..Lea suka seafoodkan" Izaloma memberi saranan lantas di jawab oleh Zalea " Best jugak tu dah lama Lea  tak menikmati ikan bakar yang dicicah air asam dan ada tak kat situ jual Asam Pedas Melaka".  "Tentulah ada sayang kita kan nak makan kat Melaka, negeri Hang Tuah tu mesti lah ada Asam Pedas Melaka, naper pulak Lea tersenyum kambing tu" kata Izaloma pada Zalea lantas dijawabnya "tak ada la kak Lea teringat masa di London ada lah 2, 3  kali dalam sebulan Lea masak asam pedas, maklumlah orang Johor kan tekak nie nak asam pedas selalu". "Oh rupanya adik akak nie pun pandai masak asam pedas yer, dah boleh kawen lah nie". kata Izaloma mengiat Zalea. "Akak tu kesitu pulak kalau pandai masak jer dah boleh kawen ke, saperlah yang nak kat Lea nie kak"
Zalea tertunduk seketika memikirkan sesuatu mungkin..kisah cintanya semasa di zaman sekolah yang kini tinggal kenangan.

Melihat akan riak wajah Zalea yang sepi dan agak sayu itu Izaloma berkata " Naper adik akak nie teringatkan pakwe yang ditinggalkan di London ke"..Zalea lantas menjawab lembut " takder maknanya kak mana lah Lea ada pakwe disana" " Kalau macam tu mesti Lea teringatkan cinta lama Lea masa di sekolah dulu yer" Zalea tidak berkata lantas melontarkan pandangannyer jauh ke pemandangan di tepi Lebuhraya yang sedang mereka lalui.."Ok lah kalau Lea belum sedia bercerita tak mengapa, lain kali bila Lea nak luahkan isi hati atau apa-apa juga yang nak Lea ceritakan pada akak, akak sedia mendengarnya dik" Izaloma melempar kata-kata  simpatinya pada Izaloma dan lantas dijawab oleh Zalea "Thanks kak sebab sentiasa memahami hati dan perasaan adik nie". 

Perjalanan mereka kini telah sampai ke tempat makan yang dituju iaitu di Umbai, Melaka dan mereka lantas membuat pesanan dan meneruskan bermacam cerita yang pastinya tak akan habis untuk dibualkan sambil menikmati hidangan yang dipesan.  Setelah menikmati hidangan yang enak ada Ikan Siakap Bakar, Asam Pedas Pari Berdaun Kesom, Sayur Chapchai, Telur Bungkus, Sotong Goreng Tepung dan Sambal Belacan mereka juga makan Air Batu Campur.."Sedap betul kak, dah lama Lea tak makan ABC nie kat London tu mana lah ada jual ABC macam nie.. hehehe" sekali lagi Zalea tertawa diikuti Izaloma yang turut tertawa geli hati mendengarkan kata-kata adik angkatnya itu lantas berkata.."ok lepas nie tentu kita boleh selalu makan ABC bersama sebab kat tempat kita nie memang banyak dijual ABC yang sedap-sedap belaka".

"Akak senyap sekejap tau Lea nak call mama nie" bagitau Akak nak datang hantar barang kat umah Lea sebentar lagi..akak rasa dalam jam boleh sampai di JB yer" Zalea bertanya pada Izaloma. "Sekarang dah  4.30 sebelum magrib dalam jam 6 lebih sampai la kita di JB kalau jalan tak jam la..Insya Allah." jawab Izaloma. Lantas Zalea menelefon mamanya "Assalamualaikum, mama kejap lagi Kak Iza nak datang ke rumah kita tau dia email kat Lea katanya dia nak menghantar sesuatu pada mama tapi tak tau apa yer mungkin dia nak bagi mama Oreo Cup Cake tak..kak iza tu kan pandai buat cup cake" ibu Zalea lantas menjawab "Lea nie main-main pulak, takper mama ada dirumah hari ini..mama tak kemana-mana tak ada mesyuarat atau aktiviti persatuan. Ok Lea jaga diri Lea baik-baik nanti telefon mama semula sayang kalau Lea dah tau jadual penerbangan Lea minggu depan kan" lalu Zalea menjawab "Ok mama sayang dan rindu sangat  kat mama rasa nak peluk-peluk mama sekarang..kirim salam sayang Lea pada ayah juga ya, bye mama"  lantas Zalea mematikan handphone nya. "Bertuah betul Lea nie tau, mesti terkejut mama Lea nanti" kata izaloma sambil mencubit manja lengan adik angkatnya. 

Thursday, December 22, 2011

Clear Vegie Soup with Tiny Crispy Fritters..

Assalamualaikum...

Selamat pagi Khamis untuk semua, didoakan semoga anda semua berada dalam kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga yang disayangi hendaknya.  Macamana dengan aktiviti semasa cuti sekolah ini,  tentu ada yang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan makan angin ke Kuala Lumpur, Melaka, Cameron Highlands atau mungkin juga Langkawi agaknya..atau dimana2 sahaja tempat membeli belah, peranginan atau tempat-tempat bersejarah yang sangat menarik kerana negara kita ini begitu banyak lokasi menarik yang harus kita lawati..so selamat lah bercuti2 Malaysia yer kawan2.

Kalau dah pergi jalan2 tu tentu ada sahaja barangan yang akan kita beli sebagai buah tangan atau untuk kegunaan sendirikan. Asalkan tidak membazir membeli mengikut keperluan tidak mengapa, sesekali kita berjalan jadi tentulah teringin bila nampak barangan yang kelihatan cantik di mata kita atau mungkin juga tidak ada di tempat kita sendiri, sesekala menghargai diri sendiri jika kita inginkan sesuatu apasalahnyakan.  Walaubagaimana pun jika kita bijak merancang sebelum memulakan perjalan kita bolehlah membuat satu list apa-apa barangan yang ingin kita beli, jadinya tidak akan berlaku pembaziran dan dapatlah kita berjimat serta perlu beringat setelah balik dari percutian ada perkara-perkara lain yang menunggu seperti persiapan untuk anak-anak naik sekolah tak lama lagi.

Ok lah kita tinggalkan cerita percutian dan jalan2 cuti2 malaysia tu, apa kata kita semak resepi mudah yang boleh dimakan untuk sarapan pagi,  makanan yang ini juga adalah makanan untuk mengelakkan pembaziran iaitu jika terdapat lebihan cekodok bilis/udang atau jemput2 yang kita buat tidak habis tentu sayang kalau dibuang apa kata masukkan dalam peti sejuk dan esoknya boleh lah diubah sebagai gorengan kecil yang bukan sahaja garing tetapi sedap kalau dikunyah begitu sahaja atau gandingkan bersama sup jernih sayuran..Jom lah kita kita lihat bahan2 yang diperlukan..


Sup Jernih Sayuran dan Gorengan Jemput2 Kecil Garing..

Bahan-bahannya:
1/2 batang karet - didadu kecil
1/2 cawan Cauliflower - dipotong kecil
7-8 keping cendawan tiram - jika besar disiat sedikit
1/2 labu bawang besar - diracik halus
3 ulas bawang putih
2 sudu makan ikan bilis/udang - rendam sebentar dan tumbuk halus
1 kiub - pati ayam knorr
sedikit garam
Air secukupnya dalam 1.5 liter

Bahan lain - Jemput2 baki dipotong kecil/didadu, goreng dalam sedikit minyak hingga garing dan toskan.

Cara:
1. Rebuskan air dalam periuk bersama bawang dan perencah sama ada bilis atau udang kering hingga mendidih, masukkan karet. Bila karet agak empuk masukkan cauliflower dan cendawan
2. Perisakan dengan garam dan masukkan juga kiub pati ayam knorr, masak hingga sayuran ini agak empuk dengan api yang sederhana, biarkan mendidih sebentar baru padamkan api.
3. Hidangkan sup sayur jernih ini didalam mangkuk sup dan taburkan dengan gorengan garing jemput yang didadu  kecil semasa hendak dimakan dalam 3-4 sudu makan. Sedap dimakan segera kerana masih terasa kerangupan jemput2 tu..bila dibiarkan dalam sup agak lama jemput2 akan menjadi kembang sedikit tapi masih sedap untuk dimakan.




Wednesday, December 21, 2011

Selamat Tinggal Kota London

 
Naskah Rindu ~~Kasih..
Bab 2

Selamat Tinggal Kota London

Jarum jam di dinding menunjukkan hampir  8.30 pagi waktu di Britain, menandakan bahawa Zalea perlu berada di Heathrow Airport dua jam lagi kerana penerbangan ke Malaysia pada jam 11 pagi nanti.  Dalam langkah yang agak longlai dan hatinya yang berbaur sedih  kerana akan meninggalkan London dan teman-teman sekuliah setelah 4 tahun mereka bersama pastinya banyak kenangan manis, suka duka yang akan dibawa dalam kotak memorinya yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.. 

Yayang yang sedari tadi memerhatikan wajah Zalea yang agak sugul menyapa lembut sahabatnya Zalea.."Lea kenapa bersedih lho nanti hilang keserian wajah kamu yang selalunya gembira dan lucuan deh..ayuh kan aku dan Julie sudah berjanji kita akan sering mengirim berita lewat facebook dan twitter..jadi makanya kamu ngak perlu bersedih dong..aku dan Julie nantinya jugak akan kembali aku ke Jakarta dan Julie ke KL iya kan Julie.".seraya itu juga Juliana menyampuk " Yerlah Lea kami akan sentiasa berada dekat dengan kau tau..hari-hari pun kau boleh lihat aku dan Yayang kalau kau rindu terus onkan Webcam dan kita berbicara empat mata..betul tak Yayang" serentak itu berderailah tawa ketiga-tiga rakan yang telah menjadi  sangat akrab semenjak mereka tinggal bersama di rumah sewaan dipinggir kota London itu. 

"Cepat dong Lea nanti kamu akan ketinggalan pesawat lantas harus menaiki kapal selam deh...hehehe." Yayang mengusik lagi lantas cepat di balas oleh Juliana "cukup la tu Yayang kamu dari tadi asyik mengusik Lea nanti ada ke banjir nanti rumah kita ini.".."Ok maafkan aku Lea dan Julie aku hanya bersenda kerna pasti aku akan kangen bangat sama Lea nanti".  Lea lantas bersuara "tak apa kawan-kawan inilah hari terakhir aku akan mendengar gurau senda kalian..pastinya aku akan merindui saat kita bersama, Yayang, Julie jangan lupakan aku yer nanti kalau ada masa kita berjumpa di Malaysia atau Jakarta yer" dengan perassan yang hiba ketiga-tiga sahabat ini berpelukan antara satu sama lain. "Lea semua barang kamu dah ready kan..aku dah call taxi untuk kita ke Heathrow jam 9 nanti takut jam diperjalanan" ,"Alhamdulillah semuanya dah siap...pasport, bag dan hand luggage cuma tapak kaki aku jer yang tinggal kat sini nanti"..hehehehe...sekali lagi gelak tawa mereka kendengaran..

Poon..poon...bunyi hoon teksi yang dipanggil kedengaran dari luar rumah.." dah sampai pun teksinya jom Yayang angkatkan beg yang besar nie kamu kan kuat"..kata Julie pada Yayang, dan Zalea pun berkata "tak apa kita angkat bersama, berat beg nie" saran Zalea..setelah semua beg di masukkan ke boot teksi sambil dibantu oleh pemandu teksi mereka pun masuk ke dalam teksi dan buat kali terakhirnya Zalea memandang sayu ke arah rumah sewanya di London yang akan ditinggalkan untuk dihuni oleh Yayang dan Juliana buat beberapa minggu lagi...dalam hati kecilnya berkata.."Selamat tinggal wahai rumah dan pokok-pokok bunga aku akan merindui pemandangan ini..terus mekar dan suburlah wahai bunga-bunga,  mewangi sepanjang hari..pasti aku akan merindui  suasana ini", dan teksi pun terus meluncur laju menuju ke Lapangan Terbang Heathrow.

Sesampainya teksi di Airport dan segala bagasi milik Zalea diturunkan Zalea membayar tambang dan Yayang  serta Julie mengambil troley untuk menyorong bagasi Zalea ke dalam Airport.  Zalea terus ke pusat pertanyaan bertanyakan sekali lagi tentang tiket penerbangannya dan pada jam berapa dia harus check in di balai pelepasan. Setelah selesai urusan menimbang bagasi yang dibawa untuk tagging dan seterusnya diuruskan oleh pihak lapangan terbang menuju ke Cargo yang berkenaan, ketiga-tiga sahabat ini duduk sebentar di tempat menunggu sambil berbual sementara menunggu waktu bagi Zalea masuk ke ruang Departure Hall..lebih kurang setengah jam mereka sempat bersembang terdengar announcement bahawa penumpang yang akan menaiki Kapal Terbang dari Penerbangan Malaysian Airline Boing MH 747 diharap bersedia untuk Boarding setengah jam dari sekarang..Zalea dan dua sahabatnya lantas bangun dan sekali lagi bersalaman sambil berpelukan dan berjujuran lah air mata ketiga sahabat ini sambil berbisik bahawa perpisahan ini bukanlah perpisahan terakhir mereka malah mereka berjanji akan saling berhubungan walau dimana jua mereka akan meneruskan penghidupan dan karier masing-masing.  Sambil berjalan menuju ke ruang pemeriksaan imigrasi dan masuk Departure Hall Zalea melambai-lambaikan tangan dan dibalas dengan lambaian dari sahabatnya Yayang dan Juliana yang telah dianggap seperti adik beradiknya sendiri.."selamat tinggal Kota London aku akan kesini semula" kata Zalea di dalam hati..

Tuesday, December 20, 2011

Kenangan...

Biarlah ianya menjadi kenangan dan lipatan sejarah buat diriku...huhu naper sedih sangat nie..

Kini Kau Telah Tiada
Pergi Meninggalkan Ku
Sampainya Oh..Hatimu..

layan lagu sedih memalam...sambil cari ilham untuk Naskah Rindu..Kasih.. Selamat malam semua..salam sayang dari Zalekha Luvs Cooking..

Naskah Rindu..Kasih..


Naskah Rindu..Kasih

Bab 1...
Tunggukan Kepulangan Ku..

Memandang ke luar jendela Zalea tersenyum sendiri melihat keciauan burung yg berlagu riang..seriang hatinya saat ini kerana hanya tinggal seminggu lagi Zalea Hanna binti Dato' Hashim akan berangkat pulang ke Malaysia tanah air tercinta setelah 4 tahun barada di rantauan menyambung pengajian di bidang perakaunan. di Middlesex University, London.  'Oh bahagianya rasa tak lama lagi aku akan pulang ke tanah air dapat berjumpa mama, ayah dan kawan-kawan ku..yabedaabedooo' hati Zalea menjerit keriangan.  Petang tadi dia telah menghantar email kepada rakan yang merangkap kakak angkatnya Izaloma memberitahu agar dijemput pada minggu hadapan di Lapangan Terbang KLIA..akak tolong jemput Lea yer di Airport nanti sebab Lea sajer nak buat kejutan untuk mama dan ayah.  Kebetulan Lea dapat  tiket lebih awal dan segala barang-barang telah Lea kemas, tak sabar rasanya Lea nak balik ke Malaysia kak..tolong jangan beritahu mama yer kak nanti tak suprise pula sebab mereka tahu Lea akan balik awal September nanti. 

Sementara menunggu waktu untuk pulang Zalea berkesempatan untuk berjalan di sekitar kota London yang pastinya meninggalkan seribu kenangan padanya sebelum pulang sebagai seorang granduan yang berjaya mengulung ijazah yang diidamkan oleh setiap mahasiswa sepertinya. 

Setelah puas mengelamun dan berangan-angan  kepulangannya yang akan menjadi kejutan buat mama dan ayah, Zalea membuka semula laptop dan internet bagi melihat sekiranya kakak angkatnya Izaloma telah membalas emailnya yang dihantarnya petang tadi..tak sabar dia nak membaca balasan emailnya tadi..alhamdulillah dah ada jawapan dari kak Iza, berdetik kencang di dada Zalea ingin tahu sama ada kakak angkatnya akan menjemputnya di Airport nanti..dan setelah membaca email yang berbunyi..

Salam adikku Lea..insya Allah akak akan menjemput kamu di Airport nanti oleh kerana kamu dah bagi tahu seminggu lebih awal dapatlah akak luangkan masa untuk jemput Lea kalau tak pasti akak telah merancang berjalan-jalan di hujung minggu..almaklumlah sejak Lea berjauhan akak selalu berjalan-jalan dengan kawan baek akak Nana dan Nafida, Lea masih ingatkan kawan-kawan akak tu alah yang pernah akak bawak masa majlis Rumah Terbuka Hari Raya di rumah Lea 2 tahun lalu..Nana  skinny girls yang iras china doll tu dan Nafida yang plump sedikit yang macam jepun tu..insya Allah kalau mereka nak ikut sama jemput Lea di Airport  akak akan bawa mereka yer kalau mereka tak ada program lain time tu..Barang-barang Lea banyak tak perlu nak dipenuhkan di boot kereta dan seat belakang juga..kalau banyak sangat beg Lea yang besor atau kontena-kontena mak aiii banyaknya lebih baik Lea bawak balik Harrods sekali, akak rasa nak kena pinjam mana-mana lori yang beroda 18 untuk jemput Lea nanti tau..muahahaha....jangan lupa beritahu akak Flight keberapa dan time arrival ok sayang dan ada tak abang mat salleh yang Lea nak bawak balik untuk akak nanti....ok till we meet again at KLIA... 

Zalea tersenyum dan ketawa kecil setelah membaca email Izaloma..dalam hatinya berkata kakak ku yang seorang ini memang suka mengusik dan membuat hatiku terhibur selalu dengan kata-katanya yang lucu selalu.  Sepantas itu juga Zalea mengetuk papan keyboard bagi membalas semula email yang dibaca dan menerangkan jadual penerbangannya cuma dia berharap bahawa akak menunggunya lebih awal kerana kalau tidak ada apa-apa aral atau flight delay pasti akan tiba pada masa yang dirancang.

Berbunga-bunga hati Zalea seindah pohon-pohon bunga yang ditanam rapi di Kota London yang segar mengharum di sepanjang perjalanan dari Universiti ke rumah sewaannya di sana dan bisik hati kecil Zalea "pasti aku akan merindui haruman mu dan keindahan mu.".Insya Allah jika ada kelapangan dan kesempatan pastilah Kota London menjadi pilihan Zalea untuk bercuti bersama mama dan ayahnya..Masih tergiang di telinganya sewaktu mama dan ayahnya melawatnya di London awal tahun ini, bahawa tahun akhir pengajian Zalea harus bersungguh-sungguh mengulangkaji dan berikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran jangan asyik ke Taman Bunga sahaja tau, dan ke Panggung Wayang..itu satu lagi hobi Zalea tak kira cerita apa yang ditayangkan pasti Zalea akan menontonnya dan yang terbaru adalah Twillight..dah hobinya begitu jadi itu lah yang selalu Zalea lakukan bersama-sama rakan sekuliahnya seorang dari Seremban, Juliana dan seorang lagi rakan sekuliah yang berasal dan Jakarta, Mayang Indah Sriwani..atau panggilan manjanya Yayang..pasti sahabat ku yang berdua ini tak akan aku lupakan kerana susah senang bersama diperantauan..dan ingat akan janji mereka bertiga akan menjadi sahabat sampai bila-bila walaupun telah pulang ke kampung halaman masing-masing dan jangan lupa untuk mengundang semasa majlis perkahwinan jika telah bertemu jodoh sesiapa sahaja yang terdahulu antara mereka..

Tub Tim Krob @ Red Rubies..

Assalamualaikum..

Selamat pagi selasa untuk semua..tengah-tengah malam begini orang semua tengah lena dibuai mimpi saya x dapat melelapkan mata pulak..daripada tak dapat tidur sebenarnya dah tidur lebih awal pukul 11 malam tadi tu yang bila dah terbangun dalam jam 3 lebih saya dah tak boleh nak sambung tidur..dapat lah juga saya menjengah ke blog dan kebetulan ada entry pencuci mulut yang di buat oleh kakak saya malam tadi..nie semua gara2 anak buah saya Aishah yang teringin sangat nak makan Red Rubies atau dalam bahasa Thai Tub Tim Krob..sejenis manisan atau pengat yang diperbuat dari sengkuanng cina dimasak dalam air gula dan dimakan bersama santan yang dimasak sedikit, benda2 yang manis macam nie amat digemari oleh anak2 buah..kalau saya makan red rubies nie atau orang melayu pangil Sagu Delima (saya pun kurang pasti) saya lebih suka jadikan seperti minuman tambahkan air dan ice cube jadi xlah berapa manis..

Okay marilah kita semak resepi red rubies nie yang kalau di jual di restoran boleh tahan jugak mahal harganya..semangkuk kecil rasa saya lebih dari RM3..kalau dibuat sendiri lebih muai dan sedap rasanya.


TubTim Krob @ Red Rubies

Bahan-Bahan:
15-20 biji water chestnuts (sengkuang cina -berwarna hitam kecil ) - dibuang kulit basuh dan dadu kecil
3/4 cawan gula - jika nak manis lagi boleh letak 1 cawan
1/2 cawan tepung sagu/kanji
1 sudu makan pewarna merah
1 liter air
3 helai daun pandan
1 cawan pati santan
1 sudu makan tepung beras/jagung
secubit garam

Cara:
1.Water Chestnut yang dipotong dadu kecil di gaulkan dengan 1 sudu pewarna yang dibancuh dengan 2 sudu air dan warna agak kemerah..taburkan tepung ubi/kanji ke diatas sengkuang ini dan gaul sebati alihkan sengkuang yang dah bergaul tepung ubi/kanji tadi buangkan tepung yang berlebihan.
2. Masakkan air dalam periuk sehingga mendidih untuk merebus sengkuang tadi, bila air didih masukkan sengkuang yang telah digaul esen merah dan tepung ubi/kanji kacau sedikit supaya sengkuang tidak melekat atau bergumpal. Bila timbul tapis kan dan buang air nya
3. Masak pula air sebanyak 1 liter tadi bersama 3/4 cawan gula hingga mendidih bersama daun pandan yang disimpul. bila air gula dah mendidih masukkan sengkuang cina tadi.
4. Dalam periuk kecil yang lain masakkan pula santan bersama 1 sudu makan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air bersama secubit garam, kacau sentiasa di atas api yang kecil hingga santan masak dan agak pekat sedikit, matikan api.
5. Hidangkan Red Rubies di dalam mangkuk puding dan letakkan sedikit santan masak tadi dalam 2-3 sudu makan. Boleh juga dimakan tanpa santan dan letakkan sedikit ice cube.


Monday, December 19, 2011

Naskah Rindu...

Assalamualaikum..



Salam dan selamat petang Isnin untuk semua...sebenarnya dah nak senja baru dapat saya mengupdate hari ini, hari ini  merupakan permulaan minggu baru yang hanya tinggal tak sampai dua minggu untuk ke tahun baru..dari tengah hari cuaca sudah agak mendung dan petangnya teruslah langit menitiskan airmata  membasahi ruang bumi dengan limpahan hujan rahmat. Alhamdulillah dapatlah pepohonan menikmati zat dari limpahan hujan yang menyegarkan..debu-debu juga turut dibawa dengan aliran air yang mengalir..melalui jalan-jalan yang mulai becak digenangi lopak yang terus menyelusuri laluan yang entah dimana penghujungnya..

Tentu ada yang tertanya-tanya kan mengapa pada hari ini saya menulis dengan bahasa yang agak puitis dan sedikit ada bahasa-bahasa yang berbunga sedangkan pada selalunya saya akan menulis dengan nada yang agak santai sahaja.  Sebenarnya melalui tajuk yang saya tulis di atas itu saya dapat satu ilham untuk mencoretkan sesuatu, jika berpeluang dan ada kelapangan insya Allah saya ingin membuat satu bentuk penulisan bukanlah yang bertaraf novel tapi cukup sekadar catatan yang saya fikir boleh saya jadikan sebuah bahan bacaan atau cerpen..walaupun saya agak kurang pengalaman boleh dikatakan tidak ada langsung asas penulisan yang khusus tetapi oleh kerana minat saya pada membaca mendorong diri saya untuk mencuba bidang penulisan.. Semoga di blog ini saya dapat meneruskan angan-angan saya ini bak kata orang biar lah selembar benang sehari dan lama kelamaan ditenun boleh menjadi kain.

Tapi semuanya masih samar-samar lagi dan perlu sedikit perancangan dan ketekunan jika saya ingin berjinak2 di bidang penulisan dan bermain dengan mata pena tapi yang dilakukan di zaman serba canggih ini bermesra dengan mata keyboard ini pastinya menuntut seribu penghayatan dan daya usaha tapi insya Allah saya akan mencuba bak kata bidalan mana nak dapatkan sagu jika tak dipecahkan ruyungnya..
 Satu langkah pertama harus dimulakan sekiranya kita inginkan sesuatu itu menjadi kenyataan.. Salam sayang dari saya Zalekha Luvs Cooking..

Sunday, December 18, 2011

Maharaja....


Salam malam sebelum nak masuk tidur sajer saya nak letak satu lagu nyanyian Ramlah Ram yang berjudul Maharaja nie..lagu yang berentak joget nie amat saya minat kerana alunan musiknya yang menyenangkan dan mengasikkan macam nak menari pulak..hehehe dan juga senikatanya...

Cari nak mencari yang tersurat dan tersirat..
Mungkinkah Bulan Akan Jatuh Ke riba..
Hakikatnya Siapa Yang Menduga..

Coconut Tartlet @ Tart Kelapa

Salam dan selamat malam untuk semua, buat apa tu sedang menonton rancangan vokal bukan sekadar rupa ke tu....hari ni...kat tempat saya ni hujan dari petang tadi jadi cuacanya agak sejuk sikit..mesti nyenyak jer tdo nanti sebab sejuk..malam nie masih xder anak2 buah kat rumah terasa la sunyi sepinya..bila la Aina, Sara, Yeyet dan Hawa nak balik nie..lama sangat la diaorg kat Muar tu..yang bertiga kat Pontian Aishah, Ikin n Ika akan balik esok cuma hujung minggu jer diaorang di Pontian sebab Aishah ada kelas tambahan untuk persiapan SPM tahun depan..

Bila takder anak2 kat rumah nie terasa lak kesunyiannya kalau ada mereka la yang asik memeriahkan suasana riuh rendah kat rumah nie..dengan pelbagai gelagat ketawa, bercakap, bergurau senda, berkelahi, bermain dan macam2 lagi la..begitulah gelagat2 bila ramai anak2 dirumah..bila xder tu macam dicari2..sunyi ajer..Ok lah kita tinggalkan dulu kisah anak2 buah saya..hari nie saya ada buat Tart Kelapa atau Coconut Tartlet bahasa omputihnya petang tadi so meh lah kita jengah bahan2 yang diperlukan dan gambar2 yang saya ambil tadi..


TART KELAPA

Bahan-Bahan Untuk Inti:
2 Cawan kelapa parut putih yang muda
1/2 cawan gula pasir (kalau nak lebih manis boleh letak 3/4 cawan)
2 sudu makan butter/majerin
1/2 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla

Cara:
Masakkan kesemua bahan inti di dalam periuk atau kuali dengan api yang kecil dan kacau sentiasa sehingga air agak kering dalam 10 - 15 minit. Padamkan api dan sejukkan dahulu sebelum digunakan.

Bahan-Bahan untuk Pastri (Doh) :
200 gm tepung gandum
100 gram mentega atau majerin
3-4 sudu makan air ais (dari peti sejuk)
secubit garam (saya x letak sebab gunakan salted butter)

Cara-cara:
1. Ayak kan tepung ke dalam mangkuk adunan, masukkan mentega dalam tepung dan di ramas rub in method
sehingga menjadi seperti breadcrumb.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit jangan masuk semua, uli dan lihat jika doh pastri sudah bergaul rata xperlu diabiskan air sejuk tadi. Uli sehingga doh licin dan kental.
3. Panaskan Ketuhar 150C..canaikan pastri dan potong dengan cutter. Letakkan pastri ke dalam acuan tart yang sedang..Boleh juga gunakan acuan yang lebih besar. Saya menggunakan acuan sedang dapat dapat 20 biji.
4. Setelah masukan pastri dalam acuan tart ditekankan sedikit dan cucuk dasarnya dengan garfu. Buat sehingga selesai.
5. Massukkan inti kelapa di dalam pastri dan hias ikut suka saya cuma letak pastri bersilang di atas tart.. boleh sapu kan dengan sedikit kuning telur. *Saya xsapu pun.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 20-25 minit atau pastri kelihatan kuning keperangan.
7. Sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan tart masukkan dalam paper cup yg sesuai atau boleh dihidangkan begitu sahaja untuk minum petang. Selamat mencuba..







Lempeng Kelapa Dengan Sambal Bilis Power..

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua, eh dah tengah hari rupanyer sekejap ajermasa berlalu yer saya pun agak lewat tadi bersarapan dekat pukul 10.30 jadinya dah kira makan tengah hari sekali la apa taknya saya dah makan 3 keping lempeng kelapa yang bukan sahaja lembut, tapi lemak dan enak rasanya yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis yang kalau saya sendiri masak lebih suka letak bawang banyak2 terasa la terangkatnya...cewah memuji diri sendiri lak saya nie..hehehe

Hari ini kebetulan anak2 buah saya xada dirumah sebab sebab semalam mereka balik ke pontian dan anak2 buah yg laen masih lagi di Batu Pahat belum balik ke sini..memandangkan xder orang saya dan adik saya leman ajer di rumah saya xmasak untuk makan tengah hari cukup lah makan lempeng dan sambal tumis tu saya buat banyak sikit...kalau lapar nanti boleh la saya makan dengan roti ke petang2 nanti..Jom la kita semak resepi rengkas lempeng kelapa di tengah hari...patutnya ada resepi mkn tgh hari kan...xper lah diet sikit asik makan nasi hari2 sesekali makan lempeng sahaja apa salahnya kan..



Lempeng Kelapa

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut - putih yang muda
secubit garam
2 cawan air
sedikit minyak untuk lenser pada nonstick pan.

Cara-cara memasak:
1. Gaul lan tepung bersama kelapa, masukkan air sedikit demi sedikit dan dibancuh hingga rata dan tidak berbentil. masukkan garam dan gaul rata.
2. Panaskan nonstick pan lenserkan dengan sedikit sahaja minyak, masukkan dalam 2 senduk kecil adunan lempeng, dan ratakan membulat dengan belakang senduk.  Size lempeng yang saya buat dalam 6 inci
3. Balikkan lempeng bila sudah agak keperangan warnanya. dan alihkan lempeng yang telah siap ke dalam pinggan. Lempeng yang saya buat dalam dalam 6keping yang sederhana tebal berukuran 6 inci bulat..cewah semuanya angka 6 kan.. Hidangkan bersama sambal tumis bilis, sedap dimakan panas2.




Sambal Tumis Bilis Power...

Bahan-bahannya:
1 mangkuk -(mangkuk tafufa) lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci belacan (belacan melaka yg bulat besar n tebal sedap belacan nie)
1 cawan ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
3 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
2. Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan diikuti dengan jus asam jawa.
4. Masak sehingga sambal tumis benar masak dan naik minyak cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama tapi perlu dihangat juga atau masukkan dalam peti sejuk jika ada lebihan sambal tumis untuk kegunaan masakan laen seperti mengoreng mee.
Hidangkan bersama lempeng kelapa tadi, sesuai juga untuk dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih.

Apam Kampung...

Selamat pagi semua...

Apa agaknya menu sarapan pagi ini..kalau belum ada idea apa kata buat apam kampung yang sedap ini. makan pulak dengan kelapa parut. Sebenarnya apam ini saya buat semalam semasa buat Roti Arab  tu jadi orang kata sekali jalan saya adun dua jenis masakan yang dua2nya menggunakan yis kering. Resepi apam kampung nie sebenarnya saya ambil di rumah sifu masakan saya saper lagi kalau bukan Che Mat Gebu DTS tu..memang xsahlah kalau sehari saya x menjengah ke blog beliau..untuk meninjau resepi yang enak2..tapi nak menerai resepi yang susah sikit tu agak memakan masa jadi saya buat lah yang mudah2 macam apam kampung nie..

Ok lah tak nak story panjang2..Che Mat akak mintak izin copy n paste ajer yer resepi awak kat sini..malas nak menaip..kejap nanti kalau saya rajin nak buat sarapan lempeng kelapa gan sambal tumis bilis..ok jom kita tengok bahan2 yang diperlukan..


Apam Kampung..
Sumber: Che Mat Gebu @DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
75 gram cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan air
6 gram yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)



  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

Kuah Kari Ala Rendang ...untuk cicah Roti Arab

Assalamualaikum..

Selamat pagi ahad untuk semua, pada pagi ahad cuti hujung minggu nie pastinya ramai akan keluar berjalan-jalan atau pun membeli belah bersama anak-anak atau teman2.  Kalau hujung2 tahun begini memang banyak tempat membeli belah atau shoping complek yang mengadakan end year sale jadi kalau nak berbelanja tu perlulah beringat2 jangan lah sampai kita mengikut hawa nafsu dan akhirnya boras berbelanja sakan dan lupa masih ada perkara2 yang yang perlu di beli untuk keperluan yang lebih utama seperti persediaan untuk anak-anak naek sekolah nanti..lebih-lebih lagi tinggal 2 minggu sahaja lagi sesi persekolahan baru bagi tahun depan akan bermula..Pasti ada yang dah mula nak buat persiapan untuk membeli pakaian, beg dan kasut sekolah anak-anakkan.  Kalau persiapan menjelang naek sekolah di buat lebih awal pasti tidak akan kelam kabut nanti..

Ok lah kita tinggalkan cerita membeli belah hari ini saya nak masukkan entry sejenis lauk atau Kuah Kari Ala Rendang yang saya buat semalam yang digandingkan dengan Roti Arab, sebenarnya saya nak masak kuah kari ayam seperti biasa ajer tapi oleh kerana kehabisan stok rempah kari yang ada rempah rendang..apa lagi saya pun mengolah supaya rempah yang ada dapat dibuat sebagai pencecah kepada Roti Arab saya tu..dan alhamdulillah ianya menjadi dan kata kakak n anak2 buah saya sedap..sebab macam rasa rendang tapi berkuah pekat..jom kita semak resepi di bawah.


Kuah Kari Ala Rendang..
Resepi: Zalekha Luvs Cooking

Bahan-Bahannya:

2-3 ketul isi dada ayam dipotong kecil
3 biji kentang - didadu sederhana
1 batang karet - di dadu sederhana
1 senduk nasi - Lada kering yang diblender halus (rebus dulu)
2 biji bawang besar - diblender halus
5 ulas bawang putih - diblender halus
1 inci halia - diblender halus
3 sudu makan besar rempah rendang - dibancuh dengan sedikit air dijadikan pes
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
daun kari 2-3 tangkai (saya xder stok xletak)
3 keping asam gelugor/keping - direndam sebentar
1-1.5 liter air - ikut kepekatan yang diinginkan
500 ml  santan pekat
garam secukup rasa
2 sudu makan gula merah/gula timbang
sedikit minyak untuk menumis.

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan rempah penumis serta tumiskan bahan2 yang diblender halus hingga agak garing dan berbau harum.
2. Masukkan pula rempah kari yang telah dijadikan pes tadi, kacau sehingga bahan2 tumisan pecah minyak. masukkan pula air biarkan sehingga agak mendidih masukkan karet dan kentang di ikuti isi ayam yang dipotong kecil tadi.
3. Bila kentang dan karet agak empuk, masukkan pula santan bila dah masukkan santan api kena dikecilkan sedikit masakkan dengan api yang sederhana dan dikacau selalu supaya tidak pecah santan..masukkan juga asam keping@asam gelugor diikuti dengan garam serta gula timbang.
4. Biarkan lauk merenih di atas api yang perlahan dalam 10 - 15 minit lagi, rasakan kesesuai rasanya cukup garamnya dan bila kuah agak pekat padamkan api. Sesuai untuk dihidangkan bersama Roti Arab atau kalau nak makan dengan Roti Jala atau Roti Putih biasa pun sedap kuah macam ini..
Selamat mencuba..