Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, April 13, 2012

Khazanah Lama...Our Secret Recipe,,

Assalamualaikum...

Salam  Jumaat yang penuh barakah buat semua...hari ini saya tak ada entry masak2 cuma nak bercerita sedikit sahaja tentang khazanah lama...bunyinya agak hebat apa la agaknya khazanah lama yang saya ada tu eks...sebenarnya bukanlah harta benda atau barang berharga yang saya perolehi cuma saya nak kongsikan cerita mengenai buku2 masakan lama yang menjadi simpanan saya.

Saya nie suka juga menyimpan buku2 resepi dari zaman saya remaja lagi bila saya dah mula pandai berjinak2 dengan dapur dan memasak sikit2 lah masa dolu2 memang saya suka tengok buku2 resepi..mungkin juga kerana arwah ibunda saya dulu pun minat pada buku2 resepi dan kalau dulu2kan arwah mak tu ada buku resepi yang dibuat sendiri yang merupakan skrap book yang siap ditampal dengan gambar2 makanan atau buah2an..saya rasa buku lama arwah mak tu mesti berusia lebih 60 tahun dan masih ada dalam simpanan kakak saya Che Ni di Bukit Kepong tu...kegemaran arwah bonda kini diwarisi pulak oleh anak2 yang perempuan seperti akak2 saya Noly dan Che Nie, Che No dan adik saya Bedah dan Nora juga..yerlah orang perempuan kan mestilah suka hal ehwal masak memasak ini dan arwah mak dulu pun sebenarnya seorang tukang masak yang mengambil tempahan untuk jamuan pengantin seperti masakan Nasi Briyani dan lauk pauknya dan boleh memasak untuk beribu2 orang..dan setelah ketiadaan mak sekarang ini adik saya Bedah yang mewarisi kepakaran mak dalam bidang masak-memasak dan mengambil tempahan penyediaan makanan untuk jamuan2 untuk sebarang majlis. 

Selain dari itu Bedah juga mewarisi kepandaian mak saya dalam membuat kueh tradisi lama iaitu Kacau Suji, dan Kek Kukus.  Begitu juga dengan acar buah2an atau acar rempah sekarang nie memang Bedah lah yang mengambil tempahan bagi majlis2 perkahwinan..dan satu keistimewaan adik saya ini walaupun dia tak bekerja duduk di rumah menjadi suri rumah sepenuh masa beliau ada juga membuat kek2 perkahwinan seperti kek2 aising yang beranika jenis sama ada mengunakan fresh cream icing ke, buttercream icing ke atau hard fondant icing..royal icing la tu..yang ini beliau belajar dari kakak saya Noly di KL tu..saya bab2 buat icing ini mintak maap banyak2 la yer memang xpandai..kurang berseni kot tangan saya nie..hehehe..panjang pulak cerita saya yer...

Ok lah dah penat bercerita marilah kita tengok sebahagian buku2 koleksi lama kesayangan saya dan antara saya suka buku masakan Pn Ellice Handy keluaran thn 1978...lama tu kan..dan buku2 masakan lama yang lainnyer juga buku2 tulisan tangan akak Hjh Aiti yang saya jumpa baru2 ini iaitu resepi yg ditulis pada tahun2 80an..suka sangat pada buku2 masakan lama ini yang memberi inspirasi masakan lama yg patut disimpan..





dah buruk sgt buku nie tapi syg sbb bnyk resepi2 yang sedap..

No comments:

Post a Comment