Assalamualaikum...
Salam Jumaat untuk semua kawan2, semoga anda semua sihat dan gembira disamping keluarga tersayang..hari Jumaat seperti biasa hari yang dinanti2kan oleh mereka2 yang bekerja 5 hari seminggu maklumlah nak bercuti hujung minggu hari sabtu dan ahad untuk berehat2 atau malakukan aktiviti yang telah dirancang bersama keluarga.. saya nampaknya belum ada perancangan hari esok anak buah saya Hawa Hanida akan balik semula ke asrama Madrasah Alhafizah Syaidatina Khatijah di Muar setelah 2 minggu bercuti..dan akan bercuti semula pada minggu terakhir puasa nanti dan 3 minggu pada hari raya..lama betul baru dapat cuti semula...tak apalah wahai Hawa Hanida berlajarlah bersungguh2 dan jadilah seorang anak Soleha yang akan sentiasa berbakti pada agama dan bangsa.
Kita tinggalkan dulu cerita Hawa hari ini saya nak kongsikan Jus Mangga yang dibuat oleh Hawa Hanida untuk minum petang semalam..dan ada juga satu resepi kek yang Hawa dan Aishah buat hari Sabtu lepas sebelum hari jadi Iqin iaitu kek Mentega Keju Coklat kurang Telur tapi saya x sempat lgi nak masukkan entry di blog..InsyaAllah bila ada kesempatan nanti akan saya kongsikan resepi dari air tangan anak2 buah saya yang boleh tahan sedap ok..diminum masa cuaca yang nyaman sedap jer masuk ke anak tekak.....
Jus Manga BerYougurt Blended
Bahan-Bahan:
2 biji buah mangga masak ranum yang sedang - ambil isinya
3-4 sudu makan gula pasir
1 cawan yougurt berperisa manga
2 cawan air sejuk
semangkuk @ secukupnya ais kiub
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan dalam blender dan kisar hingga halus dan sebati
2. Masukkan ke dalam jug atau gelas hias dengan buah mangga dan hidangkan..
Hawa Hanida yang buat bukan saya..sedap juga..cuba lah..
No comments:
Post a Comment