Assalamualaikum..
Salam petang Rabu buat semua...sedang berehat2 ke tu..maklumlah hari ini cuti Pertabalan Yang Dipertuan Agung dan mesti ramai yang mengambil peluang untuk berehat2 sahaja di rumah. Saya pun hari ini tak kemana2 cuma ke pasar basah jer tadi pagi untuk membeli bahan2 buat nasi kerabu..sebab dah lama teringin makan nasi kerabu yang dimasak sendiri..alhamdulillah walaupun nasi kerabu nyer berwarna purple atau ungu sebab selalu orang buat nasi kerabu berwarna biru kan nie gara2 tiada bunga telang atau esen biru jadi saya letak aje sedikit pewarna purple..cantikkan..tapi ianya sangat sedappp dan puas makan menjadi gak lebih sedap dari yang dijual di pasar malam kata anak2 buah saya....muahahahaha naik lif tekan sendiri nampaknya saya..
Nasi kerabu style kelantan ini saya gandingkan dengan solok lada...kalau pergi ke pasar malam dan beli nasi kerabu pastinya nak letak solok lada sekali dan rasanya alahaiiii lebih kelapa dari ikan tapi yang di buat sendiri nie dapatlah diletak ikan banyak2 baru lah terasa sedap bila makan dengan nasi kerabu dan ada juga keropok ikan memang marbelessss lah.. cuma saya taklah buat siap dengan daging bakar atau ayam percik seperti yang biasanya dibuat oleh orang2 sebelah Terengganu atau Kelantan..jadi lah tu complete juga ada ulam2man ada serunding kelapa ikan dan yang penting sekali ada kuah tumis budu...ok jom kita semak resepinya satu persatu..
Nasi Kerabu Ungu...
Bahan-Bahan:
Untuk Nasi:
3 pot beras - dicuci bersih dan tos
Air secukupnya ikut sukatan yang biasa anda masak
3 helai daun limau purut
2 batang serai dititik
2 helai daun pandan - disimpul
beberapa titis pewarna biru - saya guna purle food colouring sebab tak der warna biru
(kalau ada bunga telang boleh masukkan 3-4 kuntum untuk warna asli biru yang sangat cantik)
Cara: Masak nasi seperti biasa bersama daun limau purut, serai yang dimemarkan dan daun pandan, masak sehingga nasi mendidih dan msukkan pewarna makanan kacau rata dan biarkan keep warm sehingga nasi kering atau jika masak menggunakan dapur biasa kecilkan api dan biarkan nasi mengering dan masak elok.
Bahan Untuk Kuah Tumis Budu:
4 batang lada merah - ditumbuk halus
15 batang cili padi hijau - ditumbuk halus
5 biji bawang merah - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 batang serai - di titik/memarkan
1 cawan pati santan
1/3 cawan budu
1/2 cawan air
2 keping asam keping di rendam sebentar
sedikit minyak untuk menunis
Cara:
1. Tumiskan cili padi, lada merah dan bawang2 yang ditumbuk halus hingga agak mengaring sedikit dan berbau harum semerbak, masukkan serai yang dititik, balik2kan dan masukkan santan dan air.
2. Kacau selalu kuah tumis ini hingga mendidih masukkan pula budu dan diikuti dengan asam keping masak sehingga kuah ini mendidih dan agak memekat sediki dan padamkan api.
Bahan Untuk Serunding Kelapa Ikan:
6 ekor ikan kembung - sederhana besar dibersihkan dan rebus - ambil isinya sahaja
3-4 cawan kelapa parut putih
8 ulas bawang merah- dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
garam secukupnya.
Cara:
1. Masukkan kelapa parut putih kedalam kuali disangrai bersama bawang merah dan bawang putih hiris
isi ikan rebus dan lada hitam yang ditumbuk kasar.
2. Sangaikan kelapa sehingga agak kekuningan dan padamkan api. keluarkan dari kuali dan tumbukkan menggunakan lesung batu agar kelapa yang disangrai tadi bersama bahan2 lain agak halus.
3. Masukkan semula bahan2 yang ditumbuk ke dalam kuala dan balik2kan sebentar hingga warnanya cantik kuning keemasan masukkan sedikit garam dan balik2kan sebentar. Padamkan api ketepikan dahulu.
Bahan Untuk Ulam-ulaman
1 batang timun - dhiris batang mancis halus
1/4 biji kobis yang kecil - dihiris halus
5-6 batang kacang panjang muda - dipotong kecil2
2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
segemgam daun kesom- dihiris halus
2-3 helai daun limau purut - dihiris halus
semangkuk togey dibuang ekor -cuci dan tos
Kalau ada bahan2 ulaman lain boleh ditambah juga saya cuma guna bahan2 seperti diatas sahaja
Cara menghidang Nasi Kerabu:
Nasi kerabu boleh dihidang secara berasingan Nasi didalam bekas nasi
Ulaman diasingkan dan juga kuah tumis serta serunding ikan kelapa dalam bekas berasingan
dan juga lauk pauk sampingan seperti solok lada, keropok, daging bakar/ayam percik(yang ini saya tak buat)telur asin atau apa2 sahaja yang digemari
Bila hendak makan letakkan nasi kedalam pinggan letakkan serba sedikit ulam2an dan beberapa sudu serunding ikan kelapa dan sedikit sahaja kuah tumis budu sebab kuah tumis budu ini masin dan pedas, gaulkan dan sedia untuk dimakan..sedapppp cubalah..
No comments:
Post a Comment