Assalamualaikum...
Salam hari Jumaat untuk semua rakan-rakan dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking... Bertemu sekali lagi kita di hari Jumaat ini dan setelah sekian lamanya saya tidak mengupdate resepi2 masakan, jadi saya nak kongsikan resepi tertunggak iaitu Nasi Dagang dimasak oleh adik saya bedah pada hari Ahad lepas dah seminggu pun... Sebenarnya saya pernah letak resepi Nasi Dagang Berlainan sedikit DISINI dan yang kali ini bolehlah dikatakan sebagai resepi Nasi Dagang Kelantan yang mengunakan beras dagang merah yang memang di beli dari kelantan dan dimasak secara kukus.
Ok jom kita terus semak resepi seperti di bawah:
Nasi Dagang...
Bahan-Bahan:
5 cawan beras Nasi Dagang berwarna merah
4 cawan santan - boleh campur (2 cawan pekat + 2 cawan cair)
6-8 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
11/2 inci halia - dihiris batang mancis
1 camca teh halba - (xletak sebab tak ada hari tu)
Garam secukup rasa
Daun pisang untuk alas pengukus - kalau tak ada letak dalam loyang
Cara:
1. Basuh beras dagang dan di rendam 2 - 3 jam toskan.
2. Panaskan pengukus hingga air kukusab mendidih, alaskan daun pisang letakkan beras dagang di atas daun pisang, jika tiada daun pisang letak dalam loyang serak2kan dan kukus lah lebih kurang 1/2 jam atau sehingga beras dagang lembut sedikit.
3. Santan dicampurkan dengan garam dan bawang hiris serta halia dan halba. Apabila dah buka penutup kukusan alihkan dari pengukus dan arunkan nasi dengan separuh dari santan yang digaul dengan bahan2 tadi masukkan bahan2 yang dihiris sama. Gaulkan rata dan kukuskan semula nasi dagang dan buat lah 2 kali arun santannya kalau dah cukup tak perlu habiskan santan dan kukus semula hingga nasi masak cantik berderai dan kilat . Hidangkan Nasi Dagang bersama Gulai Dagang Ikan Tongkol berserta pencuk timun dan karet.
Gulai Dagang Ikan Tongkol
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan tongkol sederhana besar - dipotong kepingan (direbus dalam 1-1.2 liter air dengan 4-5 keping asam keping dan campurkan sedikit garam - kalau direbus lebih awal pun tak apa)
3 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
11/2 senduk nasi - lada blender
2 labu bawang besar - diblender
1-2 inci halia - diblender1 inci lengkuas - dimemarkan
2 batang serai dititik
6 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
4-5 sudu makan serbuk kari ikan - dibancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes (kalau ada rempah dagang boleh guna saya x ada)
2-3 keping asam gelugor/keping - direndam sebentar
sedikit garam - secukup rasa
sedikit gula sebagai perisa
sedikit minyak untuk menumis
(jika suka boleh masukkan beberapa tangkai cili padi dalam gulai dagang ini)
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak anggaran 1./2 cawan dalam periuk tumiskan bawang merah dan bawang hiris, bila agak layu dan berbau harum masukkan pula cili blender bawang blender dan halia dan juga serai dan lengkuas yang telah dimemarkan/ditumbuk kasar.
2. Tumiskan sehingga pecah minyak dan masukkan pula serbuk kari ikan yang telah dijadikan pes apabila semua bahan-bahan tumisan dah berbau harum dan agak mengaring masukkan santan cair, masakkan dengan api yang sederhana dan kacau selalu.
3. Bila dah mendidih masukkan santan pekat diikuti dengan ikan serta masukkan asam gelugor yang direndam tadi..bergantung pada citarasa anda kalau suka yang agak masam lebihkan asam.
4. Kacau2 selalu hingga lauk agak memekat dan perisakan dengan garam dan sedikit gula serta campakkan sedikit cili api sebiji2 jika suka, kalau tak masukkan 2-3 batang cili merah atau cili hijau hidup. Hidangkan bersama nasi dagang. Sedap cuba lah...
Acar Mentah Timun, Karet dan Kubis Ungu
Bahan-bahan:
1 batang timun jepun - dibelah dua dan hiris serong
1 batang karet - dihiris halus memanjang batang mancis
1/2 biji kubis ungu yg kecil - dihiris halus
1 labu bawang besar - dihiris nipis
4-5 biji limau kasturi di perah ambil jusnya
secukupnya gula
secukupnya garam
Cara:
1. Timun, Karet, Kobis Ungu dan bawang yang dihiris dimasukkan dalam mangkuk, letakkan gula dan garam secukupnya dan perahkan jus limau kasturi.
2. Gaul rata dan rasa masam manisnya, tambah mana2 bahan perisa yang perlu. dan hidangkan bersama nasi dagang berserta lauk gulai dagang ikan tongkol.
No comments:
Post a Comment