Seri Kaya Labu Kuih Tradisi
Rasanya Enak Lemak Bersari
Kalau Dah Rasa Tak Cukup Sekali
Pasti Teringat Berhari-hari...
Assalamualaikum....
Salam pagi Isnin buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi.. Resepi Labu Serikaya yang nak saya kongsikan pada anda semua hari ini boleh dikategorikan sebagai resepi warisan kot..dari dulu2 lagi arwah mak saya memang pandai buat kueh yang ini dan ada sejarah mengapa kuih ini dipanggil seri kaya labu..ianya ada berhubung kait dengan gaya atau bahan untuk membuat seri kaya itu sendiri iaitu ditambah dengan 1-2 helai daun sireh diramas2 pada adunan telur dengan gula melaka yang diracik halus dan dimasukkan pula santan pekat tanpa menggunakan pemangkin tepung atau tepung jagung/kastad betul2 resepi asal seri kaya kata arwah mak saya. Sebab itu namanya sireh kaya dan orang2 sekarang menyebutnya seri kaya. Saya agak penggunaan daun sireh mungkin ada khasiat herbanya yang tersendiri selain untuk memberi warna yang merah macam orang makan sirih kan warnanya bertukar menjadi merah bila dikunyah, jadi bila diramas2 daun sirih tu juga akan bertukar menjadi merah kemudian bahan2 yang diramas bersama ini ditapis sebelum dimasukkan ke dalam labu dan dikukus, pandai orang2 dulukan nak hasilkan pewarna asli . Tapi bagi orang zaman moden nie tentu tak letak daun sirehkan..kalau nak mencuba apasalahnya eks..insyaAllah kalau buat lagi boleh boleh cuba versi tradisi orang2 lama pulak yer.
Dan kueh ini juga pernah dihidangkan pada majlis perkahwinan kerabat di Raja di negei kami tak silapnya mengikut kata mak saya kuih ini dihidangkan dengan begitu cantik sekali menggunakan labu2 yang comel dan diberikan sedikit efek ketulan ais disekelilingnya untuk nampak berasap bila dihidangkan dan namanyer juga ada ditambah Seri Kaya Labu Puteri Gunung Ledang kalau tak silap lah...opss yer ke saya kurang jelas dengan cerita yang saya ingat2 lupa nie..patik mohon ampun beribu kali ampun...hehe
Tapi kali ini saya telah mengubahkan atau menderhakakan resepi asalnya yang menggunakan santan saya gunakan susu cair sepenuhnya dan saya juga letak tepung kastad sebagai pemangkin..dan saya kurangkan gulanya jadi rasanya tak lah terlalu manis seperti yang pernah dibuat oleh arwah mak saya dahulu. Oleh kerana penggunaan labu yang cantik dibentuk dengan secara ukirkan pada 1/4 bahagian atasnya untuk membuatkan lubang bagi dikeluarkan biji2 labu dan dibersihkan dahulu lalu diisi dengan seri kaya teringat pulak cerita2 donggeng cinderella yang mana labu nie dimagickan oleh pari2 yang baik hati menjadikan sebiji labu yang besar sebagai kereta kuda yang sangat cantik bagi cinderella ke ballroom istana untuk menghadiri majlis putera raja yang ingin mencari jodoh...tapi kalau di zaman ini tentunya bukan kereta kuda yang diperlukan sebab mana ada lagi orang naik kereta kuda kan jadi labu ini apa kata kita magickan sebagai kereta sport yang cantik boleh kita ronda2 keliling bandaraya...muahahaha
Mulalah saya berangan dengan kisah dongeng klasik yang sangat sweetkan...opssss kita berhenti disini cerita labu ini dulu nanti ada pulak labu labi yang marah pada saya kerana melalut2 di sini..suka hati akulah labi kata si labu sebab aku yang jadi prop utama untuk dimakan sebab rasaku yang manis lembut dan warna ku yang kuning keemasan...ko ada labi...hehehehe jom kita semak resepi di bawah...jangan marah yer kawan2 semua saya bergurau sahaja kat atas tu..biasalah kan saya niekan memang suka buat lawak...hahaha cuma tak masuk raja lawak ajer...ada akak kisah...
Seri Kaya Labu...
Bahan-bahan:
3-4 biji labu sederhana kecil - jika dapat labu yang bersize kecil2 lagi cantik..
3 biji telur ayam size A
1 tin susu cair
1 ketul sedang gula melaka*
1/2 cawan gula pasir* - dimasak dengan secawan air jadikan sirap gula melaka yang pekat
(bila dah masak dan pekat sirap ini akan menyusut jadi 3/4 cawan)
3/4 cawan tepung jagung/kastad
11/2 cawan air
1/2 camca esen vanila
1/2 camca teh pewarna sasarparilla sebab warna gula melaka sangat muda
(sukatan serikaya yang saya buat ini mencukupi untuk 4 biji labu yang sederhana kecil)
Cara:
1. Mula2 sediakan labu dahulu, basuh bersih dan ukirkan bentuk ziczac di 1/4 bahagian atasnya dibuka seperti penutup (boleh juga jika hendak potong biasa sahaja suku bahagian atasnya). Keluarkan semua biji2 labu dan bersihkan sekali lagi.
2. Untuk menyediakan bahan2 seri kaya - masukkan telur dan sirap gula melaka tadi dalam periuk dan pukul dengan whisk hingga telur dan sirap gula melaka bergaul rata, masukkan 1 tin susu cair, tepung kastad/jagung dan 1 1/2 cawan air, pukul lagi sampai kesemua bahan sebati dan tidak bergentel. masukkan juga esen vanilla.
3. Masakkan bahan2 serikaya ini diatas api yang sederhana dan sentiasa di kacau, bila hampir memekat tutupkan api dan dikacau laju agar tidak bergentel. Terus sendukkan seri kaya ini kedalam labu sehingga penuh.
4. Masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan dan kukus lebih kurang 20-30 minit labu cepat empuk tak perlu kukus lama dan seri kaya/kastad nya kita dah masak tadi jadi tak perlu masak lama2
5. Keluarkan dari kukusan bila dah masak sejukkan dahulu sebelum dihidangkan kalau hendak makan panas2 seri kayanya tak sempat nak set..so lebih sedap jika dimakan sejuk dimasukkan dapat peti sejuk 3-4 jam atau semalaman...cubalah sedappp...
No comments:
Post a Comment