Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, December 27, 2013

Kek Pisang Bermayonis Kukus


Assalamualaikum...

Salam sejahtera salam Jumaat bersamaan 27 Disember 2013, apa kabar agaknya kawan2 semua dan pengunjung ZLC yang saya hormati..semoga kalian semua sentiasa sihat dan di bawah lindungan Allah hendaknya.. bagi diri saya alhamdulillah sihat seperti adanya, tapi terkejar2 juga saya bila hujung2 tahun begini banyak kerja2 yang perlu di uruskan samada yang urgent dan yang mana boleh di kemudian2kan tapi selagi tugas2 yang ada tak selesai, macam tak senang hati jugakan.  Oklah kita hentikan cerita mengenai tugas pejabat yang melambak tu..hari ini saya nak kongsi dengan kawan2 semua satu resepi kek pisang kukus yang amat mudah nak membuatnya dan rasanya pun sedap sebab kek pisang ini lembut sangat..bagi yang tak gemar menggunakan telur memang sesuai sangatlah sebab saya gantikan penggunaan telur dengan mayonis..cuba tau kawan2 kalau nak tau rasanya yang sedap dan lembut tu macam mana..saya dah 2..3 kali juga buat masa stok pisang banyak tapi nama pisangnya pisang lemak manis kot yang kulitnya kaler hijau lembut dan boleh dimakan begitu sahaja..boleh juga gunakan pisang jenis2 lain juga untuk buat kek pisang ni asalkan dah masak serta boleh di lenyek.. jom kita semak resepi mudah di bawah..



Kek Pisang Bermayonis - Kukus

Bahan-Bahan:

2 cawang tepung gandum - di ayak
1 camca teh baking powder - di ayak bersama tepung
1 camca teh bicarbonate of soda - di ayak bersama tepung
1 cawan pisang - di lenyek halus
3/4 cawang gula kastor
1/2 cawan minyak jagung atau (minyak masak pun boleh)
1 cawan air
4 sudu makan mayonis

Cara:

1. Panaskan kukusan.
2. Blenderkan Pisang yang dilenyek bersama gula kastor, minyak jagung, air dan mayonis hingga halus.
3. Salinkan adunan yang diblender ke dalam mangkuk adunan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikacau rata (nak senang gunakan whisker@ pemukul telur) kalau adunan agak kental boleh tambahkan air sedikit lebih kurang 1/4 cawan dan di kacau rata serta sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang atau mangkuk yang bersesuaian yang boleh dikukus serta kukuskan selama 20 minit. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment