Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, December 31, 2013

Kuih Bakar Daging - Bonda Kak Jee

Assalamualaikum...salam sejahtera, salam ceria serta salam akhir tahun masihi buat semua sahabat2 yang saya kasihi dan juga pengunjung2 yang masih sudi mengunjungi blog ZLC ini..cepat sungguh masa berlalu pejam celik dah sampai ke penghujung tahun dan tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke Tahun Baru 2014..alhamdulillah banyak sungguh cerita dan rentetan peristiwa suka duka yang kita lalui sepanjang tahun 2013 dan semoga di tahun baru kita semua akan terus melangkah dengan penuh keimanan, ketakwaan, semangat, kesejahteraan dan kegembiraan. Semoga di tahun baru ini juga banyak perubahan2 yang drastik...yang akan saya lakukan...hammmboiiii apa ler agaknya yang drastik sangat tu ek...hehehe..doa2kan untuk saya yer kawan semua..

Oklah kita tinggalkan dulu citer akhir tahun dan awal tahun sebab hari ini saya nak berkongsi dengan kawan2 semua resepi kuih bakar daging dari seorang bloger tersohor @ mantan wartawan dan pelakon Fauziah Samad atau lebih mesra dengan nama Kak Jee.. Tqvm kak jee sebab selalu berikan resepi yang enak n sedap2 belaka yang mudah untuk diikuti dan bila di buat tak pernah menghampakan senang cakap memang terbaikkkk lah..Kalau nak tau keenakkan kuih bakar daging ini kawan2 cubalah buat..tak rugi tau..cuma saya belum ada acuan kuih bakar bunga pecah lima tu..jadi saya bakar di dalam acuan@loyang kek size 6 inci satu yang empat segi satu yang bulat..dan saya letakkan 1/4 adunan dalam setiap loyang..bila dah siap yang pertama tu memang tak sabar2 nak makan panas2..sedap weiii lepas nie saya akan buat lagi..untuk resepi asal boleh la ke blog Kak Jee DISINI n sini.  Saya mohon copy paste ajer resepi asal kak jee di sini ekk..terima kasih sekali lagi buat kak jee..n love u soo much...
Jom kawan2 kita lihat resepi di bawah:

KUIH BAKAR DAGING 
SUMBER : Fauziah Samad @ Kak Jee

BAHAN2NYA:

250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

CARA MEMBUATNYA:

Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment