Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, August 28, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..

Assalamualaikum..

Salam Khamis buat semua kawan-kawan dan pengunjung ZLC yang saya hormati sekelian...
Tiga hari lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 57.. syukur alhamdulillah atas segala pembangunan, keamanan, kesejahteraan yang telah dapat kita nikmati di bumi bertuah ini.  Sungguhpun penduduk malaysia yang terdiri dari berbilang kaum agama, kepercayaan dan bangsa kita masih hidup dalam harmoni dan aman damai.. Memang tidak dapat dinafikan negara kita yang menuju ke era kemajuan dan kegemilangan seringkali dicemburui oleh pihak luar dan telah diuji dengan beberapa insiden yang menyayat hati seperti peristiwa MH370 dan MH17 juga peristiwa di Lahad Datu..semoga kita semua sebagai rakyat Malaysia akan terus tabah dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang dan sama-samalah kita berdoa agar Malaysia yang kita kasihi akan terus kukuh, teguh, aman makmur kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta yang abadi..Dirgahayu Tanahair Ku...

sekitar sambutan hari kebangsaan di pejabat SKPT2..








Sunday, August 24, 2014

Missing something....

Assalamualaikum...

Salam Ahad..bekerja pada hari ahad sesuatu yang agak sukar di sesuaikan walaupun dah beberapa bulan..xperlah bila boring macam ni saya lebih suka layankan lagu2 lama yang dah lama tak kedengaran hanya sebagai halwa telinga.. Jom la kita layan beberapa lagu pilihan saya di youtube.. maybe i miss something but i don't know where should i look for it..




Wednesday, August 20, 2014

Kuih Siput ~~kudapan yang sedappp..

Assalamualaikum...

Salam rabu bersamaan 20 Ogos..apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC semua semoga sentiasa sihat dan dilindungi serta dilimpahi dengan rahmat Allah hendaknya... bagi diri saya pula alhamdulillah sihat dan sebenarnya hari nie merupakan hari tua saya...almaklum sahaja bila usia meningkat jadinya semakin lah ke-tua-an kan...huhuhu tak rela rasanya...tapi tak mengapalah sebab semua orang akan menghadapi peningkatan usia..yang pentingnya kita sihat dan dapat menghirup udara segar serta menikmati kehidupan dengan baik..inshaAllah.. oklah segan pulak saya nak bercerita tentang usia sebab nanti ada yang bertanya berapa umur saya yang sebenar..dah 4 series pun uolls..

Berbalik pada tajuk entry hari nie saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi kuih siput yang sedap di buat kudapan atau di jadikan hidangan kuih raya bagi yang rajin membuatnya (nak mengentel siput nie boleh tahan penat wooo) hihihi..saya telah menyiput bersama anak buah saya Aina dan Sara sebelum raya rasanya..resepi saya ambil dari My resepi oleh Kak Besah yang memang femes gan kuih muih dan masakan yang sedap2..Jom sape2 nak cuba menyiput sila2 lah yer tapi yang penting kena ada alat untuk menyiput papan gelek siput..(acu plastik sebenornyaaa)..

Kuih Siput...

Bahan-Bahan :

3 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk kari daging
1/3 cawan majerin/butter
2/3 cawan santan
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering - rendam sekejap
(kak besah letak tomyam paste adabi 1 peket saya x letak pun)
1 sudu teh garam & 1 sudu teh gula
beberapa tangkai daun kari
minyak untuk mengoreng terendam.

Cara:
1.  Gaul rata tepung & serbuk kari
2.  Kisar Santan, bawang putih, udang kering, garam dan gula hingga halus.
3.  Ramas dengan hujung jari majeri dan tepung, macam bread crumb bila dah rata
campurkan bahan-bahan yang dikisar tadi, uli hingga menjadi doh ang kental, macam
buat karipap.
4.  Gentel bulat2 kecil doh tersebut dan lenyekkab atas acuan kuih siput hingga menjadi
seperti siput suka hati la yer nak siput besar ke siput kecik ke siput lonjong ke jgn jadi mcm
siput b..b.. udah ler yer..hihihi..
5.Panaskan minyak, goreng kuih siput yang telah dibentuk dengan api yang sederhana supaya
dalamnya masak dan ranggup sebab kuih ini ada yang agak tebal. Bila dah 5 minit goreng
masukkan setangkai daun kari yang dilurutkan. Bila dah garing angkat dan toskan.
6. Sejukkan terlebih dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara..sedap di jadikan
kudapan semasa menonton tv..selamat mencuba yer kawan2..
nie yang baru digentil belum goreng..

ini lah acuan kuih siput gambar ehsan en google

Monday, August 18, 2014

Potluck Raya di Opis...

Assalamualaikum...

Apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC..semoga anda semua sihat dan ceria selalu...lama saya tak menjengah ke blog agak busy dan mood ke laut..almaklumlah musim2 raya nie selalunya aktiviti terlebih..selain dari beraya ke rumah sanak saudara ada juga berjumpa kawan2 sekolah lama, reunion kecil yang senantiasa di nantikan..dapat juga melepaskan rindu pada kawan2..

Dah masuk minggu ke tiga raya, sakit gigi saya kembali lagi jadinya terpaksa buat minor operation nasib la kan bila usia dah semakin remaja opsss remaja tua' gigi pun makin berkurangan nasib baik ianya di sebelah dalam graham bungsu jadi taklah begitu ketara bila saya tersenyum...hihihi ada2 ajerkan.  dalam pada gigi di bedah saya dapat MC selama 2 hari, dan kebetulan pula dapat ikut abang Long saya gan SIL berjalan so amik peluang beraya juga ke rumah kakak saya di muar dan terus ke Pekan, Pahang rumah bapa saudara kami..kalau tak buat macam nie kata orang terjah aje memang tak menjadi..so memang tak di planning pun..alhamdullilah 2 hari nie dapat mengeratkan siratulrahim bersama insan yang jauh di mata tapi selalu dekat di hati.. Oklah macam2 cerita nampaknya saya sebenarnya nak berkongsi gambar makan2 raya @ Potluck raya di opis saya semalam..so hanya gambar aje ekk lain kali kalau ada kesempatan saya buat entry resepi pula yer..jom kita cuci2 mata ekk..di sesi makan2 raya yang di masak oleh akak2 di opis kak ros masak ayam kari n kak maria masak sambal kacang sotong, bos saya pn GB masak rendang tok yang marvelous, PK1 masak Lodeh n bawa ketupat sedikit, Leen n d geng buat fruite cocktail (nie paling laku sebab lemak berkrim n sedapppp uolls) dan ketupat nasi impit dan saya sendiri bawa pulut kuning n sambal tumis telur..jadi la u...