Tersedar dari lamunan rupanya saya berangan aje makan puding di raja di tepi taman istana..sungguh indahkan suasananya..muahahaha stop from day dreaming cik Leha..makan jerlah kat ceruk dapur atau di meja makan jangan nak berangan makan di istana bagai..Sebenarnya kemenjadian puding ini pada petang semalam untuk berbuka puasa hari ke 5 Ramadhan oleh kerana saya ada mengirim Jala Emas dari kawan cikgu yg balik ke Terengganu baru2 ini maka tercapailah hasrat saya nak buat Puding Raja ini..lain kali saya akan belajar untuk buat jala emas sendiri..walaupun pembuatannya agak rumit tapi mesti jadi satu kepuasan bila dapat membuatnyakan...Wahhh agak panjang cerita dari Istana ZLC hari ini mentang2 lah keje2 telah dibereskan..so pada pagi yang permai dan berbahagia ini izinkanlah adinda berkongsi resepi Puding Raja yang menjadi kegemaran kekanda pada rakan2 diluar sana..tapi terlebih dahulu adinda ingin merayu maaf pada kanda kerana Puding Raja pada kali ini dinda memderhaka sebab ketiadaan buah prune dinda gantikan dengan Kismis Hitam wahai kekanda..jangan murka pada adinda ya.. berlakon sandiwara purba lagi nampaknya saya muahahaha...
Oklah teruspada resepi yang saya copy n paste aje ek dari saduranrasa.blogspot tqsm kerana saya dah mencuba resepi yang sedap ini..
Puding Raja
Bahan-bahan
4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit {saya guna 3 sikat sahaja} (saya guna 2 sahaja)
1 cawan biji gajus – digoreng
2-3 genggam urat emas/jala emas {resepi boleh dilihat di bawah}
200g buah prun – dipotong empat (saya derhaka ganti kismis hitam sebab xder prune)
Buah ceri merah/hijau (ada yang merah aje..huhu)
2 sudu besar minyak sapi {untuk mengelakkan pisang daripada melekat} (yang ni saya letak butter 2 sudu..xder minyak sapi)
Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding
1 tin (410 g) susu cair/sejat {saya guna 2 tin susu cair Ideal} (saya guna 1 tin)
3 biji telur – diambil kuning sahaja {saya guna 5 biji telur kuning Gred B}
Daun pandan – disimpul
Air sebanyak ½ tin susu {Air saya gandakan sebanyak 1 tin susu}
1-2 cawan gula (ikut rasa)
Esen vanila
{Saya menambah 1/4 cawan tepung kastard} (saya tak letak pun tepung kastad)
Cara memasak
1.
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang
penuh.
2.
Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak
untuk meresap minyak yang berlebihan.
3.
Goreng biji gajus. {Saya goreng biji gajus dalam minyak yang sama goreng
pisang tadi}
Kuah Puding
1.
Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang
pusat putih telur.
2.
Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil
bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila.
Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun
pandan bila siap.
Cara
Menghidang
1.
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
2.
Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke
atasnya apabila hendak dimakan.
Resepi untuk Jala Emas /Urai Emas - saya beli aje from Terengganu datang u..jauh tu..
Bahan-bahan
30biji telur ayam – diambil kuning sahaja {saya guna 20 biji telur Gred B)
800g gula halus {saya kurangkan sehingga 400g}
3 helai daun pandan
8 cawan air {saya kurangkan menjadi 4 cawan air}
Daun pisang untuk dibuat corong
Cara memasak
30biji telur ayam – diambil kuning sahaja {saya guna 20 biji telur Gred B)
800g gula halus {saya kurangkan sehingga 400g}
3 helai daun pandan
8 cawan air {saya kurangkan menjadi 4 cawan air}
Daun pisang untuk dibuat corong
Cara memasak
1.
Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
2.
Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian
masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih
dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan
corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
3.
Angkat dan tuskan.
4.
Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay
atau garfu.
5.
Hidangkan.
Nota
Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas
Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas
No comments:
Post a Comment