Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, June 16, 2015

Rendang Ayam Simple Cik Leha..yang penting sedap..


Assalamualaikum..salam selasa untuk semua kawan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya kasihi.. setelah sekian lama saya berehat dari menulis di blog kini saya nak buat come back..macam rasa kekok pulak sebab dah hampir 2 minggu saya x kesini.  Oleh kerana kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan sehari lagi iaitu pada khamis ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan2 yang beragama Islam.
Oleh kerana dah nak masuk bulan puasa ada aje yang buat makan2 terutamanya di pejabat2 yang mengadakan potluck.  Di pejabat saya juga tak terkecuali nak buat potluck sedikit..dan sedikit majlis bacaan tahlil untuk arwah rakan sepejabat kami yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan April lepas.

Oklah kita tinggalkan cerita potluck atau makan2 sebelum Ramadhan kerana hari ini saya nak share gan kawan2 semua resepi Rendang Ayam Simple..sebab memang tak banyak bahan dan tak berapa renyah nak memasaknya..sebenarnya saya telah merendang sebelum subuh lagi kerana nak bawa ke pejabat ini pun atas permintaan rakan saya ustaz yang nak bawakan lemang 2 batang ke pejabat so saya pun apa lagi nak cari idea apa yang ringkas dan bahan2 yang ada di frigde untuk dijadikan lauk sebagai pengiring makan dengan lemang.  Nampaknya memang ada rezeki untuk merendang sebab kebetulan ada stok ayam so terjadilah rendang ayam yang saya buat nie.. Walaupun bahan2nya ringkas aje tapi rasanya tetap sedap tau kawan2 sesuai untuk di makan samada dengan lemang, nasi impit atau pun nasi putih.  Jom lah kita terus tengok bahan2 yang diperlukan untuk merendang seekor ayam...kecohnya macam nak masak seekor kerbau..hahaha..esok nak buat lagi rendang ayam 3 ekor pulak untuk makan di pejabat ada tahlil dan potluck.

Rendang Ayam Simple 

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam sederhana - dipotong kecil cuci bersih dan toskan
2 1/2 senduk nasi cili kering kisar halus - (kalau nak pedas atau tidak boleh tambah atau kurangkan)
5 biji bawang besar - dikisar halus
5 ulas bawang putih - dikisar halus
2 inci halia - dikisar halus
3 batang serai di ketuk
2 helai daun kunyi disiat dan simpul - kalau dihiris halus pun boleh
4 helai daun limau purut
2 cawan santan - (kali ini saya guna susu cair sebab xder santan sedap gak..)
1 cawan air
2 keping gula kereh @ gula nisang
2 keping asam gelugor - direndam sebentar
garam secukup rasa
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali tumiskian bahan2 yang dikisar halus cili kering, bawang besar
bawang putih, halia dan serai yang dititik. Tumiskan hingga naik minyak dan masukkan juga gula kereh 2 keping (saya x guna gula pasir pun).
2. Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam mengeluarkan air dan sedikit mengecut. masukkan 1 cawan air balik2kan masukkan pula santan, Masakkan hingga rendang mendidih dan ayam empuk atau masak masukkan daun kunyit sama ada yang disiat dan disimpul aje atau dihiris halus bersama daun limau purut.
3. Balik2kan selalu takut rendang kita hangit. Masukkan asam keping dan perisakan dengan garam. Balik2 ayam sehingga kuahnya agak memekat sedikit dan dikacau selalu.   Kalau nak jadikan rendang yang agak kering pun boleh tapi saya lebih suka agak lembab sedikit. Hidangkan rendang bersama lemang atau nasi impit juga sesuai dimakan dengan nasi putih.  Selamat Mencuba.
proses merendang dh nk siap..



No comments:

Post a Comment