Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, November 11, 2015

Daging Kambing Masak Sedap..hahaha tak tau nk bagi nama apa..


Assalamualaikum...salam rabu buat semua pengunjung ZLC yang saya kasihi..hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua satu resepi masakan kambing yang sedap oleh kerana saya tidak ada idea nak bagi nama apa pada masakan ini jadi saya letak aje resepi Daging Kambing Masak Sedap sebabnya memang sedap pun tau rasa lauk daging kambing ini yang sesuai di makan bersama roti atau juga dengan nasi..tapi semalam saya makan dengan butter rice memang ngamlah pulak..ok jom kita terus ke resepi di bawah ini..lauk ini agak lengkap bersama sayuran dan kentang kentang jadinya kalau tak rajin masak lauk sampingan lain pun takper dan cukup sesuai di makan dengan sejenis lauk ni sahaja kalau ada salad atau pencuk boleh dihidangkan bersama..selamat mencuba ok..

Daging Kambing Masak Sedap

Bahan-Bahan:

1 kg - Daging Kambing - boleh guna mana2 bahagian saya guna lamb shoulder chop sebab ada lemak2 dia sikit
3 labu bawang besar - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu makan lada sulah
4 sudu makan kicap lemak manis
3 sudu makan sos tiram
4 biji kentang - di belah 4
3 batang karet - dipotong tongkol
1 buku keledek jingga - di potong seperti kentang (saya letakkan keledek sebab rasanya manis)
10 batang cili padi - utk di campak sahaja ke dalam lauk
2 labu bawang besar yang sederhana belah baji 4 utk masuk dalam lauk
gula dan garam secukup rasa
air secukupnya - angar2 sahaja sebab lauk ni tak perlu banyak air bukan seperti sup.

Cara:

1. Daging dicuci dan toskan..masukkan dalam periuk perapkan bersama bawang besar, bawang putih dan halia yang di kisar, masukkan sekali lada sulah kicap manis serta oyster sos dan sedikit gula perapkan lebih kurang setengah hingga satu jam.
2. Bila dah perap masukkan atas setakat menutupi paras daging sahaja dan boleh dilebihkan sedikit.
Masak daging dengan api sederhana di balikkan sesekali hingga daging kambing empuk.
3. Masukkan pula karet kentang dan keledek. Kalau perlu tambah air tambahkan sedikit lagi air x perlu banyak. Bila kentang, keledek dan karet lembut masukkan cili padi dan bawang besar yang di potong empat tadi dan masukkan sedikit garam. Rasakan kesesuaian rasanya dan bila dah siap masak hidang bersama nasi atau pun roti..saya makan bersama nasi butter..sedap..cubalah kawan2.

butter rice sedap makan dengan lauk kambing ni..




No comments:

Post a Comment