Salam Isnin buat semua..alhamdulillah dalam cuaca yang agak panas sebab dah lama tak hujan ni kita diberikan kesihatan cumanya tekak jer terasa kering selalu nk asik nak minum ais yg sememangnya sangat tidak bagus untuk kesihatankan. Tapikan tuntutan tekak yang selalu x menghagak memang lerr x boleh nak lari dari keinginan nak minum yang sedap2 dan menyejukkan anak tekak ajerkan..tapi kalau dah kena batuk dan terkongkong2 tengah malam nasiblah diri sendiri yang menanggung kannn..stop dulu cerita panas berdesing ini ekk sebab hari ini saya nak kongsikan resepi yang sesekali kurasa teringin...cewah dah macam tajuk lagu evergreen shima Teringin ek. Sotong goreng yang saya ambil resepi dari Kak Besah MyResepi ni memang sangat2 sedap dan mabeles tau rasanya cukup berperisa kari dan bawang putih dan tepung yang agak ranggup serta sotong yang tak melantun keras..agak lembut dan yang pentingnya tak meletop dalam kuali bila mengorengnya..selalu kalau kita mengoreng asik lah meletop2 dalam gunakan resepi yang ini alhamdulillah x bermasalah pun..so tqsm untuk kak besah utk resepi ini (saya buat setengah kg jer resepi asal guna 1 kg sotong) dan banyak lagi resepi2 lain oleh Kak Besah yang sedap2 di MyR yg penah saya cuba juga..jom semak resepi mudah berikut:
Sotong Goreng Tepung
Bahan-Bahan:
500 gram sotong -sederhana besar dibersihkan potong gegelang 1 cm
Bahan A
4 ulas bawang putih - ditumbuk*
1 sudu makan rempah kari*
sedikit garam*
Bahan B
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan rempah kari - saya guna rempah jenama Babas
sedikit garam
1 biji telur dipukul
minyak masak untuk mengoreng
Cara:
1. Sotong yang telah dibasuh bersih serta dipotong gegalang 1 cm di toskan dan di perapkan dengan bahan2 bertanda* selama 1/2 jam atau lebih.
2. Satukan bahan B dalam mangkuk bertutup atau tupperware dan goncang hingga sebati
3. Sotong yang telah diperap di celupkan dalam telur yang dipukul dan seterusnya masukkan ke dalam tepung yang telah digaul/goncang dalam tupperware hingga bersalut rata
4. Panaskan minyak dan goreng terendam sotong dengan api sederhana hingga masak dan garing. Tak perlu terlalu lama kerana sotong akan menjadi keras kalau goreng lama2. Tapi jangan bimbing sebab sotong ini tak akan meletup bila digoreng dan garing tepungnya. Hidangkan panas bersama cili sos atau sedap makan gitu sahaja sebab dah berperasa bawang putih dan kari.. Cuba ok kawan2,
Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Monday, March 16, 2015
Sunday, March 15, 2015
Siakap Stim Asam Kelubi @Asam Paya
Salam Ahad untuk semua, hari cuti hujung minggu dan cuti sekolah yang telah bermula ni, mesti ramai yang menjamu selera dengan masakan istimewa di rumah..atau ada yang ke jemputan kenduri pengantin..bestnya kan saya minggu lepas dah menghadiri 2 jemputan so minggu nie x kemana2 keje macam biasa aje..ek..sambil2 menyelam orang kata minum air..opss tp bukan keje sebagai penyelam tau..sebabnya orang yg x pandai berenang macam saya nie macam mana nak menyelam asik tertelan air masin jer nanti lama2 terus tenggelam kedasar lautankan.. mana leh tenggelamnya badan macam pelampung mesti timbul nyer,..muahahaha apalak yang saya merepek di petang2 ahad nie kan..
Sebenarnya saya teringat kawan saya Jun yang sedang seronok sakan bercuti di pulau Krabi, Thailand..siap snorkling bagai..cantik betul gambar2 yang dipostkan di fb..nie yang membuatkan saya tak sabar2 nak bercuti di mana2 pulau peranginan x kiralah di krabi ke di Pulau Manukan Sabah ke..huhuhu rindu betul nak ke Sabah memang cantik sangat pemandangan di sana bila kita lihat airnya yang jernih dengan ikan yang berwarna-warni berenang2 memang lupalah sekejap stress.. Oklah tak mau berangan lagi kita teruslah ke resepi pertama yang nak saya kongsikan minggu ini yang masih lagi menggunakan ikan siakapnak perabihkan stok dalam fridge gamaknya..hahaha kalau di post minggu lepas saya masak ikan siakap masam manis limau kasturi. Pada kali ini pula kita tengok bahan2 yang diperlukan untuk Siakap Stim Asam Kelubi @ Asam Paya ok..
Siakap Stim Asam Kelubi @ Asam Paya
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap di bersihkan - dipupuk dengan sedikit garam dan lada sulah
5 biji buah asam kelubi
2 labu bawang besar size sedang aje - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
2 batang serai - dipotong serong
2 inci halia - dihiris halus
6-8 batang cili padi hijau - di titik atau di potong serong
1 batang cili merah - dipotong serong
1 batang lobak merah - dihiris (optional xletak pun tak apa)
1/2 cawan air
4 biji limau kasturi - perahkan jusnya
sedikit garam - (jangan banyak sebab asam kelubi dah masin)
sedikit perasa maggie secukup rasa (x letak pun xpe)
Cara:
Ikan yang dipupuk dengan sedikit garam dan lada sulah di letak ke dalam mangkuk atau bekas yang boleh dikukus. Taburkan dengan bahan2 yang dihiris/dipotong dadu iaitu bawang besar, bawang putih, halia, cili, serai dan lobak merah dan perahkan limau kasturi. Letakkan 5 biji asam kelubi dan curahkan air 1/2 cawan (kalau nak lebih kuah bolehlah letak 3/4 cawan ok.) letakkan sedikit sahaja garam sebab asam kelubi dah masin. Kukuskan selama 30 minit. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi atau sedap di ratah begitu sahaja.
Sebenarnya saya teringat kawan saya Jun yang sedang seronok sakan bercuti di pulau Krabi, Thailand..siap snorkling bagai..cantik betul gambar2 yang dipostkan di fb..nie yang membuatkan saya tak sabar2 nak bercuti di mana2 pulau peranginan x kiralah di krabi ke di Pulau Manukan Sabah ke..huhuhu rindu betul nak ke Sabah memang cantik sangat pemandangan di sana bila kita lihat airnya yang jernih dengan ikan yang berwarna-warni berenang2 memang lupalah sekejap stress.. Oklah tak mau berangan lagi kita teruslah ke resepi pertama yang nak saya kongsikan minggu ini yang masih lagi menggunakan ikan siakap
Siakap Stim Asam Kelubi @ Asam Paya
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap di bersihkan - dipupuk dengan sedikit garam dan lada sulah
5 biji buah asam kelubi
2 labu bawang besar size sedang aje - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
2 batang serai - dipotong serong
2 inci halia - dihiris halus
6-8 batang cili padi hijau - di titik atau di potong serong
1 batang cili merah - dipotong serong
1 batang lobak merah - dihiris (optional xletak pun tak apa)
1/2 cawan air
4 biji limau kasturi - perahkan jusnya
sedikit garam - (jangan banyak sebab asam kelubi dah masin)
sedikit perasa maggie secukup rasa (x letak pun xpe)
Cara:
Ikan yang dipupuk dengan sedikit garam dan lada sulah di letak ke dalam mangkuk atau bekas yang boleh dikukus. Taburkan dengan bahan2 yang dihiris/dipotong dadu iaitu bawang besar, bawang putih, halia, cili, serai dan lobak merah dan perahkan limau kasturi. Letakkan 5 biji asam kelubi dan curahkan air 1/2 cawan (kalau nak lebih kuah bolehlah letak 3/4 cawan ok.) letakkan sedikit sahaja garam sebab asam kelubi dah masin. Kukuskan selama 30 minit. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi atau sedap di ratah begitu sahaja.
Wednesday, March 11, 2015
Hot Dog Ala Amerika...apa2 jerlah..
Hai..bersiaran sekali lagi saya pada petang rabu ini..saje2 jer sementara line pun ok keje2 pun banyak yang di bereskan pagi tadi so pepetang nie dapatlah mengupdate tu pun resepi yang sempoi lagi senang bukan resepi ek namanya apa yer benda yang kita buat nie semuanya memang instant cuma di susun atur serba sikit maka terhasil roti ala2 yg digemari oleh orang putih tapikan semua ler orang hitam ke coklat ke kuning langsat ke semua la suka makan benda2 yang simple2 nie sebab x banyak kerenah nak membuatnya dan yang penting kenyang..oklah untuk sape2 yang mencari idea untuk breakfast ke atau makan bila2 masa pun boleh.. jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.
Hot Dog ala Amerika
Bahan-Bahan:
4 sausage - di celur/rebus sekejap aje
4 roll bun - boleh gunakan roti hot dog apa2 jenama
daun salad secukupnya
hirisan timun secukupnya
hirisan tomato secukup - saya guna tomato ceri sebab tomato besar xder
sedikit butter untuk sapu dalam roti
sedikit mayonis untuk drizzle atas hot dog
sedikit chili sos untuk drizzle atas hot dog
Cara: Roti roll bun di belah di tengahnya jangan sampai putus, sapu di tengahnya dengan sedikit butter, kukuskan sekejap aje. Susunkan daun salad, tomato dan timun di tengah belahan roti dan letakkan sebatang sausage yang di celur tadi. Drizzle kan dengan mayonis dan chili sos. Sedia untuk di makan. senangkan budak kecik pun boleh buat..jom mkn hot dog kawan2.

Kuih Ketayap @ Kuih Dadar
Assalamualaikum...salam rabu buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang di sayangi. Agak lama juga saya tak bersiaran di dapur alam maya saya ini..sebenarnya agak sibuk juga kesana, kamari, kesitu, kesinun sepanjang minggu lepas. Saya menghadiri 2 majlis undangan perkahwinan satu di Johor Bahru dan satu lagi di seberang Tambak iaitu di Singapura.. seronaknya menghadiri majlis pengantin macam2 dapat makan dan sedap2 belaka pulak tu muahahaha melampaukan saya mana tak montel kebabomkan kawan2...saya pun dah lama tak muatkan entry sebarang majlis di ZLC kan inshaAllah bila ada kelapangan ok. Sementelah sibuk dengan berbagai acara dan taklimat serta mesyuarat so baru hari ini saya dapat mengupdate di blog ini pun yang saya masak pada cuti Jumaat lepas..jom kawan2 kita tengok resepi yang mudah lagi ringkas ini..cumanya kemenjadiannya agak tak berapa menarik sebab agak besor kebabom saya buat xpandai nak buat comel2 tapi x mengapalah yang penting sedap, sebab kulit kuih ketayap nie sangat lembut dan inti dia juga lemak2 manis..memang mabelesss lah uoll..jom kita tengok resepinya. Tolong jangan sakit mata tau sebab lari dari warna yang sepatutnya hijau kuih ketayap nie.. pewarna hijau kehabisan so saya letak jer pewarna kuning macam warna diraja pulakkan..anyway jgn pandang rupa sebab walaupun kurang indah di pandangan tetap sedap bila disantap hihihi..
Kuih Ketayap @ Kuih Dadar Kuning diRaja..
Bahan- Bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
garam sedikit
1 sudu makan minyak masak dan
sedikit pewarna kuning.
Cara : Semua bahan di atas di blender hingga halus panaskan sedikit minyak dlm nonstick pan masukkan sesenduk adunan. bila dah kering permukaan kueh dadar ini angkat dan susun dlm pingan..masukkan 2 sudu inti dan gulung macam kita buat popia.. sedia utk di hidang. resepi inti kelapa di bawah ok.
Untuk Inti Kelapa
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah@gula timbang
1/2 cawan air.
sehelai daun pandan simpulkan (saya xletak sbb xada)
Cara: Semua bahan di masukkan dalam periuk kacau dengan api sederhana hingga kering. sejukkan dahulu sebelum di gunakan.

Thursday, March 5, 2015
Siakap Masam Manis Limau Kasturi..
Salam Khamis untuk semua..hari ini saya nak sharekan resepi masakan yang agak mudah dan ringkas yang selalu dijual di kedai2 makanan seafood thai..so hari ini masak sendiri aje x payah pi makan kat kedai rasanya pun setanding gan yang di masak oleh awe2 siam tu..sebenarnya pada resepi asal saya nak letak sos tomato untuk dapatkan rasa masam pada masakan ini tapi kebetulan stok sos tomato kehabisan jadinya saya tukarkan kepada jus limau kasturi..sama juga datang rasa masamnya dan sedap uolls kita yang buat dia kan... nie sebenarnya tagline orang2 yang suka menderhaka atau meng~inovasi resepikan muahahahaha..panjang pulak la cerita saya ek stop di sini dulu kita terus ke resepi di bawah:
Siakap Masam Manis Limau Kasturi
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap - di bersihkan dan pupuk dengan sedikit garam dan kunyit
2 labu bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris halus
6 batang cili padi hijau - dihiris
4 batang cili padi merah - dihiris
3/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tiram
4 sudu besar jus limau kasturi
1/2 biji nanas - dipotong dadu
1 batang karet - dipotong dadu
1/2 batang timun - dipotong dadu
1 cawan air
Sedikit garam dan gula sebagai perisa
Minyak masak untuk mengoreng ikan dan menumis
Sedikit daun sup sebagai perhiasan
Cara:
1. Mula2 gorengkan ikan siakap yang telah di pupuk dengan garam kunyit sehingga garing angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang putih hiris bersama bawang besar dadu sehingga berbau harum dan layu, masukkan pula halia dan cili padi hiris dan sos cili bersama sos tiram. Balik2kan serta masukkan air diikuti dengan jus limau kasturi.
3. Bila kuah sos masam manis dah mendidih masuk pula karet dadu, nanas dan timun balik2 sebentar.
dan bila dah masak padamkan api. Untuk menghidang letakkan ikan siakap yang telah digoreng dalam pinggan/mangkuk curahkan kuah masam manis di atasnya dan taburkan dengan sedikit daun sup. Hidang bersama nasi panas..
Wednesday, March 4, 2015
Lempeng Kelapa @ Coconut Pancake
Salam Rabu untuk semua...dah sarapan lum..hari ini saya nak sharekan resepi sarapan pagi yang amat mudah dan sedap makanan kampung aje ni iaitu lempeng kelapa yang di makan bersama sambal tumis ikan bilis tapikan...ada tapinya saya dah modenkan sikit lempeng kelapa ini saya jadikan bentuk pancake dan bahan2nya masih kekal sama tepung gandum dan kelapa parut putih sebagai bahan asasnya dan saya letakkan pula baking powder so jadi gebusss la lempeng saya nie. kalau nak dikembalikan pada kejadian asalnya cuma cairkan sedikit adunannya dan x payah masukkan baking powder..jom arr kita tengok resepi yang very the simple nie ok...
Lempeng Kelapa @ Coconut Pancake
Bahan-Bahan:
2 cawan kelapa parut putih
2 cawan tepung gandum
1 camca teh penuh - baking powder
1/2 camca teh garam
2 cawan air
minyak masak untuk lenserkan pada nonstick pan
Sambal tumis bilis secukupnya.
Cara:
Gaulkan kelapa parut bersama tepung gandum, baking powder dan garam sehingga rata, masukkan air sedikit demi sedikit dan di gaul sebati. Panaskan sedikit minyak masak dalam non stick pan dan letak satu senduk adunan lempeng kelapa tadi masak pada api sederhana, bila dah keperangan balikkan. Buat sehingga habis adunan lempeng tadi. Hidangkan panas bersama Sambal tumis ikan bilis.

Monday, March 2, 2015
Kuih Bom Kledek Jingga - very d soft
Assalamualaikum...salam Isnin buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi..hari ini nak kongsikan resepi kuih melayu yang amat mudah dibuat dan di sukai ramai iaitu kuih bom..abisss lah nanti meletopsss semuanya..hahaha..sorry lah uolls gurau2 pulak pepagi hari..x boleh nak bercerita panjang sebab ada keje lain ek...terus ke resepi yer kawan2 saya dapat resepi ini pun dari group RR di FB terima kasihlah sebab sejak join group ini senang nak cari resepi dan idea ada aje..
Kuih Bom Keledek Jingga
Bahan-Bahan:
500 gram keledek warna oren - direbus hingga lembut
1 cawan tepung gandum
1 camca teh garam
secukupnya bijan putih
Minyak masak untuk mengoreng kuih bom
Bahan Inti Kelapa
3 1/2 cawan - kelapa parut putih
1 1/2 cawan - gula merah
1 1/2 cawan - air
Cara:
1. Mula2 sediakan inti - masak kelapa parut bersama gula merah dan air sehingga kering dan sejukkan dahulu (saya buat lebih inti - baki nya boleh disimpan dlm fridge utk buat kueh lain)
2. Untuk sediakan adunan kuih bom. Keledek yang telah direbus empuk di lecek hingga halus, masukkan tepung dan garam serta di gaul sebati.
3. Ambil sekepal adunan sebesar bola pinpong leperkan di tapak tangan dan masukkan pula inti kelapa secukupnya. Tutupkan dan bentuk adunan jadi bebola serta golekkan pada bijan.
4. Goreng dalam minyak terendam sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang..cubalah sangat lembut kuih bom ini. (kalau nak kenyal saya rasa boleh tukarkan tepung gandum gan tepung pulut)..lain kali bleh cuba guna tepung pulut pulak..

![]() |
| inti kelapa in d making |
![]() |
| bawak bekal sikit.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)