Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, March 1, 2015

Umbut Kelapa Masak Lemak Putih Kering..

Satu lagi entry yang ringkas sambungan dari sambal cili padi dan belimbing yang saya masukkan tadi iaitu Umbut Kelapa masak lemak putih kering..oppss kering lah pulak kan sebabnya memang sengaja masak yang kuahnya tak banyak sebab nanti banyak kuahnya banyak pula makan kuah bersantankan..muahaha menjaga sangatlah konon... anyway memang sedap untuk mereka2 yang sukakan masakan kampung seperti saya.. tapi bagi yang x berapa pandai nak makan masakan kampung sorry yer..sebab saya memang tekak melayu n kampung..apa nak buat antarabangsakan tekak nie smua boleh masuk..hahaha..hokey jom tengok resepi sementara masa rehat nie bolehlah nak menaip di blog klau x keje lain sedang menimbun menanti diriku ini..sebelum ini saya penah masak Umbut Kelapa Masak Lemak Putih berkuah kalau nak cari resepi yang tu silalah cari disinun k...

Umbut Kelapa Masak Lemak Putih Kering

Bahan-Bahan:

500 gram umbut kelapa yang dihiris nipis - di rebus dahulu dan toskan
5 ulas bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
6 batang cili padi hijau - ditumbuk halus
2 sudu makan besar ikan bilis - ditumbuk halus
daun kunyit - saya tak ada stok
1 1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa

Cara:

Masukkan umbut kelapa yang telah direbus tadi dalam periuk bersama bahan2 rencah yang ditumbuk bersama dengan air. Bila dah mendidih masukkan pula santan pekat. Masakkan dengan kacau selalu supaya tidak pecah santan dan membuat. Masakkan sekejap lagi sehingga kuah nya yang sedikit tadi menyusut kalau nak kering sedikit boleh juga keringkan. tapi saya biarkan ianya berkuah sedikit sahaja. Perisakan dengan garam dan bagi yang suka boleh letak perisa atau ajinomoto saya tak letak pun sebab lemak santan tu dah terasakan..ek..hihihi..hidangkan bersama nasi panas dan lauk lain yang bersesuaian..




Sambal Cili Padi dan Belimbing Goreng..

Salam ahad untuk semua..hari minggu ada yg berkerja dan ada yang bercutikan..kalau x bekerja tu boleh lah jalan2 ke shoping2 ke atau JJCM kan..oklah hari ini agak ke-busy-an so teruslah ke resepi yang nak saya share kan ini kawan2 yer..saya dapat resepi ini dari group resipi ringkas di fb juga..memang sedap dan memecah selera orang kata.. yang saya masak semalam tengah hari bersama umbut kelapa masak lemak kering.. yang umbut tu nanti saya tuliskan resepinya kemudian ok..terima kasih pada tuan punya resepi asal..

Sambal Cili Padi dan Belimbing Goreng

Bahan-Bahan

15 batang cili padi hijau - ditumbuk kasar
5 batang cili padi merah - ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - dihiris dan tumbuk kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
segemgam ikan bilis - digoreng garing
15 - 20 biji belimbing buluh di belah dua
sedikit gula dan garam secukup rasa..
Sedikit minyak masak untuk menumis

Caranya:

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumiskan cili padi, bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk kasar. Bila dah pecah minyak masukkan sedikit gula dan diikuti dengan belimbing balik2 bila dah sebati semua bahan masukkan pula ikan bilis yang digoreng garing tadi. Perisakan dengan sedikit garam. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk lain..

* Resepi asal gunakan cili merah yang dicampur dengan cili padi tapi saya gunakan cili padi sahaja.

bahan2 yang dah ready utk di masak

mkn tengahari sabtu x keje..simple jer






Thursday, February 26, 2015

Limau Manis Masam Pedas..sedap uolls..


Hai...salam khamis untuk semua...dah nak abis musim raya cina ni ada baki2 limau mandarin dalam peti ais tu apa kata kita buat ala2 jeruk yang rasanya sedap sebab ada manis2 masam masin n pedas. Sebenarnya bila tengok kawan2 kat group resepi ringkas di fb buat saya pun teragak juga nak buat so jadilah limau colek ni cuma dalam resepi asal ada letak belacan tapi saya tak letak pun rasanya memang sedap dan kalau di sejukkan dalam peti sejuk lagi lah sedap tau kawan2 jom cuba..limau..ohh limau macam2 gak boleh buat kan..satu tulis bahannya secara ringkas aje yer x yah resepi2 yang betul ekk,, agak2 kawan2 aje lah sebab saya buat 4 biji so klau nak buat banyak ganda2 kan aje yer..

Bahan-Bahan:

Limau mendarain - 4 biji di kupas kulit dan buang urat2nya
3 batang cili padi hijau - dihiris
1 batang cili padi merah - dihiris
2 sudu gula pasir
1/2 camca teh garam
2-3 sudu teh jus limau kasturi

Cara: Gaulkan semua bahan dan sedia untuk dimakan kalau sejuk dlm fridge lg sedap..

Wednesday, February 25, 2015

Kueh Seri Muka Batik


Sunguh Manis Si Gadis Melayu
Bersopan Santun Nampak Pemalu
Seri Muka Batik Kuih Dahulu
Rasa Sekali Teringat Selalu..

Salam Rabu untuk semua siap berpantun saya pagi ni...seronok rasanya berada di hari rabu sebabnya esok khamis keje 3/4 hari dan jumaat dah cuti..cewahhhh saya nie asik fikir cuti ajekan walhal baru lepas bercuti tahun baru cina dan baru naik bekerja semalam..xperlah kan bila bercuti tu macam2 program boleh di buatkan..cuma rajin dan tak rajin aje.. hari ini pun saya nak sharekan resepi ter-extra rajin la kononnya tapi saya buat 2 minggu lepas memang teringin sangat untuk membuat kuih seri muka batik yang pada pandangan mata saya nie cantik. Jadi keterujaannya lebih maka setelah membelik2 resepi di internet saya sangat berkenan dengan resepi dari blogger terkenal Puan Yati Memories resepi asal boleh tengok disini tqsm yer puan yati saya selalu jugak amik resepi2 puan yati yang memang terkenal n pandai membuat kueh mueh dan masakan yang sedap2. Jadinya saya mohon copypaste aje ok resepinya memang sedap dan cantik.. tapikan..huhuhu ada tapinya yang saya buat nie terlembut sangat kepalanya atau lapisan atasnya sebab saya gunakan tepung jagung sepatutnya guna tepung kastad..hamikkk ko pepandai ganti benda xder..walaupun agak terlembik di atasnya tetap sedap aje rasanya jangan cakaplah lemak manis bersari makan sekali teringat berhari2..muahaha buat lawak pulak saya ek.. jom tengok resepi yang saya copy paste ni..

Seri Muka Batik 

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 400 gm beras pulut
  • 100 gm pulut hitam
  • 300 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 1 sudu besar gula
  • 1sudu kecil garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam beras pulut sekurang2nya 3 jam. Saya guna pulut susu, tak rendam pun takpe.
  2. Sementara itu, rendam juga pulut hitam dlm bekas berasingan selama 3 jam. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk, lalukan di air paip dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu, masukkan pulut putih bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  4. Kukus pulut putih selama 30 minit.
  5. Apabila pulut putih dah masak, masukkan pulut hitam yg di rebus tadi dan gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".Sementara itu buat utk adunan lapisan atas.
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A

  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air (10 helai daun pandan- diblender dengan air.-tapis ketepikan) -saya guna 5 helai aje
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil pandan essence (saya tak der x guna)
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje dlm 3 minit.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.
  4. Bila dah masak angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik.









Tuesday, February 24, 2015

Kikil @ Kulit Lembu Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum..dan salam selasa untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi dah lama rasanya dapur ZLC tak berasapkan.. kerana pada masa cuti tahun baru cina saya bercuti2 Malaysia..ke Pekan Pahang menziarahi bapa saudara dan juga ke Mersing menghadiri jemputan perkahwinan.  Bila dah berjalan2 tu ada aje yang saya beli bila ternampak ada yang berlainan sedikit dan payah di perolehi di tempat sendiri.  Antara yang saya beli di Pasar Tani Mersing adalah Kikil atau kulit lembu yang telah diproses dan saya juga sempat membeli umbut kelapa..rebung segar pun ada tapi yang ini saya tak beli.

Saya sebenarnya memang suka makan masakan minang yang seakan kikil juga yang dipangil tunjang saya tak tahu sama ada ianya benda yang sama atau tak..tapi rasanya  yang kenyal2 dan liut lembut seakan jeli memang sedap di masak ala2 minang atau masak lemak cili padi dan boleh juga dibuat sup mcm sup mamak tu...oleh kerana saya masak separuh aje kali ini resepinya lemak cili padi kikil yang setengah kg lagi tu entahlah nak dimasak apa nanti..jom tengok resepi yang ringkas di bawah:

Kikil @ Kulit Lembu Masak Lemak Cili Padi

Bahan-Bahan:

500 gram - Kulit lembu yang siap diproses di hiris kecil
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
20 batang cili padi - dikisar halus (kalau xkuat pedas kurangkan)
8 ulas bawang merah - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
11/2 inci halia - dikisar halus
1 inci kunyi - dikisar halus
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugor - direndam sebentar
sedikit garam dan sedikit gula (gantikan perisa/aji)

Cara:

1. Masukkan kulit lembu dan santan cair bersama bahan2 yang dikisar halus serta serai ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan biarkan merenih dalam 10-15 minit lagi.
2. Masukkan pula santan pekat kacau selalu supaya santan tak membuak dan pecah minyak masukkan juga asam keping dan garam serta secubit gula. Bila dah masak hindangkan bersama nasi panas.

Tuesday, February 17, 2015

Ayam Kicap Madu - again n again..

Salam Selasa untuk semua..hari ni entry ringkas dan cepat sahaja sebab ada keje2 sebelum bercuti harus dibereskan..so nak share resepi ayam kicap madu yang dibuat untuk makan malam tadi..sedap dan sesuai untuk kanak2 something sweet n caramelize the kid always love this kind of food yg tua pun mcm saya suka hahaha..ok penah dimasukkan dalam blog sebelum ini, masih menggunakan resepi yang sama so i just copy n paste it here ok..babaiiii..


Ayam Kicap Madu..

Bahan-Bahan

1/2 ekor yang sederhana besar - di potong sedang atau kecil (ikut suka) di cuci bersih dan toskan
8 ulas bawang putih - dicincang halus
2 inci halia - diracik halus atau cincang
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos cili
5 sudu makan kicap
2 sudu makan madu
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis, bila minyak dah panas masukkan bawang putih cincang, dan halia tumis sehingga bawang agak layu dan keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan ayam, balik2kan tak perlu masuk air sebab air ayam akan terhasil sendiri terus masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Bila dah dimasukkan sos2 tadi balik2kan sebentar dan kecilkan api serta tutupkan permukaan kuali dengan penutup kuali atau gunakan penutup kukus. Biarkan sebentar dalam 10 minit, ayam akan menjadi empuk.
3. Buka penutup kuali dan balik2kan ayam, masukkan pula madu, jika nak letak garam letak sedikit sahaja sebab semua sos dan kicap dah berperisa. Bila dah masak ayam akan kelihatan berpalut dan likat kehitam kicap..lauk ini memang tak ada kuah sebab kering dan tidak gunakan air.
4. Angkat dan hidangkan ayam kicap madu ini sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi ayam atau diratah begitu sahaja.  Selamat mencuba.

Monday, February 16, 2015

Salad Kentang - Bento @ Bekalan ke Sekolah


Salam  Isnin untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi..minggu nie rasa macam cepat sangat masa berlalukan kawan2 sebab dah nak Tahun Baru Cina pada Khamis nie..mood nak bercuti pun dah mula datang..muahaha bersabarlah yer wahai cik leha kerana banyak kerja2 yang perlu dibereskan..oklah hari ini saya hanya nak sharekan satu lagi resepi mudah yang sesuai di makan bila2 masa tapi saya buat untuk sarapan anak2 buah saya yang nak ke sekolah. Semenjak berjinak2 buat bento atau bekalan untuk Aina dan Sara mereka pun mulalah sering bertanya esok pagi mak jay nak buat sarapan apa.. Sebenarnya mencari idea untuk membuat sarapan yang agak lengkap yang mengandungi protin, karbohidrat, vitamin dan nutrisi makanan yang dipelbagaikan agak sukar juga..

Tapi oleh kerana minat untuk menyediakan sesuatu yang berkhasiat buat bekalan atau bento anak lebih2 lagi yang berwarna warni jadi keterujaannya lebih..alhamdulliah kalau ada masa saya akan kongsikan bento anak2 ke sekolah yer manalah tau boleh memberi sedikit pada ibu2 yang nak sediakan bento bagi anak2 mereka.. Ok jom kita tengok resepi yang pernah saya muatkan DISINI.dan saya pastekan sekali lagi disini ok.

Salad Kentang 

Bahan-Bahan:

5 biji kentang sederhana besar - cuci bersih di potong 2 dan rebus hingga empuk
3 sudu makan  besar mayonis - saya guna jenama kimball
1 camca teh serbuk pati ayam
1/2 camca teh serbuk lada putih (boleh guna serbuk lada hitam tp utk anak2 sya ganti serbuk lada putih)
sedikit garam dan gula untuk perisa.

Cara:

1. Kentang yang direbus empuk di siatkan kulit dan di potong kiub sederhana
2. Masukkan kentang dalam mangkuk bersama mayonis, serbuk pati ayam, serbuk lada putih
garam dan gula secukup rasa, semua bahan di gaul rata. Boleh sejukkan dahulu salad kentang dalam peti sejuk atau boleh di makan tanpa disejukkan.  Hidangkan bersama udang dan sayur pan grill atau ayam panggang atau makan begitu sahaja.  sedapppp..lebih sejuk lebih sedap salad nie kawan2..hihihi.

Bahan Sampingan

Sosej secukupnya - di potong kecil dan dikelar2 sedikit
Sayuran - 1/2 batang karet - dipotong kecil 
sedikit Kobis bung - di potong kecil 
sedikit minyak zaitun

Semua bahan di atas sosej dan sayuran boleh dipan grill guna non stick pan atau masuk dalam oven.
Hidangkan bersama salad kentang . Sesuai untuk dibuat sarapan atau bekalan anak ke sekolah..