Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, August 24, 2015

Avocado @ Alpukat yang sedap di buat jus..

Assalamualaikum semua setelah sekian lama tak bersiaran di alam maya ini saya teringin pulak menjengah dan memang ternyata lah rumah maya saya ini berhabuk2 kerana sudah lama tidak dikunjungi..ok lah kerana banyak juga kekangan antaranya sekarang asik keluar isu tak boleh upload gambar2 berunsur makanan nanti berdosa sebab di khuatiri mengiurkan orang lain yang tak dapat menjamah atau menikmatinya..macam2 pendapat yang di beri setelah perkara ini yang menjadi viral.. Oleh kerana saya juga salah seorang dari yang suka mengambil gambar2 makanan sama ada di post pada fb atau instagram saya maka terkedu jugak lah.. Oleh kerana saya juga sering berkongsi dengan kawan resepi dan pastinya ada gambar di blog saya yang macam biskut chipsmore sekejap ada dan sekejap tak ada makanya saya teruskanlah juga..sebabnya ianya lebih kepada rujukan resepikan..dan tidak bermaksud untuk mengecurkan air liur sapa2..kalau teringin nak rasa air tangan saya inshaAllah mana tau satu hari nanti berpeluang..hehehe..oklah kita stop pasal citer larangan mengupload gambar makanan hari ini saya nak share kan resepi mudah lagi ringkaskan iaitu Jus Avocado yang sangat sedap lemak berkrim..saya kalau ke Indonesia pasti nak order Jus Alpukat terbaikkk tau rasanya..dan berkhasiat pula..

Jus Avocado

Bahan-Bahan:

2 biji buah Avocado - dibelah 2, scope keluar isinya
Air masak secukupnya
Susu Pekat Manis - ikut kemanisan yang kita nak
Ice Cube
Chocolate drizzle untuk menyedapkan lagi jus avocado kita

Cara:

1. Isi buah avocado yang di ceduk dari kulitnya masukkan ke dalam blender bersama
sedikit air dan susu pekat secukupnya. Blender hingga halus
2. Rasa jika perlu tambah air dan susu pekat - (jika guna susu cair campurkan dengan gula pasir sebab buah avocado nie tak manis)
3. Masukkan jus yang diblender ke dalam glass bersama ice cube dan drizzle kan dengan Hersshey chocolate..senang dan sedap..




Thursday, August 13, 2015

Did I Miss You..


I miss blogging...macam tak cukup masa aje kan..huhuhu nanti bila ada masa saya akan update di blog..untuk sementara waktu nie..kita chillex dulu ek kawan2.. cuba tengok musim luruh di gambar atas tu..cantikkan bunga2 warna pink bertaburan di sepanjang perjalanan..macam berangan nak bercuti dan makan angin aje..tapi di mana dan dengan siapa ya.. Macam kena buat wish list nak pi jalan2 dan merehatkan minda ke destinasi yang belum tahu lagi..bersama..dot..dot,,dot..hahaha ada2 aje saya kan ...ok chow dulu..

Tuesday, August 4, 2015

Meehoon Basah Sayuran

Assalamualaikum...salam Isnin buat semua rakan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi..hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua resepi yang mudah lagi ringkas iaitu Meehoon Basah Sayuran..masakan yang agak lengkap sebab banyak sayuran dan ada juga perencah ayam goreng ini bolehlah kita gantikan jika tak mahu makan nasi dan makanan yang agak berat.  Maklum sahaja asyik makan makanan yang pelbagai di musim-musim perayaan menghadiri rumah terbuka jadinya makanan yang ringkas seperti ini sesuai sangat dan agak  mengenyangkan juga..Ok lah kita terus ke resepi seperti di bawah..

Meehoon Basah Sayuran

Bahan-Bahan

1/2 pek meehoon - direndam
1 labu bawang besar - didadu halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 keping isi dada ayam - di potong kecil (saya guna ayam goreng sahaja - dipotong kecil)
10 biji fish ball - di belah dua
2 sudu makan udang kering - direndam dan di tumbuk
2 pohon sawi hijau - di potong
1/2 batang karet - dihiris serong
5-6 kuntum cendawan tiram disiat
Sayuran2 lain yang boleh di tambah - kubis bunga, brokoli dan jagung muda
2 biji tomato segar - dipotong baji wedges
Air secukupnya - angar2 bukan nak jadikan sup
sedikit garam dan juga serbuk ayam pasti sedap maggie atau msg jika gunakan.
sedikit minyak untuk mengoreng dan
Sedikit bawang goreng serta sambal kicap cili api (optional)

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan pula bawabg besar dadu dan bawang putih cincang hingga layu dan berbau harum..Masukkan pula air secukupnya bersama ayam yang dihiris dan fish ball.
2. Bila dah mendidih masukkan karet dan diikuti mee hoon bila dah agak lembut meehoon masukkan pula sayuran2an lain kecuali tomato.  Perisakan dengan garam, lada sulah dan serbuk ayam pasti sedap maggie. Masakkan sehingga meehoon lembut dan sayuran terpulang pada citarasa masing samada nak lembut atau segar.  Mee hoon ini agak basah. sedikit. Akhir sekali masukkan tomato yang di potong baji Wadges dan juga taburkan bawang goreng sebelum dihidangkan.  sesuai di makan bersama sambal kicap cili padi..cubalah sedap,,

Tuesday, July 28, 2015

Petai Masak Santan Dengan Ikan Bilis

Assalamualaikum salam Selasa untuk rakan-rakan dan pengunjung ZLC semua..,masih dalam mood raya ya..hari ini masuk  12 syawal..tentu ramai antara kita dapat undangan ke rumah terbuka..kadang2 sampai 2 hingga 3 rumah yang mengundang dan ada kalanya lebih dari itu kan. Lebih-lebih lagi di hujung minggu ramai yang ambil kesempatan untuk buat rumah terbuka dan mengundang sanak saudara serta rakan taulan untuk meraikan hari raya.

Maklumlah bila duduk di bandar dan di desa juga kadang  tak semua masa kita berada di rumah kalau sibuk bekerja dan macam-macam benda yang nak kita laku so amik satu hari yang sesuai dan buat rumah terbuka.  Saya setakat ini ada juga berziarah raya ke rumah adik beradik dan makcik..rumah terbuka baru sebuah rumah dan ada yang tak sempat saya pergi kerana ada kerja. Hujung minggu ni pun dah ada undangan mula dari hari khamis, jumaat dan sabtu..hari ahad depan pula pejabat saya nak buat potluck raya so makan lagi la aje kerjanya..

Walaubagaimana pun bila kita memenuhi undangan rumah terbuka ini tujuan utamanya ialah untuk bermaafan sempena hari raya dan juga mengeratkan siratulrahim..makan-makan tu jatuh no 2 so makanlah berpada dan sekadar yang kita mampu kalau berlebihan nanti buruk padahnyakan kawan-kawan..peringatan terutamanya buat diri saya sendiri..dan jangan lupa jaga kesihatan di samping banyakkan minum air masak..maklumlah di musim-musim raya ni kita dihidangkan dengan makanan yang berprofil tinggi semuanya bersantan..daging..ayam segalakan..kueh muehnya dan air minuman pun semua manis-manis belaka..jadinya beringat-ingatlah ya..kerana mencegah itu lebih baik dari merawat..

Ok panjang pulak cerita saya tentang rumah terbuka ek..mesti penat kawan2 baca so kita terus lah ke resepi hari ini dah lamakan saya tak masukkan entry. Ini resepi tadi subuh sebab nak bawak bekal sikit ke tempat kerja saya masaklah lauk ni pepagi lagi..kalau dapat lauk petai macam ni dah x yah lauk lain lagi..memang sedap tau kawan2..jom kita tengok resepi mudah di bawah

Petai Masak Santan Dengan Ikan Bilis

Bahan-Bahan:

4 atau 5 papan petai di buang kulit dan bersihkan
1 gemgam ikan bilis bersihkan - di renyah (di tumbuk kasar tak perlu halus)
10 - 12 biji cili padi - ditumbuk kasar (nak pedas sila tambah)
2 labu bawang besar - dihiris nipis (sebahagian di tumbuk kasar)
3 ulas bawang putih - di tumbuk kasar
250 ml pati santan
1 keping asam gelugor di rendam sebentar
sedikit sahaja garam
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Masukkan sedikit minyak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang dan cili padi yang di tumbuk kasar hingga berbau harum dan layu sahaja..
2. Masukkan ikan bilis dan balik2kan masukkan pula pati santan. Kacau selalu jangan pecah santan..
3. Masukkan asam gelugor dan perisakan dengan sedikit garam.
4. Siap masak dan hidangkan dengan nasi putih..sedap cubalah.



Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  Maaf Zahir Batin untuk semua pengunjung blog Zalekha Luvs Cooking walau dimana kalian berada..semoga kehadiran lebaran yang mulia ini kita dapat meraikan dengan insan2 yang kita kasihi..salam sayang dari saya Siti Zalekha binti Sheikh Ismai.



Biskut Dahlia..esok nak raya..


Assalamualaikum..esok nak raya tp sya masih lagi di pejabat jadinya smua yang dibuat bagai x kena..maklumlah semua org sedang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir untuk menyambut hari raya..xmengapalah saya bagi peluang untuk yang naj beraya di kampung halaman masing-masing.  oklah saya tak nak bersedih di hari ini so saya buat la aktiviti pra raya yang boleh di opis seperti memakai inai untuk raya sambil mendengar lagu2 raya..dan sebelum bercuti agak panjang ni saya nak sharekan resepi biskut yang saya buat untuk raya la kononnya..tapi dah nak habispun..muahahaha takperlah makan lah wahai anak2 buahku..sebab sedapkan biskut yang mak jay buat nie..walaupun rupanya tak berapa nak cantik..nanti saya belajar lagi untuk dapatkan bentuk dahlia yang cantik ok..jom la tengok resepi yang saya google alhamdulillah rasanya sedap dan tidak mengecewakan..saya buat 2   jenis bunga  satu saya biarkan warna asal sahaja dan sebahagian lagi saya buat bunga 2 tone ada warna pink di atasnya..caranya cuma letakan sedikit esen pewarna merah pada sebahagian doh dan pacitkan adunan pink di atas sedikit sahaja..


Biskut Dahlia
  
Bahan :
300 g mentega (saya guna buttercup aje)
150 castor sugar
2 kuning telur
 4 sudu makan susu pekat manis 
1 camca teh esen vanilla
250 g tepung gandum *
100 g tepung jagung *
200 g tepung kastard  * (bahan bertanda *  diayak)
Chocolate  chip atau ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan

 Cara :

1.    Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla  dan putar hingga kembang. 
2.    Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. 
3.    Masukkan doh ke dalam acuan biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan chocolate chip. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. 

4.    Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.










Monday, July 13, 2015

Biskut Arab @ Rainbow Ball..apa2 ajer lah..

Assalamualaikum salam Isnin buat semua dah tinggal 3 hari ajer lagi kita nak berayakan..cepatnya kan..kalau anak2 memang tak sabar nak beraya tapi bagi orang dewasa atau orang tua macam kita berat hati nak meninggalkan bulan ramadhan.. oklah hari ini saya x ada idea nak bercerita macam buntu pulak tak tahu nak fikir apa.. so saya terus kongsikan resepi Biskut Arab @ Rainbow Ball ke Kristal Ball atau nama asalnya Biskut Suji yang menggunakan minyak sapi ini yang saya buat hari Jumaat lepas mengunakan sukatan cawan.  Setelah saya meninjau beberapa resepi saya rasa ada yang tak kena aje sebab kebanyakan resepi yang diberi di internet dengan sukatan yang tak tepat bayangkan 1 cawan minyak sapi dengan hanya 2 cawan tepung gandum..mau jadi lembik dan berminyaklah biskut kita nanti so..saya olahkan semula resepinya supaya ianya menjadi biskut yang sedap bila masuk ke mulut melt atau cair di mulut biskut ini sebab rapuh..ok jom tengok resepi yang menggunakan sukatan cawan aje ni..

Biskut Arab
Bahan-Bahan:

1  1/2 cawan minyak sapi
3/4 cawan gula halus
4 1/2 cawan tepung gandum - ayak dan sangai (goreng dalam kuali hingga ringan tak perlu sampai kuning ek) tepung di goreng dahulu supaya dapat tekturs biskut yang lembut dan rapuh
secukupnya gula castor halus untuk salut kuih ini
beberapa titis pewarna  makanan yang digemari (saya guna merah, biru dan satu lagi dibiarkan tanpa pewarna)

Cara:

1. Campurkan gula halus ke dalam tepung dan gaul rata. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan di uli menjadi sebuku doh yang lembut.
2. Bahagikan adunan doh kepada 3 bahagian. Warnakan dengan pewarna makanan yang di gemari gaul sehingga warna sekata. Boleh juga di biarkan putih sahaja biskut ini.
3. Bila dah siap di warnakan ambil secubit setiap warna dan bentuk menjadi bebola guli yang kecil. Susunkan ke dalam dulang pembakar. buat sehingga adunan habis.
4. Panaskan ketuhar terlebih dahulu gunaan suhu 180 darjah. Bakarkan kuih ini selama 20 - 25 minit mengikut kepada kepanasan ketuhar masing-masing. Bila dah masak..keluarkan biskut dari ketuhar sejukkan terlebih dahulu kena hati untuk angkat biskut tolakkan sedikit bawah biskut perlahan2 sebab kuih ini agak fragile dan sensitif sikit. Golekkan ke dalam gula kastor dan masukkan dalam mangkuk kertas kecil. Simpan dalam bekas yang kedap udara.  Selamat mencuba ya..sangat lembut bila di makan.

ni adunan yang di bahagi tiga dan saya warnakan dua bahagian

gentel2kan masuk dalam tray.
ni yang siap di bakar