Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, February 25, 2013

Zikir Tarapi Diri..Hafiz Hamidun

Assalamualaikum...

Salam Isnin buat semua rakan2 dan penjunjung ZLC yang saya kasihi hari ini tiada entry masak2 cuma nak berkongsi dengan anda semua..alunan Zikir dari Hafiz Hamidun yang sungguh menusuk kalbu ini..ok jom kita hayati bersama


Wednesday, February 20, 2013

Kek Coklat Canola...

Assalamualaikum...

Salam rabu untuk semua rakan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking...apakabar kawan2 semua semuga anda semua sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya...saya seperti biasa alhamdulillah sihat seadanya...dan hari nie...bukan hari rabu yang bisu still talkative day for me sambil membuat kerja2..dan ingin mengupdate resepi yang mudah lama2 bila tak di tulis terlupa pulak nanti.

Resepi kek coklat canola ini sebenarnya di adaptasi dari mana saya pun kurang ingat mungkin yang pernah saya prints di internet, sebab saya tanya pada bedah untuk resepi kek coklat yang simple tak perlu gunakan penimbang hanya sukat gunakan cawan sahaja.. tapi rasanya ok tak menghampakan..boleh di bakar dan juga dikukus tapi saya bakar kek ini...alhamdulillah menjadi dan sedap. Non butter kek ini sesuai bagi mereka yang tak makan butter..opss ada ke orang x makan butter? ada kot..hehehe..jom kita tengok resepi mudah di bawah, saya buat pada hari sabtu lepas..

Kek Coklat Canola

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum - diayak*
1 cawan serbuk koko - diayak*
1 camca teh penuh - baking powder di ayak*
1/2 camca teh rata - bicarbonate of soda- diayak*
1 cawan minyak canola (boleh juga guna minyak jagung)
2 biji telur ayam
1 1/2 cawan gula kastor
secubit garam
1 cawan susu segar
1 cawan air suam
1 sudu makan nescafe - ( larutkan nescafe dalam air suam)

Cara::

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C , ayakkan bahan2 bertanda*,   tepung bersama bahan2 penaik baking powder dan bicarbonate of soda, ayak sekali serbuk koko, masukkan sedikit garam, gaul rata dan ketepikan.
2.  Dalam sebuah mangkuk pukulkan telur bersama gula castor - saya guna whisk ajer boleh juga gunakan mixer, pukulkan telur dan gula kastor hingga gula hancur dan sebati. Masukkan minyak canola dan pukul lagi hingga sebati.
3.  Masukkan tepung dan koko yang diayak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar dan bancuhan air nescafe tadi, Gaul sebati sehingga semua tepung dimasukkan dan juga susu dan air nescafe.
4.  Loyang 8x8 di griskan dengan sedikit minyak canola dan taburkan dengan sedikit tepung. Adunan kek ini tidak perlu dialas dengan kertas minyak sebab nanti kertasnya akan bergerak ke tengah kek..dan kek ini juga mudah dikeluarkan.
5.  Masukkan adunan kek ke dalam loyang yang di gris dan di hentakkan beberapa kali supaya kek rata bila di bakar. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 1 jam. Keluarkan kek dan biarkan hingga hilang wap panas baru boleh di keluarkan dari loyang. Potong dan sedia untuk di hidangkan..boleh juga dimakan bersama cream cheese atau yougurt sedapp..sebab kek nie x brapa manis..cubalah..



Monday, February 18, 2013

Roti Naik..again n again..


Assalamualaikum...

Salam Isnin 18 Februari...apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya rindui...wahhh lama betul saya tak menjengah ke blog...huhu..ke-->busy--an melanda tu yang asik ler tertangguh nak masukkan entry..sebenarnya ada gak yang boleh saya kongsikan dengan kawan2 disini tapi nampaknya baru hari ini ada kesempatan untuk menulis di blog..





Ok lah tak boleh nak bercerita panjang di sini sebab ada lagi tugas2 yang perlu disiapkan tapi saya luangkan sedikit masa untuk kawan2 semua k..sebenarnya roti naik nie saya buat pagi ahad..semalam la tu..al kononnya terover rajin...sebenarnya ada permintaan adik saya bedah dah berapa kali kata nak buat roti naik jadi kakak tebabom dia nie pun mula la projek meroti pepagi hari...n alhamdulillah menjadi cantik n gebusss jer u..memang sedap makan panas2 apa lagi saya, bedah, sara pun dok ngap la roti panas2 yang sangat harum baru keluar oven.. jom kita tengok resepi yang saya cnp dari blog saya nie jugak sebab dah beberapa kali buat roti nie seperti di  SINI  ..k kawan2 cuba tauuuu..


ROTI  NAIK

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum - diayak
1 paket yis kering (11gram)
1/2tin susu pekat mnis*
3 sudu makan susu tepung * (yang ini saya tambah)
1 1/2 mug air suam* (kali nie saya guna 3 1/2 cawan air /sebab banyak air bergantung pd jenis mutu tpung yang diguna)
sedikit pewarna kuning* - bahan2 bertanda * dibancuh
 3/4cawan gula pasir
70 gm butter (>< 3 sudu makan)
garam secubit
1/2 cawan minyak masak (saya guna minyak canola)- ini untuk diletak atas doh yg siap digaul
sedikit butter untuk brush atas roti bila roti dah masak..

 Cara:

1. Mula2 buat bancuhan yis dulu dalam mangkuk kecil (Campurkan 2 sudu besar tpg gandum, 1 pket yis dengan 1/2 cwn air suam gaul rata biarkan naik kembang dlm 10 -15minit
2. Dalam mangkuk adunan masukkan tepung gandum, gula, butter garam n bancuhan yis td..
gaulkan dahulu bahan-bahan ini (rub in method jadi mcm breadcrumb)
3.Seterusnya masukkan bancuhan bertanda* gaulkan seperti kita membuat jemput2 sehingga ratal tak perlu diuli kuat2 cukup sekadar doh bergaul sebati.
4. Setelah doh siap diadun..letakkan 1/2 cawan minyak masak di atas doh biar kan lebih kurang 45 hingga 1 jam atau doh naik sekali ganda..
5. Griskan loyang yg sesuai saya guna tray empat segi 8"x8 dapat dalam 3 tray.. Untuk bentukkan roti ambil doh sebesar bola pingpong adunan di bulat2 kan sedikit dan susun dlm loyang rapat2...rehat kan adunan yg dibentuk tadi dalam 20-30 minit
 6. Panaskan oven 180C api atas bawah dan bakar selama 30 minit..dan tambah lagi 10-15 minit api atas bawah..bila dah berwarna kuning cantik keluarkan dari oven teruslah brush gan butter atas roti..selamat mencuba..sedap dimakan panas2  bila dah sejuk pun tetap lembut dan roti ini tahan lama juga 2-3 hari..
Selamat mencuba..

Wednesday, February 13, 2013

Bun Goreng Berinti Mackerel..

Assalamualaikum...







Salam rabu yang ceria..bertemu kita sekali lagi di alam maya nie..apa kabar kawan2 semua..semoga sihat dan ceria2 selalu disamping keluarga tersayang.. ada yang masih bercuti CNY dan pasti ramai juga yang sudah bertugas kembali seperti saya..ekk..ok la tu dah dapat cuti selama 4 hari berehat2 di rumah pasti seronokkan..  Mungkin ada antara kawan2 yang mengambil kesempatan cuti panjang sempena CNY dan anak2 pun cuti sekolah seminggu untuk makan angin bersama anak2 atau bercuti dikampung.. bila musim2 cuti begini lah dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga yang jauh dan dekat..

Cuti CNY baru2 ini adik beradik saya pun dapat berkumpul ramai2 seronok sangat bila dapat bertemu gan kakak2 yang jauh2 tu..sebenarnya masa CNY anak buah saya bertunang so kami semua ke majlis bertunang anak along yang sulung.. cuti yang seterusnya kami menziarahi pusara bonda dan Jemain.. pastu kan,,,ada cerita  sedih sikit nak cerita kat kawan2..semalam kaki saya nie tersimbah la pulak dengan minyak panas..ish3 tak patutkan saya nie..sambil2 memasak tu abis kaki2 saya pun nak di masakkan (kalau masak kaki saya tu kata kawan saya Carol Tan boleh masuk entry di blog - kaki goreng kata dia)..hehehe ada2 ajer. naseb baik la tak apa2 bila dah di sapu colgate pada mulanya n kemudian sapu ubat alhamdulillah ok..saya bimbang jugak takut mengelembung mesti lebih pedih...tapi nampaknya ok..berkat doa kawan2 jugak,,tq tau pada semua yang bertanya kabar dan mendoakan kesembuhan kaki saya..dont worry  kawan2 yer masih boleh berjalan dah pi keje pun hari ini..thanks a million untuk semua yang ambil berat tentang saya..luv u all..muaahh..

Ok nampaknya panjang juga cerita saya di atas..takut boring pulak saper2 yang membaca celoteh ah-kak pada hari ini..jom la kita semak resepi yang ingin saya kongsikan hari ini resepi tertunda saya masak 2 minggu lepas rasanya..best gak tau bun goreng ini ala2 roti sardin tapi saya gunakan mackerel dalam tin sebab saya suka mackerel isinya lebih besar dan padat.. 


Bun Goreng Berinti Mackerel

Bahan-Bahan:

4 keping roti bun burger
2 keping ikan mackerel dalam tin- boleh ambil sedikit kuah tomatonya (jika suka sardin boleh gunakan sardin dalam tin) separuh tin
1 labu bawang besar - didadu halus
6-7 batang cili padi dicincang halus (jika tak suka pedas boleh ganti lada sulah)
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
sedikit garam
2 biji telur - dipukul sedikit
minyak masak untuk mengoreng
Untuk Hiasan
Daun salad secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Sos cili atau sebarang sos kegemaran anda untuk cicah bun (makan gitu ajer pun sedap)

Cara:

1. Roti bun burger di potong 2 setiap satu, lepas itu belah kan tengahnya tetapi jangan sampai putus
2. Mackerel dilenyek dengan garfu, campurkan dengan bawang besar yang didadu halus, cili padi cincang, garam, jus limau kasturi gaul rata.
3. Isikan bun yang dibelah tak putus tadi dengan inti secukupnya atau padat dan ratakan(tekan2 sedikit dengan belakang sudu di permukaannya. Buat sehingga semua 8 keping bun diisi dengan inti.
4. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan setiap keping bun berinti pada telur yang dipukul sedikit, gorengkan dengan api yang sederhana, kedua2 bahagian bun sehingga keperangan dan garing.
5. Angkat dan toskan bun berintin  tadi, susunkan daun salad, timun dan tomato dalam pinggan dan letakkan bun berinti di atasnya..Hidangkan bersama sos cili atau apa2 sos kegemaran anda..sedap dimakan panas2 dah sejuk pun sedappp gak..hehehe.

Selamat mencuba..

Saturday, February 9, 2013

Maggie Tom Yam di kala lapar..

Assalam..n selamat petang..nampaknya dah lama saya tak bersiaran dengan resepi kan..dan hari ini pun resepi mudah ajer anak2 pun boleh memasaknya..ohhh lupa pulak nak bertanya kabar kawan2 semua..apa kabar dan bagi yang bekerja dah mula cuti panjang mulai hari ini hingga hari selasa dan bagi anak2 sekolah pula cuti selama seminggu isnin depan baru naik semula. Tentu seronokkan bagi yang nak berjalan cuti2 Malaysia tu memang sesuai sangat2.. sebenarnya petang ini merupakan New Year Eve bagi mereka yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina..sedang makan besar bersama  keluarga dan sanak saudara..so bagi yang menyambut CNY seperti kawan2 saya Chen Esther, Carol Tan, Diana, Choo Beeteen n semuanya tak kira dimana sahaja anda merayakannya Gong Xi Fa Chai semoga tahun baru ini membawa kebahagian dan mendapat keuntungan yang berlipat ganda ok kawan2..

Ok la macam tak berapa ada idea nak bercerita hari ini..so kita teruslah ke resepi mudah..sebenarnya saya masak maggie nie ntah hari apa minggu lepas..oleh kerana lapar n tekak pula nak makan sesuatu yang masam tapi nak mudah dan ringkas timbulnya idea masak maggie di kala lapar hari tu..jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.


Maggie Tom Yam

Bahan-Bahan:

2 paket mee segera apa2 jenama pun boleh - sebab saya cuma gunakan mee segeranya sahaja x gunakan perencahnya.
1 kiub - Tom Yam (jenama Maggie)
1 labu bawang besar - di belah dua dan hiris
3 sudu makan - jus limau kasturi
5 batang cili padi hijau- di memarkan sedikit (boleh tambah jika nak pedas lagi)
500 ml air
1 cawan - bunga kobis yang dipotong2 kecil
1/2 batang kecil - karet di potong batang mancis
4 batang crabstick - dipotong 3 setiap satu
4 keping nugget ayam tempura - di potong 4 setiap satu
2 keping daun limau purut
sedikit gula (dalam 1 sudu makan)
garam secukup rasa

Cara:

1. Jerangkan air di dalam periuk masukkan cili padi, bawang  besar hiris, kiub tom yam dan bila dah mendidih, masukkan sayuran karet dan bunga kobis.
2. Masukkan pula nugget ayam tempura dan crabstick, masukkan juga daun limau purut, mee segera dan akhir sekali masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Masak hingga maggie lembut dan boleh dihidangkan segera.

* Sedap sesekali makan maggie tom yam yang cukup rasa masam manis dan pedas macam nie memang syokkk..


Gong Xi Fa Chai...

Wishing all my Chinese friends around d world..Happy CNY n may this New Year bring prosperity and joy..

Tuesday, February 5, 2013

Reunion n JJCM..


Salam Selasa dan salam alam maya buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang sudi menjengah ke blog rojak saya ini, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi ke sini.. walaupun hanya kadang2 sahaja saya berpeluang untuk meng-update blog dengan bahan2 yang sangat sempoi ajer al maklum tak berapa rajin memasak dan adakalanya pula saya selitkan cerita2 biasa, jalan-jalan cari makan dan adakalanya saya masukkan lagu2 kegemaran saya dan mereka2 yang suka lagu oldies..so pada hari ini saya nak berkongsi sedikit cerita tentang reunion n jjcm pula..

Hari Ahad yang lepas saya, Nanna, Diana n Lucy berjanji untuk berjumpa setelah 25 tahun tidak berjumpa..bayangkan lamanya kami tidak berjumpa..saya dengan Nana sering kali keluar bersama..almaklum bff ada ajer la girlish talk yang nk di pot pet kan..hehehe..so pada 3 Februari dapat pula berjumpa Diana Angela Bruyns Fernandez dan Lucy Pereira sebenarnya kami nie pun baru di temukan di FB..memanglah seronok sangat dapat melepaskan rindu pada kawan2 lama walaupun cuma berempat sahaja banyak sungguh cerita2 lama dan baru yang kami bualkan...memang sangat2 terujalah..

Kami berjanji bertemu di Jusco Tebrau untuk makan2 lunch di Black Canyon makan Nasi with Tomyam, Sayur Chapcai, Mince Beef masak apa entah with telur mata lembu..sedap juga yang ini n ambil juga satu side dish Thai Fish Cake yang ala2 otak2 goreng..thanks Lucy belanja kita semua..sambil sembang2 mengimbau kenangan masa sekolah dulu hingga la cerita zaman ah-kak2 still young nie..muahahaha perasan la pulakkan..  

Acara perjumpaan kami disambung pula ke rumah Diana di Austin Perdana..rakan kami yang menetap di Cambodia ni memang jarang2 balik ke sini kerana sebelum ini bertahun2 beliau bekerja di Philippines more than 15 years dan sekarang di Cambodia menjadi director badan amal NGO..dan seorang lagi Lucy pun bekerja di bidang yang sama menjadi tenaga pengajar sambil melaku kerja2 amal NGO..aktif betul mereka ini..Lucy akan terbang ke India selama 3 minggu dan seterusnya ke Cambodia, have a safe journey friend...

Duduk bersembang2 tak henti2 sambil tergelak sambil tengok album perkahwinan Diana dengan Argie orang Filipino yg boleh tahan handsome asik tersenyum sahaja..dan sampai la ke waktu makan malam bersambung lagi kami ke lokasi jalan2 cari makan di Medan Selera Kampung Melayu sebab nak makan makanan Malaysia yang dah lama kawan2 nie semua rindukan..jadinya oderlah satay, yong tau foo, tahu bakar, nasi briyani for D n ada otak2 jugak..selesai acara makan2 sambil berbual2 tibalah saat utk pulang ke rumah masing2..u know bila lama x berjumpa kemesraan n kesertonokannya memang sangat2 terasa, hopefully this is the beginning untuk gathering yang akan datang dengan lebih ramai lagi kawan2 yang lain pula walaupun dimana juga kawan2 berada samada di luar negara atau di Malaysia hopefully keep in touch ok..miss all of u..muaahhh..xoxo from ZLC..

Saturday, February 2, 2013

Tahu Sumbat Goreng...

Hai, apakbar semua..sedang buat apa tu kawan ada yang sedang bersarapan yer makan apa la agaknya tu...saya belum breakfast lagi..tapi anak2 buah nie dah makan instants Pizza..Aishah anak sdara saya yang paling besar kat umah ini pagi2 lagi dah masukkan dalam oven 2 pcs of instants Chicken Pizza..dan yang kenit berdua Aina n Sara  suka dapat makan Pizza, tp Iqin x ada di rumah hari ini sebab mengikuti kem motivasi kepimpinan di sekolah..anak2 semua dah kenyang mak2 n aunty nie nak makan apa yer pagi nie..or maybe i should go for something easy n fast to eat apa ekk..k..dah dapat idea bila saya buat nanti saya akan kongsikan ok di sini..

Pagi ini saya cuma nak berkongsi satu jenis hidangan yang mudah boleh dimakan untuk sarapan ke makan tengahari ke bila2 la...Tahu sumbat goreng nie sebenarnya saya pernah terlihat di My Resepi yang dibuat oleh Kak Fida..so kira amik idea dari situ..tq kak Fida sekali lagi saya ambil idea anda tapi bahan sumbat tu saya buat seringkasnya..saya x masak pun sayurannya gunakan yang segar sahaja n i dont put udang kalau sesiapa nak resepi asal kena la menjengah ke My Resepi ok..

Jom kita tengok resepi mudah tapi berkhasiat ini sebab bahan asasnya Tahu dan ada sayuran yang disumbat di dalamnya..sangat ringkas dan mudah untuk membuatnya..


Tahu Sumbat Goreng..

Bahan-Bahannya:

6 keping tahu (Takwa) -
1 cawan - sengkuang yang diparut/hiris batang mancis halus (jullien)
1/2 cawan - karet yang diparut /hiris batang mancis jugak
1 sudu makan sos tiram
1 camca teh serbuk pasti sedap knorr
1 biji telur  ayam - dipukul manja
minyak untuk mengoreng

Untuk Hiasan:
Daun salad secukupnya
Hirisan tomato dan hirisan timun
cili sos untuk cicah tahu sumbat goreng

Cara:

1. Gorengkan dahulu tahu dalam minyak yang sederhana panas, cukup sekadar embal xperlu garing, angkat dan toskan tahu.
2. Potongkan setiap keping tahu kepada 2, ambil pisau dan slit pada bahagian  tengah jangan sampai putus, keluarkan sedikit isi tahu dan boleh di campur pada sayuran sumbatnya.
3. Untuk bahan sumbat tahu, gaulkan kedua2 sengkuang dan karet bersama oyster sos dan serbuk knorr pasti sedap, masukkan sekali isi tahu yang diskop out tadi.
4. Sumbatkan sayuran ke dalam tahu, boleh diisi padat tapi perlahan sebab tahu mudah pecah. Buat sehingga habis kesemua tahu.
5. Untuk goreng tahu panaskan minyak dalam kuali, celupkan setiap keping tahu pada telur yang dipukul manja dan gorenglah dengan api yang sederhana, balik2kan sehingga warnanya golden brown. Angkat dan toskan.
6. Untuk menghidang susunkan daun salad, dan hirirsan timun dan tomato sebagai hiasan dan susunkan tahu goreng sumbat di atasnya, hidangkan bersama sos cili atau apa jua sos kegemaran anda...cubalah sedappp..

Friday, February 1, 2013

Burger Ayam--> salad lebih 1...

Assalamualaikum

Bertemu sekali lagi di awal Februari, tajuk di atas tu macam nak oder burger di stall ajerkan..sebenarnya masa zaman kanak2 saya memang suka beli burger di warung tepi jalan rasanya pada zaman dolu2 tu dah cukup sedapkan sebab mana ada Mc Donald ke Burger King semua...

Wahhh intro ajer dah panjang lebar.. lupa pulak bertanya kabar, apa khabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya rindu..emmm nie main rindu2 nie naper pulak saya nie ek..sebenar bukan rindu apa cuma rindukan kawan sekolah saya yang hampir 25 tahun x berjumpa dan akhirnya kami dipertemukan di facebook..seperti Jacqui Loh, Alice Dass, Chen Esther, Carol Tan, Diana@Angela Bruyns Fernandez, Lucy Prierra, Anita Steven, Lim Peck Kim, Sarala Devi, Patricia Fernandez..n banyak lagi.

Kawan2 yang lain dah  ditemui sebelum ini  juga facebook..jadinya bila dapat trace class mate lama2 nie macam teruja sangat nak berjumpakan..maklum lah setelah habis form 5 di Infant Jesus Convent, Johor Bahru masing2 dah membawa haluan sendiri ada yang menyambung pelajaran di college, university, di mana2 lah di seluruh negara dan tak kurang juga yang berhijrah ke merata dunia ada yg bekerja dan mingikut suami masing2, di USA ada, Canada ada, di Cambodia ada, di Australia ada..di Singapura dan  seluruh dunia lah...miss all of u guy..kalau nak buat reunion sepatah kata one of them memang sangat mahal nk kumpulkan kesemuanyakan..so mana2 ada yang balik ke Malaysia bercuti boleh la ambil kesempatan untuk berjumpa nanti..yg kat jb nie hanya saya n bff saya Nanna yang sentiasa ada di waktu suka duka..thanks Nanna luv u so much..muaahh..xlupa gak ada Nafida, Fatimah, Nur n yang lain2nya..sesungguhnya tanpa kawan2 tentu terasa sepi kan..so thank to all my friend luv u all..xoxo..

Ok panjang lebar pulak cerita saya pasal kawan2 hari ini, so to cut it short terus ke entry masakan yang ringkas yang digemari oleh anak2 sebenarnya sebab ramai orang2 yang dah berumur macam ah-kak nie la x brapa suka tapi sesekali tu boleh la layan bila dah diletakkan salad, timun, tomato, bawang banyak2 gan cili sos..boleh la tu pun makan separuh tak abis...sebenarnya burger yang saya buat 2 hari lepas..nie macam xperlu resepi macam mudah sangat tp letak la juga kot2 ada anak2 or adik2 yang comel di luar sana tu yang tak reti nak buat..opss mulut laser saya nie ngata adik2 xpandai buat burger pulak dorang lagi pandai sekarang pi aje kat Mc D dah boleh menikmati burger tapi kena sediakan fulus..yang ini murah beli bahan mentah kat supermarket..sediakan bahan2 buat dan sedia untuk dingapkan.. jom tengok bahan2 yang diperlukan..

Burger Ayam

Bahan-Bahan:

3 keping - burger ayam (jenama sebarang ramlee ke roslan ke rizal ke xkisah la)
3 keping - roti burger
daun salad secukupnya - saya guna butter head
hirisan timun secukupnya
hirisan tomato secukupnya
hirisan bawang besar secukupnya
tomato sos atau cili sos
dan sos2 tambahan seperti mayonis atau sos lada hitam secukupnya (jika guna)
sedikit minyak jagung / minyak masak untuk pan grill burger.
sedikit butter untuk sapu pada roti.

Cara:

1. Roti burger di belah 2 dan sapu di permukaan yang dibelah dengan butter kedua2 bahagian
Bakar sedikit di atas non stick pan. ketepikan.
2. Panaskan sedikit sahaja minyak jagung di dalam non stick pan dan masak burger di kedua2 belah bahagian sehingga masak,
3. Susunkan roti burger dalam pinggan @ apa2 bekas letakkan sedikit daun salad, timun dan lapikkan dengan burger ayam tadi, susunkan dengan tomato hiris, timun hiris, bawang hiris dan lebih banyak daun salad kalau suka, picitkan sos cili atau apa2 sos kegemaran anda.. Burger segera siap untuk dinikmati..rasanya pehhhh walllaahhh sedap sebab buat sendiri..puas hati..hehehe 

Nota :

Kalau nak perisakan dengan sedikit serbuk kari dan oyster sos pun boleh pada daging burger pun boleh, setelah setengah masak burger ayam tadi taburkan dengan sedikit serbuk kari atau lada sulah dan juga sedikit oyster sos, balik2kan kedua2 bahagian hingga burger masak