Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, April 25, 2013

Berdua Bersatu...


Assalamualaikum...

Salam Khamis...untuk semua kawan2 jom kita dengar lagu yang indah lyric nya ini boleh dijadikan motivasi untuk kita semua...

BERDUA BERSATU

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai

Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas

Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu

Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu

Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar

Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur

Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut

Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Tuesday, April 23, 2013

Kuah Kari Pencicah Mantao Bun..

Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua..hari ini saya nak masukkan satu entry ringkas sahaja iaitu kuah untuk dimakan bersama mantao bun...mungkin ada yang tak tau apa itu mantao bun kan sebenarnya ianya sejenis pau kosong boleh digoreng atau di kukus...so makanan yang selalu di dapati di restoran2 cina mau pun di hotel ini memang menjadi kegemaran saya..ntah la saya nie memang suka makan mantao bun yang dicicah dengan pencicah apa2 ajer lah kari ke bersambal ke..

Kalau pergi makan saya suka juga order mantao bun nie sebab  tak payah makan nasi makan lah bun yang sangat lembut ini dan dicicah gan kari ala indonesia ke kari biasa ke..atau dengan kuah pencecah ala kari yang saya buat ini...jom kita tengok resepi mudah di bawah ok...memang sesuai sebagai pencicah mantao bun sebab ianya agak2 pekat cukup rasa lemak2 pedas..sila lah mencuba yer manatau menepati citarasa anda..saya sebenarnya tak tau nak bagi nama apa kat kuah pencicah nie...sebab guna rempah kari so saya letak ajer nama kuah kari pencicah ok...

Kuah Kari Pencicah...

Bahan-Bahan:

200 gm daging/ayam kisar
200 ml santan pekat - saya guna santan kotak
10 ulas bawang kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
4 sudu makan serbuk kari daging - campurkan dengan sedikit air jadikan pes
2 sudu makan cili blender
air lebih kurang 1 1/2 - 2 cawan
2-3 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor - direndam sebentar
garam secukupnya
dan sedikit minyak untuk menumis

Secukupnya Mantao Bun - digoreng (beli dah siap di supermarket je kalau rajin boleh juga buat pau/donut kosong)

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang dan halia blender dan lada blender, hingga agak garing dan berbau harum. Masukkan pes kari dan tumiskan sehingga pecah minyak.
2.  Masukkan pula daging ayam kisar, boleh juga letak isi ayam yang dihiris kecil. Masukkan pula air dan masak sehingga mendidih, masukkan pula santan pekat.
3. Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masukkan pula daun limau purut dan asam keping yang direndam sebentar. Masukkan pula sedikit garam dan perisa jika suka. Masak sehingga agak memekat sedikit dan padamkan api. Hidangkan bersama mantao bun yang di goreng..sedap makan panas2.

ini lah rupa mantao bun atau pau kosong goreng - tergelap la pulak..hehe

Monday, April 22, 2013

Spagetti Berkuah Tomato & Bebola Ayam..demam Pilihanraya???

Assalamualaikum...

Salam Isnin untuk semua.. dah masuk minggu yang baru 22 April nampaknya tinggal 2 minggu sahaja kita semua akan menjalankan kewajipan sebagai pengundi..Musim2 Pilihanraya umum nie kawan2 sana sini orang sibuk bercerita pasal PRU 13 yang akan diadakan x lama lagi..so bermacam2 cerita politik boleh kita dengar ada yang menyokong parti kerajaan dan tak kurang juga yang menyokong parti pembangkang.  Kalau kat dalam saluran media cetak maupun media elektronik memang saban hari kita tengok cerita politik orang berkempen sana sini..x kurang juga di alam maya kat face book ke laman2 web mau pun blog2 memang tengah hangat la citer pasal PRU.. dengar dari berbagai sumber tapi kita mestilah jadi pengundi yang bijak ok..

Saya tidak mahu cerita berlebih pasal politik takut ada yang marah saya nanti sebab blog saya nie pun blog masak2 sahaja kalau nak baca mengenai politik boleh la ke blog2 politik memang tengah hangat..oleh kerana dah agak lama meninggalkan arena politik lebih dari 14 tahun sebab saya dahulu bekerja dengan seorang ahli Parlimen jadinya saya dah kurang mengkuti perkembangan hanya setakat menjadi permerhati dari jauh kalau tak dulu2 masa nak pilihanraya siang malam saya bertugas di bilik gerakan Bahagian..so sekarang nie jadi petugas SPR sahaja bila hari mengundi sahaja saya bertugas..tu pun di pusat mengundi sekolah saya sendiri SKPT2...ehhh terpanjang pulak yer saya bercerita...kata tadi x mahu cerita pasal politik panjang2..maaf yer kawan2.

Ok berbalik tajuk di atas hari ini saya nak berkongsi dengan kawan2 resepi yang saya masak semalam..jom kita semak resepi di bawah yang dah beberapa kali juga saya masak dan masukkan di blog sebelum ini DISINI dan sini tapi menggunakan daging kisar cuma bezanya kali ini saya gunakan ayam kisar dan juga bebola ayam..
sorry gambar kurang memuaskan sbb guna hp buruk..hehe

Spagetti Berkuah Tomato dan Bebola Ayam

Bahan-Bahan:

1 peket spagetti - rebus hingga masak dan toskan gaulkan dengan 2 sudu makan minyak zaitun
400 gram daging ayam kisar
300 gm bebola ayam  (chicken meatball)
1 batang karet -dipotong batang mancis 
1/2 biji lada capsicum hijau/kuning - di dadu
2 senduk lada blender
12ulas bawang merah -  diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci halia - diblender halus
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 tin @400gm tomato puree  
4 biji tomato segar - di dadu
Air secukupnya >< 1.5 - 2 liter ( ikut banyak kuah yang kita nak tp jgn terlalu cair)
gula pasir secukupnya - saya guna lebih kurang 3 sudu makan
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan taburan:
Daun bawang dan daun sup dihiris halus
Bawang Goreng

Cara:
1. Spagetti di rebus dalam air mendidih lebih kurang 25 minit atau hingga masak tos gaulkan dengan 2 sudu makan minyak zaitun dan ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk anggaran 2 senduk sedang tumiskan bawang besar yang didadu hingga berbau harum dan layu, masukkan cili blender dan bawang blender serta halia. Tumislah sehingga cili agak garing dan naik minyak.
3. Masukkan tomato puree dan gula kacau sebentar dan masukkkan ayam kisar dan diikuti dengan air. Biarkan agak mendidih masukkan bebola ayam dan masukkan sedikit garam rasakan kesesuaian masam manis dan masin kuah ini.
4.Masukkan pula karet yang dipotong batang mancis, capsicum yang didadu dan tomato yang didadu. Masakkan sehingga sebati dan agak sedikit memekat. Padamkan api dan hidangkan bersama Spagetti yang direbus tadi. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang yang dihiris..sedapppp cubalah..

Sunday, April 21, 2013

Puding Roti Kismis...


Assalamualaikum...

Salam Ahad salam hujung minggu buat semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi...apa kabar semuanya...smoga anda sihat dan ceria di samping keluarga tersayang...hari minggu begini kawan2 mesti memasak yang istimewa buat keluarga..atau makan diluar sahaja...xkisah la mana2 kalau rajin masak kalau x rajin makan sahaja di luar... Macam saya hari ini agak ada kerajinan sedikit jadinya memasak lah di rumah...kalau tak saya suka juga JJCM di luar tapi oleh kerana asik berjalan sahaja saban minggu terfikir untuk memasak..

Jadinya pagi2 lagi hari ini saya dah mulakan operasi menyediakan 3 sejenis masakan yang mudah2 sahaja...iaitu Puding Roti Kismis yang pada asalnya ingat nak buat bersama dressing custard sauce atau butterscotch sos tp tak jadi la pulak sebab agak termanis puding saya nie...cukup rasa lemak manisnya makan begitu sahaja pun dah sedap...ewahhh memang sedap rasanya ada lemak2 manis berserta buah kismis yang agak banyak..lain kali kalau buat lagi saya akan kurangkan gulanya jika ingin makan puding roti bersama kuah kastard..ok..utk dua lagi resepi lagi iaitu spagetti bebola ayam dan mantau bun bersama kuah pencicah akan saya masukkan kemudian...jom kita tengok resepi puding roti yang sesuai di buat untuk minum petang, sarapan atau bila2 masa sahaja...

Puding Roti Kismis..

Bahan-Bahan:

6 keping roti putih - di potong size kecil atau disiat2kan
1/2 cawan gula castor
2 biji telur ayam
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla
segemgam @1/2 cawan kismis
2 sudu makan butter di cairkan

Cara

1.  Roti yang di potong kecil di masukkan dalam sebuah mangkuk, masukkan susu cair dan air.
Masukkan sekali gula kastor, telur yang di pukul sedikit dan 1/2 camca teh vanilla. Gaul rata dan masukkan pula kismis dan butter yang dicairkan gaul sekali lagi.
2.  Lenserkan mangkuk pie berukuran 6 inci dengan sedikit butter, masukkan adunan yang telah digaul rata tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 35-40 minit bergantung pada kepanasan oven anda.  Sejukkan dan potong sebelum dihidangkan..sedappp cubalah.

Friday, April 19, 2013

Singgang Ikan Parang..

Salam...nampaknya hari ini 2 kali saya masukkan entry kalau tadi hidangan sup chapchai dengan sambal totok kali satu lagi lauk yang mudah ingin saya kongsikan resepi bersama adik2 dan anak2 buah saya yang gemar makan lauk singgang yang masam2 begini memang laju ajer bila dapat makan berlaukkan singgang pada mereka yang mengemari singgang. Lauk yang lebih popular di sebelah kawasan pantai timur seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang ini sebenarnya amat mudah di masak dan bahan2 tak banyak jadinya tak cerewet lah orang kata nak memasak singgang sebegini cuma rajin gan tidak dan ada yang suka ada juga yang x berapa menggemarinya. Lauk singgang sebenarnya ada bermacam2 versi kalau di sebalah pantai timur sana singgang mereka agak jernih hanya gunakan asam keping dan tidak menggunakan belacan bahan2 lain seperti bawang halia, kunyit cili hidup sama.  Singgang yang saya buat nie agak keruh sebab ada belacan di dalamnya dan juga saya gunakan air asam jawa..jom kita semak resepi mudah...sementelah ada masa ini dapat lah saya menulis kalau x jangan harap..hehehe..

Singgang Ikan Parang..

3 keping ikan parang - di basuh bersih (boleh juga gunakan ikan lain spt kembung)
1 labu bawang besar (size sederhana) di belah dua dan hiris nipis
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihirs halus batang mancis
1/2 inci kunyit hidup - dihiris
2 batang cili merah - dibelah
1 inci belacan
sekepal@ 1/2 cawan asam jawa - perah jadikan air asam jawa dalam  4-5 cawan air
sedikit garam.

Cara:

1. Masukkan air asam jawa dalam periuk masukkan bawang hiris, bawang putih, halia, kunyit dan belacan di hancurkan ke dalam periuk dan jerangkan. Bila dah mendidih masukkan ikan dan cili merah yang dibelah, perasakan dengan garam. jika suka kuah banyak tambahkan sedikit lagi air asam jawa.
2. Masak sehingga ikan masak elok dan kecilkan apinya. bila dah masak padamkan api dan hidangkan bersama nasi panas..Lauk ini masam2 pedas sesuai untuk tekak yang tak berapa selera..sedappp.cubalah.

Sambal Totok dan Sup Chapchai @ Sup TKK...


Assalamualaikum..

Salam Jumaat dan salam alam maya untuk semua teman2 dan pegunjung ZLC...apakabar semuanya semoga anda sentiasa sihat dan ceria2 selalu disamping keluarga tersayamg...dah 2-3 hari saya tak ke udara sebenarnya saya bercuti ada urusan keluarga..jadinya bila tak bekerja tu..tak berpeluang menjengah ke blog..almaklum tak sempat...so petang2 jumaat ini saya menyempatkan diri untuk mengongsikan dengan kawan2 semua hidangan atau masakan yang sangat sinonim dengan tekak kita orang2 melayu iaitu Sambal Totok dan Sup Tahu Kentang Karet jadi saya short form kan jadi sup TKK sebenarnya ada juga yang memanggil sup begini sebagai sup chapchai kerana bahan2 campurannya.  ok tanpa membuang masa saya terus ke resepi mudah dan bagi mereka yang kurang selera nak makan sebab badan rasa kurang enak atau dedar kata orang dolu2 memang sesuai makan nasi panas bersama lauk sebegini..saya masak 2 hari lepas sebenarnya dan nanti bila ada kesempatan saya akan masukkan entry singgang ikan pula yer..yang mudah2 ajer..

Sambal Totok

Bahan-Bahan:

2 gemgam cili padi hijau - >< 3/4 mangkuk tafu fa - buang tangkai tinggal kan 3-4 yg masih bertangkai
2 labu bawang besar - di hiris
1/2 mangkuk ikan bilis - siap dibersihkan buang kepala dan tulang
2 inci belacan
sedikit garam jika perlu - saya tak letak pun belacan gan ikan bilis dah masin
sedikit minyak untuk mengoreng

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan ikan bilis hingga garing dan toskan.
2. Gorengkan pula bawang besar yang dihiris bersama cili padi hijau dan juga belacan, gorengkan hingga bawan agak perang sedikit dan aroma belacan naik. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Tumbukkan bahan2 yang di goreng di atas dalam lesung batu, cili padi bawang besar dan belacan tumbuk tak perlu halus kasar-kasar pun tak apa, masukkan ikan bilis yang di goreng garing dan renyah2kan dalam lesung batu, gaulkan dengan sudu biar rata bahan2 yang kita tumbuk tadi. Salinkan dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas dan lauk pilihan lain seperti sup chapchai..

Sup Chapchai @ Sup TKK

Bahan-Bahan:

2 buku tahu lembut (size besar) di potong 6 atau 8
4 biji kentang - dikupas kulit dan potong 4
1 batang karet - di potong tongkol kecil
secekak suun di rendam hingga lembut - di potong kecil sedikit jika panjang
1 keping tahu kering@ fucuk - di rendam hingga lembut dan potong kecil juga
1 labu bawang besar di dadu halus
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 camca teh serbuk lad sulah
1 1/2 kiub ikan bilis magie
air secukupnya jika hendak kuah sup banyak lebihkan air
garam secukup rasa.

Cara:

1. Masukkan air anggaran 1/2 periuk sedang bersama bawang besar yang diracik halus dan bawang putih cincang, kiub ikan bilis mangie (boleh juga gantikan ikan bilis yang direnyah jika suka) dan serbuk lada sulah.
2. Masak hingga kuah mendidih masukkan kentang dan karet rebus sehingga kedua2 bahan ini empuk masukkan pula tahu lembut  dan juga fucuk yang dipotong2 tadi bersama suun, masak hingga sup mendidih dan bahan2 yang dimasukkan tadi lembut, masukkan juga sedikit garam. biar merenih seketika dan padamkan api.  Hidangkan kalau nak taburkan bawang goreng di atasnya..sesuai dimakan bersama nasi panas bersama lauk pauk pilihan anda yang lain seperti sambal totok atau sambal belacan dan ikan kering atau ikan goreng.


Tuesday, April 16, 2013

Mee Hailam Caca Marba..


Assalamualaikum...

Salam Selasa untuk semua..saya hari ini agak sibuk jugak seperti biasa kesibukan di pejabat memang x pernah abis kan dah selesai satu kerja datang lagi satu kerja lain...kalau dah namanya kerja memang x dapat di elak..kenalah diuruskan juga..sedangkan suri rumah sepenuh masa juga sibuk dengan tugas2 seharian di rumahkan seperti memasak, membasuh mengemas dan bermacam lagi pekerjaan memang dari celik mata hingga la ke waktu tidur kerja kita tak akan pernah abis...oklah kita tinggalkan kesibukan bekerja sementara..sebab hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 semua sejenis masakan mee yang saya masak 2 minggu lepas tak silapnya...baru hari ini nak di masukkan entry..gara2 sibuk lah tu..konon2nyer..hehehe..ok jom kita tengok bahan2 untuk mee hailam yang saya masak ini..dan pastinya ada yang tertanya2 kenapa saya bagi tajuk Mee Hailam Caca Marba tu..sebabnya saya main hemtam masukkan sahaja apa2 sayuran dan rencah yang ada dalam peti sejuk..x tunggu bahan lengkap baru nak. memasak..so jadi lah caca marbanya..anyway sedap jugak habis di makan oleh anak2 buah saya...

Mee Hailam Caca Marba

Bahan-Bahan:

1 peket Mee Kuning - saya guna jenis leper (dicuci dan celurkan dengan air panas toskan)
3 - 4 ekor sotong putih - sederhana besar - dibersihkan dan di hiris gegelang bulat
15 biji bebola ayam@chicken meatball - dipotong dua
(Boleh juga masukkan juga isi ayam, udang dan apa2 perencah yang anda suka)
1/4 biji kobis ungu - di hiris
7-8 keping cendawan tiram - di siat sedikit
1/4 biji lada capsicum merah, kuning, hijau - di potong dadu
1 batang karet - di hiris serong.
(sayur2an lain yang anda gemari boleh masukkan juga)
1 labu bawang besar - didadu halus
5 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 kiub ayam maggie
3-4 sudu makan sos tiram
3-4 sudu makan kicap manis
air secukupnya
3-4 sudu makan tepung jagung bancuh dengan sedikit air
1 butir telur - di kocok sedikit
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang dan bawang besar yang di dadu halus hingga berbau harum dan layu,  Masukkan air, ikut banyaknya kuah yang kita hendak, sos tiram, lada sulah, kicap, serbuk lada sulah dah kiub ayam maggie. Biarkan hingga kuah mendidih.
2. Bila kuah dah mendidih masukkan sotong dan bebola ayam, serta karet.  Bila rencah dan karet agak empuk baru masukkan kubis ungu, capsicum 3 warna dan cendawan. Rasakan kesesuaian rasa kalau perlu tambah garam, dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung kacau sebentar dan masukkan pula sebiji telur yang di kocok sedikit.
3. Kacau2kan kuah dan masak sehingga mendidih dan agak memekat sedikit..Untuk menghidang masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk atau pinggan siramkan kuah mee hailam berserta sayuran dan rencahnya.  Hidangkan panas, boleh juga di makan bersama cili jeruk atau sambal kicap cili padi jika suka.

Monday, April 15, 2013

Cranberry 'n' Lemon Butter Cake


Assalamualaikum...

Salam Isnin 15 April...dah masuk minggu baharu hari ini..apa kabar kawan2 serta pengunjung ZLC yang saya kasihi semua...semoga anda sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga dan teman2 tersayang.  Seperti yang saya janjikan pada kawan2 di fb semalam saya akan masukkan satu entry cake yang saya buat petang semalam...dan alhamdullilah cake yang sangat lembut nie rasa dia tak menghampakan dan sedap kata mereka yang berpeluang merasa seperti anak2 buah saya dan kawan2 di opis termasuklah bos saya...kembang kejap bila org kata kek akak sdappp.. laen kali i buat lagi..ekk kawan2 kira satu motivasi pada diri untuk rajin memasak bila ada yang memuji..boleh x gitu..muahahahaha.
Jom kita semak resepi seperti di bawah:

Cranberry 'n' Lemon Butter Cake

Bahan-Bahan:

250 gram Butter - SCS (atau apa2 butter yang anda suka)
200 gram gula castor
200 gram tepung naik sendiri
4 biji telur ayam - size A
80 gram - cranberry kering
3 sudu makan susu pekat manis
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan - lemon juice
1/2 sudu makan esen lemon

Cara:

1. Putarkan butter dan castor sugar hingga kembang dan ringgan. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga adunan gebu dan putih masukkan juga susu pekat manis dan putar lagi pada kelajuan sederhana.
2. Tepung naik sendiri di ayak, masukkan cranberry kering di dalam nya gaulkan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter serta di gaul perlahan berselang seli dengan susu segar, akhir sekali masukkan jus lemon berserta esen lemon dan gaul rata adunan kek.
4. Letakkan ke adunan dalam acuan kek berukuran 8 x 8 yang di alas dengan kertas minyak dan digriskan sedikit dengan butter. Hentakkan acuan kek 3-4 supaya kek rata. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C selama 45 atau mengikut tahap kepanasan oven anda.
5. Sejukkan dulu kek sebelum dikeluarkan dan dipotong.  Selamat mencuba...

Sunday, April 14, 2013

JJCM Di Sungai Danga..

Assalamualaikum...

Salam Ahad untuk teman2 semua dan tak lupa juga untuk pengunjung ZLC yang dihormati...hari hujung minggu begini pasti ramai antara kita bersantai2 sahaja dirumah atau ada juga yang berlibur yer...mungkin ada jugak yang tak masak dan makan diluar...sesekali melayan tekak makan di luar memang best tau kawan2.. hari ini saya bersama CH saya  nak ajak anda semua menjamu mata apa yang kami makan tengah hari tadi dh pernah ke sini sebelum ini sebenarnya kami..kiranya JJCM kali ini tempat pilihan kami adalah restoran makanan laut asli yang terletak di Sungai Temon, Danga Johor Bahru...restoran yang terletak atas jeti yang dikelilingi dengan rumah2 rakit, kelong dan tempat2 orang menternak kupang di laut begitu menarik perhatian bagi sesiapa yang suka suasana laut yg mendamaikan..makan kat sini pun boleh tahan sedap dan segar...hari ini kami oder Ketam Cili, Baby Sotong Goreng, Kangkung Bawang Putih n Nasi Goreng..makan sambil ditiup sang bayu memang amat menyeronokkan..dan dah makan kekenyangan..brupppp hehehe..ok jom layan gambar ajer ok kualiti gambar kurang memuaskan saya ambil guna hp chap ayam saya ajer..muahaha..

pemandangan keliling tmpat mkn rumah2 rakit n jeti
Ketam cili mmg sedappp..mkn berdua..abis..
che abg sdg mnikmati fried baby sotong..




Friday, April 12, 2013

Mamee Kari Berapi Lemak

Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua teman2 yang di kasihi dan juga buat pengunjung2 ZLC yang saya hormati sekelian..apa kabar semuanya semoga anda semua sihat dan dibawah lindungan yang maha Esa..hari ini agak busy dengan kerja2 yang urgent dan tak urgent tp alhamdulillah dapat dibereskan.  Lega rasanya bila dapat menyiapkan segala tugasan mengikut dateline.. ok lah x mau berceloteh mengenai kerja..hari ini nak kongsi kan dengan anda sarapan saya pagi tadi..saya pun pelik kenapa pulak saya menjadi rajin 2..3 hari ini pagi2 lagi dah buat sarapan...apa kah..kemenjadian ku begitu..muahahaha..xder apa2lah sebenarnya kalau sempat memang saya suka buat sarapan di rumah lebih menepati citarasa orang kata lebih sedap makan makanan yang dimasak sendiri..hohoho....perasan la pulak che leha nie yer...k jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Mamee Kari Berapi Power yang lemak2 pedas memang power u...mabelesss untuk pengemar2 mee segera jom kita main masak2 ok..

Mamee Kari Berapi Lemak

Bahan-bahan:

2 paket mee segera - Mamee Kari Berapi
3 1/2 cawan air
1/2 cawan santan
1 labu bawang besar - di belah dua dan hiris
6-7 batang cili padi
1/2 batang lobak merah - dipotong batang mancis
8 biji chicken meatball - dipotong 2
4 keping tofu pok - dipotong 2

Cara:

1. Masukkan air dalam periuk, masak sehingga air mendidih masukkan perencah mamee kari berapi, bawang besar yang dihiris, karet, chicken meatball cili padi dan mee segera.
2. Bila mee segera dah masak baru dimasukkan santan, kacau kan sedikit dan masukkan pula tahu pok. Bila dah masak padamkan api dan hidangkan panas2...sedappp u pedas dan lemak2 gitu..jangan lupa gigit sekali cili api bila makan baru la terasa meletopss..


Thursday, April 11, 2013

Sotong Goreng Dengan Sayuran..

Assalam...

Bertemu sekali lagi hari ini, mesti ada yang tertanya2 kenapa pulak saya bersiaran di waktu malam kerana sudah agak lama boleh dikatakan berbulan2 juga saya tak online di waktu malam tp hari ini pecah tradisi pulak yer...sebenarnya saya dah lama  x ke udara di waktu malam sebab lappy saya yang lama rosak..ini gunakan notebook baru yang saya dapat..Alhamdulillah ada rezki dapat Notebook 1 Malaysia, walaupun agak kecik keyboard untuk menaip ini di bandingkan dengan jari jemari saya yang montok2 nie..hehehe ada akak kesah montok ke tombak serai ke yang pentingnya saya dapat jugalah untuk masukkan entry bila ada kelapangan...

Kalau tadi petang saya masukkan N3 nasi lemak kismis malam ini saya nak kongsikan pulak resipi lauk sampingan yang saya hidangkan bersama Nasi Lemak Kismis iaitu Sotong Goreng dengan Sayuran, jadinya ada pelengkapnya ada nasi ada sambal tumis bilis ada sotong goreng bersayur..jadilah kan kalau nak meriah lagi boleh juga di tambah dengan ayam goreng berempah ke Udang Butter ke pehhhh dah melebih2 pulak saya ekk...ok lah tanpa membuang masa gan celoteh saya jom kita tengok resepi mudah di bawah kalau makan gan nasi putih juga sesuai lauk sebegini..

Sotong Goreng Dengan Sayuran

Bahan-Bahannya:

4 ekor sotong sederhana besar - dibersihkan belah dan kelar2 bahagian dalamnya serta dipotong kecil
1 batang karet - dihiris batang mancis
1/3 bahagian lada capsicum merah, hijau dan kuning, di hiris memanjang
1 labu bawang besar di belah dua dan hiris kasar sedikit
4 ulas bawang merah  hiris halus
4 ulas bawang putih hiris halus
6-7 batang cili padi di hiris halus
2 sudu makan sos tiram
sedikit garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang merah hiris, bawang putih hiris dan cili padi yang dihiris halus sehingga layu dan berbau harum, masukkan sos tiram balikan dan masukkan sotong, saya x masukkan air sebab sotong keluar air sendiri balik2kan.
2. Bila sotong agak 1/2 masak masukkan karet, diikuti lada banggala merah, hijau kuning. masukkan sekali bawang besar yang dihiris kasar tadi.
3. Balik2kan dan bila sotong dan sayuran agak layu sedikit masukkan garam, dan goreng sebentar sahaja lagi..sotong tak perlu dimasak lama2 nanti akan menjadi liat. Padamkan api boleh dihidangkan panas bersama nasi lemak kuning atau nasi putih biasa, makan gitu sahaja pun sedap...selamat mencuba.

Nasi Lemak Kismis..

Assalamualaikum...

Salam Khamis untuk semua pengunjung dan rakan2 yang saya kasihi..tengah buat apa agaknya kawan petang2 begini...ada yang sedang menikmati minuman petang yer..saya sebenarnya baru lepas lunch merangkap minum petang bersama adik sdara saya cikgu su..jauh sikit u ke Burger King di Highway Tmn U..dah lama tak pekena burger grilled chicken yang sedappp..kentang goreng, tropicana manggo n peach juice n yang paling best ada Hershey Pie..wallahhhh memang sedapppp hahahaha pasal yg mengemukkan semuanya memang sedap ajer di tekak saya..

Ok lah citer pasal makan lak..sebenarnya hari ini saya nak kongsikan resepi Nasi Lemak Kismis yang saya buat pagi semalam untuk breakfast merangkap makan tenghari bawak ke malam..hahaha melampau la pulak ek sampai ke malam sebabnya saya masak 4 pot tapi kat rumah saya kan rakyat jelata telah berkurangan jd ahli makan x ada tu yang kena beringat lain kali tak boleh lah nak dimasak lebih cukuplah sekadar 2 pot sahaja..jom kita tengok resepi Nasi Lemak Kismis yang berwarna kuning diraja ini dan ada juga lauk sampingannya sambal tumis ikan bilis, dan sotong goreng sayuran dan timun..ayam goreng x der..Jom semak resepi di bawah. Resepi sotong goreng sayuran saya akan masukkan kemudian ok..

Nasi Lemak Kismis

Bahan-Bahan

4 cawan beras basmathi - saya guna Basmathi India Gate (cuci dan rendam 1/2 jam)
2 cawan santan
5 cawan air
8 ulas bawang merah - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - hiris batang mancis halus
1/2 cawan kismis kuning
beberapa titik essen kuning
sedikit garam.

Cara:

1.  Beras basmathi yang direndam 1/2 jam di toskan dan di masukkan dalam rice cooker, bersama bawang hiris, santan dan air, kismis dan juga esen kuning dan sedikit garam.
2. Masak sehingga nasi tanak, biarkan nasi kering dan balik2kan supaya nasi bergaul rata, biarkan keep warm.  Jika menggunakan periuk biasa masak seperti biasa kita memasak nasi lemak.  Hidangkan bersama lauk pauk bersesuaian, sambal tumis ikan bilis, kalau ada ayam goreng berempah pun sedap dan juga hirisan timun. Kali ini saya sajikan nasi lemak kismis bersama sotong goreng sayuran.
Sedap mencuba.

Sambal Tumis Bilis

Bahan-bahannya:
1 mangkuk -(mangkuk tafufa) lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci belacan
segemgam@1/2 cawan ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)
1 sudu teh garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
2. Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan diikuti dengan jus asam jawa.
4. Masak sehingga sambal tumis  masak dan naik minyak cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama Hidangkan bersama nasi lemak.




 

 

Kehilangan


Lagu yang sungguh menusuk jiwa dan sanubari..jom layan

Kehilangan

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

Wednesday, April 10, 2013

Ikan Keli Goreng Sambal Berkantan..

Assalamualaikum..

Apakabar kawan2 semua semoga anda semua dan pengunjung ZLC sihat hendaknya hari ini saya agak banyak kerja di pejabat tapi menyempat jugak nak masukkan entry almaklum ada 2-3 masakan yang boleh saya masukkan tapi semuanya yang ringkas dan mudah2 ajer...Ikan keli nie lauk yang dimasak sabtu lepas masa saya buat solok lada tu..Jom kita tengok resepinya...

Ikan Keli Goreng Sambal Berkantan

Bahan-Bahan

1 kg ikan keli - di bersihkan dan lumur garam kunyit serta digoreng.
3 senduk nasi - cili blender halus* (guna cili kering)
8 ulas bawang merah - blender halus*
3 ulas bawang putih - blender halus*
1 inci belacan - blender halus*
secukup air untuk blender bahan2 bertanda*
1 labu bawang besar - di belah dua dan hiris
1 bunga kantan di hiris halus
1/2 cawan air asam jawa
3-4 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang besar yang dihiris tumis anggar layu dan berbau harum masukkan bahan2 yang bertanda* yang diblender halus. Tumiskan sehingga pecah minyak dan agak garing.
2. Masukkan gula pasirbalik2kan masukkan juga bunga kantan yang dihiris halus, masukkan air asam jawa, Masak hingga sambal mendidih masukkan ikan keli yang digoreng dengan garam kunyit tadi, dan akhir sekali perasakan dengan sedikit garam.  Rasakan kesesuaian rasanya jika perlu tambah apa2 garam ke gula ke asam ke..padamkan api hidangkan bersama nasi putih...

Tuesday, April 9, 2013

Solok Lada

Assalamualaikum..

Salam sejahtera salam Selasa buat semua hari ini nak masukkan satu entry yang ringkas sejenis masakan yang berasal dari pantai timur, iaitu Solok Lada rasanya saya pernah masukkan resepi solok dulu2 masa saya buat nasi kerabu di SINI. .saya memang suka makan solok lada nie dan bila ke pasar malam selalu juga beli solok lada bersama Nasi Kerabu.  Oleh kerana dah lama tak ke pasar malam tekak ini teringin jugak nak makan solok lada tapi yang di buat sendiri dan kebetulan masa saya ke Jusco bersama CH saya hari itu saya ternampak lada solok yang agak panjang berwarna hijau muda, apa lagi teruslah terbayangkan keenakkan solok kalau dimasak sendiri..so hari sabtu lepas saya pun buat solok yang sedap di tekak saya..muahahaha sukahati jer ekk sendiri masak sendiri angkat bakul sendirikan..

Solok Lada

Bahan-Bahan:

15 batang lada solok - di bersihkan belah di bahagian tengahnya dan buang sedikit bijinya (hati2 sebab mudah pecah lada nie)
4 ekor ikan kembung - bersihkan ambil isinya sahaja  - ditumbuk halus
1 1/2 cawan kelapa parut putih - ditumbuk halus
6 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada hitam - ditumbuk halus
1/2 inci halia - ditumbuk halus
sedikit gula dan garam secukup rasa
1 1/2 cawan santan untuk merebus solok

Cara:

1. Gaulkan kelapa parut yang ditumbuk, bersama isi ikan kembung yang di tumbuk, bawang, halia, lada hitam, gula dan garam. Gaulkan rata.
2. Sumbatkan isi ikan dan kelapa yang bergaul tadi ke dalam lada dengan padat dan kemaskan supaya tidak mudah terburai bila di rebus. buatkan sehingga semua lada diisi padat.
3.  Susunkan lada yang telah di sumbat isi ke dalam periuk, siramkan  santan yang digaul dengan sedikit sahaja garam ke atas lada sumbat, masak di atas api sederhana, sehingga lada dan isinya masak  Padamkan api hidangkan bersama nasi putih atau sesuai dimakan bersama nasi kerabu.

Monday, April 8, 2013

Mee Bandung~~Segera Mak Pon


Assalamualaikum, salam Isnin buat teman2 semua dan pengunjung ZLC, bertemu kembali di permulaan minggu kedua April..apa kbar anda semua...semoga sentiasa sihat di samping menjalankan tugas2 seharian tak kiralah sama ada yang bertugas di rumah atau di pejabat atau dimana sahaja. 





Sekarang ini nampaknya memang musim orang tak berapa sihat sebab di pejabat saya ini ada juga rakan2 yang batuk2 dan selsema..mungkin perubahan cuaca sekejap hujan sekejap panaskan.. kenalah lebih berhati2 di dalam menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga kena banyak minyak air masak atau mineral..sebab kalau dah kena penyakit2 yang mungkin kita nampak ringan sahaja tapi sukar untuk pulih segera kadang2 mengambil masa yang lama..misalnya bila kita batuk atau selsema kadang2 tak cukup seminggu nak baik 2 - 3 minggu baru lah beransur pulih dan reda itu pun dah berbotol2 ubat batuk kita telan..itu pengalaman saya dan juga rakan2 lain.


Mungkin ada juga di kalangan rakan2 yang antibodi sangat kuat makan ubat 2 - 3 kali dah terus pulih.. x kisah lah bila kita di beri sakit sebenarnya sebahagian dari kifarah dosa  Allah nak mengampunkan sebahagian dari dosa2 kita. Jadinya bersabarlah bila kita di uji dengan sedikit dari ujian Allah kerana ada orang lain yang mendapat ujian yang lebih hebat dari kita..peringatan untuk diri saya sendiri supaya bersabar bila di beri ujian kerana Allah memberi ujian pada yang mampu dan menyangi kita.  Sebagai hambanya berbanyaklah berdoa dan memohon keampunan dari Allah..Maaflah kawan2 terpanjang pulak motivasi saya hari ini bukan bertujuan untuk memperingatkan sesiapa hanya ingatan untuk diri sendiri yang sentiasa alpa dan leka..

Ok lah saya hentikan cerita mengemai batuk dan selsema setakat ini sebab nak kongsikan dengan rakan2 semua resepi segera atau instant yang mengunakan perencah Mee Bandung Mak Pun yang sangat terkenal dari muar..Mee Bandung ini sebenarnya dimasak oleh kawan pejabat saya iaitu Kak Marie minggu lepas menggunakan perencah mee bandung segera jenama Mak Pon yang di bawa oleh boss kami..saya dan bedah pun kalau masak dirumah selalu gunakan perencah mee bandung Mak Pon sebab memang sedap rencahnya menepati citarasa kami, cukup pedasnya, cukup terasa keenakan mee bandung yang ada rasa udang keringnya dan yang lebih utama ianya sangat mudah..x mau bercerita lebih panjang saya tulis bahan2 yang diperlukan untuk membuat mee bandung ini ok..

Mee Bandung - Segera

Mee Kuning secukupnya - di celur dengan air panas dan toskan
Sayur sawi secukupnya - di potong2 cuci bersih dan toskan
1/2 peket perencah Mee Bandung Muar - Jenama Mak Pon
500 gram - daging batang pinang/ daging lembut - dihiris nipis rebus empuk, air rebusan digunakan untuk masak kuah mee bandung.
- Boleh juga tambah apa2 perencah yang digemari seperi udang, sotong, isi ayam.dan sebagainya
Beberapa butir telur ayam
Bawang Goreng secukupnya.

Cara:

1. Rebuskan daging batang pinang yang dihiris nipis hingga empuk air merebus daging angaran menutupi paras daging, bila daging sudah empuk masukkan perencah mee bandung segera jenama Mak Pon,
2.Masaklah sehingga kuah dan daging mesra dan agak memekat sedikit, jika air rebusan daging agak kurang
boleh masukkan sedikit lagi air, kuah mee bandung perlu sederhana pekat dan tidak terlalu cair, masukkan sekali sayur sawi yang telah dipotong. Rasakan kesuaian rasa kuah mee bandung tapi perencah mee bandung mak pon dah bergaram selalunya tak perlu tambah apa2. Padamkan api
3. Bila hendak menghidang barulah di panaskan sebentar kuah mee bandung ini dan pecahkan teluar satu persatu. Hidangkan dengan cara letakkan sedikit mee kuning yang dicelur ke dalam pinggan atau mangkuk, siramkan kuah mee bandung berserta perencahnya sama ada daging, udang atau sotong atau apa2 yang digunakan. bersama sayur sawi, dan sebiji telur serta taburkan dengan bawang goreng dan hidangkan panas. 
Selamat mencuba..

Friday, April 5, 2013

Bingka Jagung @ Kueh Bakar Jagung..

Assalamualaikum...

Salam pagi Jumaat yang penuh barakah untuk semua teman2 dan pengunjung2 ZLC yang saya kasihi dan hormati sekelian, sepertimana yang saya janjikan semalam pagi ini saya nak berkongsi sejenis resepi kueh bakar jagung atau ada yang pangil bingka yang agak mudah pembuatannya dan saya bakar menggunakan kuali pemanggang ajaib i-ikan..wahhh mesti ada yang tak percayakan kuali atau pemanggang ajaib nie memang ajaib bukan sahaja kita boleh bakar ikan atau ayam tapi boleh buat kueh jugak...

Sebenarnya beberapa minggu lepas saya ada terperasan sifu masakkan yang terkenal.. sapa lagi kalau bukan Che Mat Gebu di DTS ada buat Bingka Pandan Durian menggunakan pemanggang ajaib nie..tp mana lah ada stok durian maka saya pun tengok bahan2 yang ada saya ubah suai maka terhasillah bingka jagung yang lembut dan sedap ini...so terima kasih banyak2 pd CM yang memberi idea membuat bingka dalam kuali pemanggang yang sungguh ajaib ini..jom kita tengok resepi yang mudah dan lembut sahaja bila dimakan..cuma saya potong semasa bingka ini agak panas so dia x brapa cantik potongannya mungkin bila tunggu betul2 sejuk baru molek..anyway sedap u dan yang ini saya gunakan susu cair sebab saya xbrapa nak makan santan kan so..bleh sajer nak ubah2 dia..

Bingka Jagung..

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 butir telur ayam - gred A
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan jagung dalam tin cream style
beberapa titik pewarna makanan kuning
2 sudu makan butter - dicairkan.

Cara:

1. Mula-mula panaskan pemanggang ajaib i-ikan selama 5 minit dengan api yang kecil
2. Blenderkan tepung gandum bersama, susu cair, air, gula dan telur sehingga halus.
3. Masukkan beberapa titis pewarna kuning dan juga jagung cream style ke dalam adunan bersama butter yang dicairkan, gaul rata adunan kueh.
4. Masukkan adunan bingka jagung ke dalam pemanggang ajaib yang telah di panaskan. Masak selama 20 minit pertama mengguna apa yang kecil dan terbalikkan pemanggang untuk 20 minit seterusnya so bakar / panggang selama 40 minit untuk kedua2 belah.
5. Sejukkan bingka terlebih dahulu sebelum dipotong, kueh ini sangat lembut dan sedap...cubalah..

Thursday, April 4, 2013

Tarian Gelek @ Belly Dance~~oppss..

Assalam, apa kabar kawan2 semua semoga anda semua sihat yer hari ini..saya dah beransur pulih alhamdulillah..dah boleh lah mulakan latihan belly dance..oppss apa ke halnya ekk..bila masa pulak saya dah masuk kelas tarian gelek nie habislah perottt ku yg muncit ini bergoyang2 nak bergelek tarian arab...muahahaha..dasat2 kan..dengan pakaian yang adoyaiiiiii sikit la punya seksi...sila jangan bayangkan bagaimana rupa jika saya berpakaian seperti seorang belly dancer dari timur tengah yer kawan2...haru ajer kah..kah..kah...memang tak masuk di akal kan..apa pulak yang saya merapu nie eks.. sebenarnya saya nak bercerita sedikit berkenaan jamuan teh tinggi...hi-tea  yang saya hadiri pada hari sabtu lepas..
perempuan2 arab dr melaya...hehehe..

Sebenarnya bila di pelawa oleh SIL saya untuk hadiri Belly Dance Hi-Tea di New York Hotel Johor Bahru..saya pun terus lah setuju..sambil menjamu selera makan2 dapat menyaksikan tarian gelek arab yang sangat terkenal dengan gelek yang berpusing2 ligat dengan pakaian yang berwarna warni dan agak seksi..kalau tak seksi tidak pula dipanggil tarian perut kan..ada2 ajer saya nie ekk..sebenarnya dah lama juga saya tidak menghadiri Majlis Hi Tea kalau dulu ada juga majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Wanita Arab Johor iaitu Al-Rabitah al-Arabiah yang saya turut serta. Saya pergi bersama akak ipar saya anak buah dan wanita2 arab yang lain yang datang dari serata Johor Bahru, dari Singapura pun ada dan juga dari KL..acara yang sangat santai menyajikan tarian gelek arab dari The Arabesque Group memang sangat hangat xyah dh nk pi ke Dubai, Mesir, Jordan atau negara2 arab yang lain sebab penari2 yang buat persembahan bersahaja terang sekejap biji mata..hehehe dan nasib baik lah yang datang ke hi-tea nie wanita2 belaka dan bila ada persembahan adik2 waiter yang serve kat ballroom di suruh mengalihkan pandangan..boleh gitu..hehehe.
nda kamariah with jah..

Anyway sangat enjoy sebabnya makanan yang dihidangkan sedap2 belaka dan yang pentingnya saya dapat hadiah lucky draw..dapat set mandian dari Body Shop..terjerit sekejap bila no saya di sebut..bertuah gak saya kan..alhamdullilah..sempat juga saya mengambil beberapa keping foto untuk kenangan di majlis tu bersama yang semeja gan saya dan jugak salah seorang yang di pilih best dress tak silap saya BoBo nama si manis berbangsa tionghua..yang mengenakan pakaian penari gelek bersama rakan2nya. Nak ambil gambar penari2 gelek sedang bergelek agak jauh sebab meja yang saya duduk akak belakang so jom layan beberapa keping gambar yang smpat saya snap ok...tp akak tetap sopan gan baju kurung gitu..maybe next time boleh try pakaian belly dancer...ohhhh tidak..ok lah panjang sudah saya merapu nie sampai di sini dulu cerita santai saya kali nie..kalau ada kesempatan esok2 saya nak masukkan entry bingka@bakar jagung yang saya buat tadi pagi ok..muahhhh salam sayang dari saya Zalekha Luvs Cooking.
mak j n hajar
me n bobo
bobo n frenz
lucky draw...akak dpt body shop set u..
mkn..bleh than sedapp..
akak..
apa lak msuk big apple donut nie akak gan ch akak mkn kat jusco..opss.

Wednesday, April 3, 2013

Sup Cendawan--sendiri buat..

Assalamualaikum..

Salam Rabu 3 April 2013...apa kabar kawan2 semua dan pengunjung2 ZLC semoga anda semua sihat dan sentiasa di bawah lindungan dan hidayah Allah hendak..saya kurang sihat..masih demam batuk2, selsema dan sakit tekak dari hari petang Ahad hinggalah ke hari ini tapi hanya sehari sahaja saya bercuti iaitu pada Isnin lepas..maklumlah banyak kerja2 di pejabat kalau asik bercuti maka bertambah menimbun2 lah kerja saya.. Jadinya saya terus gagahkan diri walau masih kurang sihat tapi tetap bekerja.

Sebenarnya setelah lama tidak bersiaran di alam maya add 2 entry yang ingin saya masukkan iaitu cerita mengenai Jamuan Hi-Tea Tarian Gelek @ Belly Dance..emmm biar suspen dulu ok yang saya hadiri pada sabtu lepas..hari ini saya cuma nak kongsikan resepi mudah sup cendawan yang biasa kita makan di Pizza Hut tu tapi yang ini dimasak sendiri.. sebab anak2 buah saya memang suka makan sup cendawan ini so masa dorang ada saya masaklah seperiuk makanlah beramai2 bersama roti peranchis yang dicicah@celup dengan mushroom soup nie ada gak lasagna yang dibuat oleh anak buah saya Briza jauh datangnya dari KL u..biru mata hitamku sekejap sebab bekpes ala omputih..hehehe..

Ok tak boleh nk bersembang panjang2 sebab ada lagi kerja2 yang perlu saya bereskan..jom kita tengok resepi sup cendewan yang mudah ini..tapi sedap di tekak saya dan anak2 buah saya. Resepi yang ini dapat agak banyak so untuk sesiapa yang nak buat sikit boleh dibahagi 2 ok...


Sup Cendawan

Bahan-bahan:

8 keping cendawan shitake kering - rendam 1/2 jam perahkan airnya dan hiriskan
2 labu bawang bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
sedikit minyak sayuran/jagung untuk menumis
1.5 liter air
1 1/2 cawan susu sejat / cair
3/4 cawan tepung gandum - di bancuh dengan sedikit air
1 camca teh serbuk lada sulah
2 kiub ayam maggie
sedikit garam

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak saya gunakan minyak canola untuk menumis, untuk yang suka aroma butter boleh juga gunakan butter, tumiskan bawang besar dadu, bawang putih cincang dan  cendawan yang dihiris.
Tumis sehingga bawang dan cendawan berbau harum dan layu sahaja. Padamkan apinya.
2. Masukkan bahan2 yang ditumis tadi ke dalam blender, dan masukkan sedikit air blender halus. Setelah di blender masukkan ke dalam periuk bersama 1.5 liter air. Masukkan juga lada sulah dan kiub ayam maggie.
3. Bila sup dah mendidih boleh masukkan bancuhan tepung gandum, masukkan juga susu cair. kacau selalu supaya tidak membuak. Perisakan dengan sedikit garam. Bila dah masak elok dan memekat padamkan api. Hidangkan panas bersama roti peranchis yang di bakar dan disapu butter...  selamat mencuba.

ini lasagna briza yg buat bukan akak..