Assalamualaikum...
Salam Rabu untuk semua rakan2 dan pengunjung ZLC..hari ini rabu rupanya saya ingat selasa apa laa saya nie hari bulan pun dah x ingat..dah setengah bulan kita berpuasa xlama lagi dah nak beraya kan...huhu..bila tiba bab citer nak beraya nie..saya agak moody sikit almaklum bila x ada ibu ayah..beraya dengan adik beradik gan anak2 buah ajer lah...terlalu awal nak bercerita pasal rayakan..tapi sana sini mood raya dah bangkit..Macam malam tadi saya ke Bazar Karat di bandaraya JB..punyalah ramai orang dengan berbagai barangan atau perhiasan untuk hari raya di jual. Saya ke sana hanya jalan2 ajer xderlah nak membeli apa2. Lagu2 hari raya juga begitu rancak di mainkan tapi alahaiiiii lagu raya genre rock...rasa macam nak pecah gegendang telinga dengar..bagi saya lagu2 raya lama tu lebih sedap di dengar irama asalnya dari di ubah suai..tak taulah bagi selera orang lain terutamanya anak2 muda..begitulah peredaran zamankan benda2 yang lama sering diubahsuaikan oleh orang2 zaman sekarang..
Ok lah kita tinggalkan citer ke BK, untuk entry hari ini resepi mudah yang saya sediakan untuk bersahur sejenis masakan yang orang kata 2 in 1 sebab dah ada ayam dan sayur so tak perlulah masak sayur sebagai lauk sampingan..hehehe itu sebenarnya ayat orang yang agak malas macam saya nak mudah masak satu jenis ajer..jadilah untuk saya dan anak2 buah bersahur..untuk berbuka anak buah saya Iqin yang standard six tu dah pandai buat Crabstick Roll with Cheese tapi x sempat berposing telah dingap semasa berbuka sedappp pandai ikin sekarang dah boleh tolong mak j masak Alhamdullilah jadilah berbuka dengan yang ringan dahulu sebab kami singgah makan steamboat di dataran Bandaraya selepas ke Bazar Karat..
Paprik Ayam n Sayuran..
Bahan-Bahan:
500 gram ayam - isi ayam di potong kecil
1 batang karet - dihiris serong
1 mangkuk bunga kobis - dipotong kecil
segemgam cendawan enoki - buang akarnya
3 labu bawang besar - dihiris kasar
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - di hiris batang mancis
2 batang cili merah hidup - hiris serong
8-10 ulas cili padi kampung (biar sebiji2)
3 keping daun limau purut
4 sudu makan - sos tiram
4 sudu makan - sos cili
4 sudu makan - sos tomato
5-6 sudu makan kicap lemak manis
1 1/2 cawan air
(sos2 boleh di tambah atau kurangkan ikut selera masing2)
sedikit garam
sedikit minyak masak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih, halia dan cili hiris hingga layu dan berbau harum.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap diikut dengan air serta ayam masakkan sehingga ayam agak empuk, masukkan pula karet dan daun limau purut serta cili padi.
3. Balik2 sehingga ayam masak masukkan pula bunga kobis dan cendawan inoki, kalau ada cendawan tiram juga boleh gunakan. Saya tak ada so tukar dengan inoki, Bila dah masak elok masukkan sedikit garam jika perlu dan lauk ini juga boleh di tambah apa2 sayuran yang kita suka seperti putik jagung, capsicum dan kacang buncis juga.
4. Padamkan api bila dah masak dan hidangkan bersama nasi panas.
Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Wednesday, July 24, 2013
Monday, July 22, 2013
Rendang Campur Meletopsss...
Assalamualaikum...
Salam sejahtera salam Isnin 22 Julai..bersamaan 13 Ramadhan..cepat betul masa berlalu dah 13 hari kita berpuasa yer..apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya hormati sekelian, semoga semuanya sentiasa sihat disamping menjalani tugas seharian..saya percaya pada bulan puasa nie ramai yang mengalami sakit tekak..perit ajerkan rasa tekak..mungkin sebab kita tak minum secukupnya air masak..dan bila berbuka tu air ais juga yang mengoda kalbukan..macam saya bila dah berbuka dengan air panas bila nampak anak2 buah minum ais memang x boleh tahan..betul2 godaankan...hehehe..
Ok lah kita tinggalkan citer minum ais masa berbuka, hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 semua resepi rendang campur yang saya masak untuk iftar semalam..mesti ada yang pelikkan kenapa ada meletopsss di belakang nama rendang saya tu kan..sebabnya selain rasanya yang enak...muahahaha puji sendiri lagi..rendang yang saya buat ini agak pedas sebab saya gunakan dua jenis cili padi kampung dan cili padi biasa..jadi memang terangkatlah rasanya. Kalau saper2 yang tak berapa boleh makan pedas boleh kurang cili padinya atau gunakan lada blender pun ok...kita yang buat dia kannnn..
Bila dah masak rendangkan terasa macam nak beraya bagai..huuhu berangan jerlah yer..mula2 saya ingat nak rebus ketupat@nasi impit mini tapi oleh kerana dah kepenatan sebab paginya saya mengookies lagi so saya masak nasi putih ajer untuk lawan gan rendang tu..so ah-kak xbleh arr nak berangan2 macam makan hari raya.. Yang mengelatnya semalam dah masak2 tu saya tak berbuka di rumah tapi iftar di Restoran A&A Steamboat n Grill di Tmn Austin Perdana gan along saya n family jadi makan rendang nie masa bersahur tadi. Jom kita semak resepi di bawah..
Rendang Campur
Bahan-bahan:
600 gram daging lembu - direbus
600 gram paru-paru - direbus
600 gram hati lembu - direbus
4 labu bawang besar - di blender halus
5 ulas bawang putih - di blender halus
2 batang serai - di blender halus
1 inci kunyit hidup - di blender halus
1 1/2 inci halia - di blender halus
segemgam cili padi kampung + cili padi biasa (boleh kurangkan kalau x suka pedas)
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor - direndam sebantar
2 keping gula nira@ gula keret yang kecil - (guna gula timbang dalam 4 sudu makan pun boleh)
tambahkan gula pasir - jika perlu (ikut citarasa)
2 cawan santan pekat (saya guna santan kelapa sawit)
2 cawan air
1 peket @30gram rempah rendang adabi
3 sudu makan kerisik (saya guna yang siap dijual)
gram secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis.
Cara
1. Tiga jenis daging, paru-paru dan hati yang direbus hingga empuk tadi di hiris kecil. Saya x gunakan air rebusan sebab macam banyak sangat khasiatnya.
2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang telah di blender halus hingga naik minyak, masukkan sekali gula nira dan gula pasir.
3. Masukkan air dan santan diikuti dengan daging, paru-paru serta hati yang dihiris tadi. Masukkan juga daun limau purut balik2kan dengan api yang sederhana. Sebelum rendang mengering boleh masukkan asam keping dan kerisik.
4. Masukkan pula garam dan masaklah sehingga rendang agak mengering. Bagi yang suka rendang yang agak basah boleh lah biarkan rendang agak lembab berkuah.Hidangkan bersama ketupat atau nasi impit atau nasi putih panas...sedappp cubalah.

Saturday, July 20, 2013
Kuetiaw Goreng Basah...
Assalamualaikum...
Salam Ramadhan yang ke 10 ke dh 11 ek buat semua kawan2 dan pengunjung yang saya sayangi..cepat betul masa berlalukan...dah 1/3 ramadhan kita lalui..bagi saper2 yang mengambil tempahan cookies raya mesti sedang sibuk menyiapkan order...saya pun baru mula buat walaupun x banyak mana tapi terasa juga letihnya..tapi oleh kerana suka n minat punya pasal saya buat jugalah tu pun amik oder dari cikgu2 di sekolah saya ajer...nasib baik satu jenis aje kalau banyak mau fengsan agaknya saya..muahahaha..
Hari ini dari pagi lagi saya dah kuar ke Majlis Bandaraya Johor Bahru..ada rezki kerja pilihanraya hari tu..alhamdulillah saper nak bagikan kalau x bekerja..tapi beraturnya mak aiii sebatu panjangnya banyak sungguh petugas spr bagi 2 kawasan parlimen Pulai dan Pengkalan Rinting..nasib baik saya keluar agak awal jadinya Q xbrapa panjang lagi..lepas balik dari beratur tu saya gan SIL saya pi Mydin di Nusajaya..nampaknya tak bosan2 saya ke Mydin..ada ajer yang nak di beli..tapi sebenarnya barang2 dapur atau keperluan lainnya memang banyak di Mydin tu harganya pun berpatutan..wahhh dah promosi pasaraya Mydin saya nie..bila agaknya nak dapat royalty dari abg tokey Mydin...opsss terlebih sudahhhh nampaknya saya..nanti xpasal2 kena saman gan Puan Sri..seram saya..hehehe.
Ok lah dah penat gan celoteh saya kan kawan2 sebenarnya hari ini saya nak kongsikan resepi mudah yang saya masak untuk Iftar tadi...tu pun saya masak agak lambat sebabnya dah balik dari urusan2 seripadukabaginda tu saya sempat pulak mengookies..jom la kita tengok resepi kewtiaw goreng versi saya nie..pada tekak saya ok lah sedap..sendiri masak sendiri puji...biasalah tu kannnn..ada akak kesah..hehehe
Kuetiaw Goreng Basah
Bahan-Bahan
500 gram kuetiaw - dibilas dan toskan
15 ekor udang sederhana
1 batang karet - dihiris serong
1 mangkuk kobis manis beijing - dihiris (gantikan taugey sebab x ada)
5 sudu makan sambal tumis - kalau nak pedas lagi tambah (boleh juga guna cili kisar)
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
4 sudu makan sos tiram
6 sudu makan kicap lemak manis
1 cawan air
2 biji tomato segar - dipotong baji
sedikit garam (jika perlu)
sedikit minyak masak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang besar hiris dan bawang putih cincang hingga layu dan berbau harum, masukkan sambal tumis, masukkan sos tiram dan kicap diikuti air, bila dah agak mendidih masukkan udang dan karet, balik2kan.
2. Masukkan pula kuetiau dan sayur kobis..balik2kan kalau perlu letak sedikit garam, tapi saya tak letak sebab dah ada perisa kat sos tiram, kicap dan sambal tumis tu kan..takut termasin pulak nanti.
3. Akhir sekali masukkan tomato balik sebentar, dan boleh lah padamkan api. Hidangkan..

Friday, July 19, 2013
Gulai Udang Dengan Belimbing...
Assalamualaikum..
Apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC...agak lama saya x bersiaran di bulan puasa nie..agak sibuk sikit kalau waktu siang di pejabat memang x berkesempatan nak update blog...cuma kadang2 saya jeling2 jugak..ewahhh main jeling2 pulak di bulan puasa..hehehe ada2 aje saya nie.. Sebenarnya pada bulan puasa dan jika x puasa saya pun jarang2 masak..cuma kadang2 bergilir gan kakak saya milah dan chef in d house bedah.. selalu kalau saya yang masak lauknya simple ajer masak kuetiaw hailam untuk iftar puasa ke 3, puasa ke 4 saya masak sayur sup brokoli dengan bebola ikan, lawannya pun hanya telur dadar n ulam timun x silap saya..dan untuk puasa yang ke 5 ke 6 xsilapnya saya beli nasi ambang ajer..sebab kepanatan dan tak larat nak memasak so beli la 4 bungkus nasi ambang di bazar..hari2 seterusnya milah dan bedah yang memasak..saya berbuka di luar bersama kakak saya che ni yang datang dari segamat 2 hari berturut..pada puasa ke 7 kami ke gerai satay n yong tofu di Kg Melayu dan semalam puasa ke 8 kami berbuka di rumah along n kak zam di Tmn Perling..Wahhh citer pasal rutin iftar pulak saya nie...ok lah kita tinggalkan citer masak2 bulan puasa, hari ini saya nak kongsikan gan kawan2 semua resepi yang mudah yang saya masak untuk iftar hari ke 9 petang tadi..masa balik kerja kebetulan orang tak ada di rumah jadi saya teruslah keluarkan udang dan ayam dari freezer fikir punya fikir apa yang saya nak buat pemutusnya datang idea nak masak udang dengan belimbing buluh yang akak saya che ni bawak dari Bukit Kepong..simpan semula ayam di freezer. Ok panjang pulak citer saya kita teruslah tengok resepi mudah di bawah ini..makan dengan nasi panas lauk macam nie memang sedappp..
Gulai Udang dengan Belimbing
Bahan-Bahan:
500gm udang - di buang kepala tinggalkan janggutnya dan kulit
20 biji belimbing buluh di bersihkan hujung dan pangkalnya dan belah 2
2 batang cili merah hidup - diblender
10-12 batang cili padi - diblender
8 ulas bawang merah - diblender
1 inci kunyit hidup - diblender
1 batang serai dititik
2 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat - saya guna santan sawit (ada dijual di mydin hypermarket)
sedikit garam
Cara:
1. Masukkan bahan2 yang di blender ke dalam periuk bersama air dan serai yang dititik. Masak hingga mendidih, masukkan pula santan dan belimbing buluh dan udang.
2. Kacau selalu selalu supaya tak pecah santan, masukkan garam secukup rasa. Masak hingga udang masak dan kuah gulai masak elok, padamkan api, hidangkan bersama nasi panas.
*Nota: tak perlu letak asam keping sebab belimbing dah masam, kalau nak lauk yang lebih pekat sila tambah santan pekat..saya memang tak masak guna banyak santan, so lauk ini jadi macam gulai masam2 lemak..sedap cubalah..

nie la santan sawit yg saya gunakan.. |
iftar orang bujang..alhamdulillah jd la.. |
Friday, July 12, 2013
Ayam Masak Sos Tiram..
Assalamualaikum...salam pagi Jumaat penghulu segala hari bagi semua pengunjung alam maya yang dikasihi..semoga dihari Jumaat bersamaan 3 Ramadhan ini kita dapat menjalani ibadah puasa dan amalan2 sunat yang lain di bulan mulia ini dengan lebih ketakwaan dan segala urusan kita dipermudah Allah hendaknya.
Pagi ini saya cuma nak menyambung entry malam tadi kerana Nasi Ayam Hainan tak sah kalau tak ada ayamnya so ayam yang saya gandingkan bersama nasi kali ini agak berlainan sedikit sebab saya masak dengan sos tiram..sesuai untuk nasi ayam jom lah kita tengok bahan2 di bawah ok..
Ayam Masak Sos Tiram
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - sederhana besar di potong kecil
2 labu bawang besar - dibelah dua dan hiris agak kasar
5 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris batang mancis
3 biji cili hijau - di potong serong kasar
6 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
minyak masak untuk mengoreng ayam dan menumis.
Cara:
1. Ayam di cuci bersih dan toskan, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga ayam masak tapi tak perlu sehingga garing, embal sahaja. Angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia di hiris. Tumiskan sehingga layu dan berbau harum, masukkan lada hijau dan sos tiram berserta air.
3. Masukkan ayam balik2kan sebentar, kalau perlu masakkan sedikit sahaja garam sebab sos tiram dah masin dan ayam pun dah digoreng dengan garam kunyit. Lauk ini agak kering, dah balik2kan padam api. Hidangkan bersama Nasi Ayam Hainan atau Nasi putih. sedap..

Thursday, July 11, 2013
Nasi Ayam Hainan..
Assalamualaikum..
Apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi. Semoga anda semua sihat dalam menjalani ibadah puasa. Dah masuk hari ke 2 kita berpuasa nampaknya sana sini orang berjualan di bazar ramadhan kan. Rezeki orang berniaga setahun sekali mudah2an bagi mereka yang berniaga tu jualan mereka habis..tapi bila hujan tu terasa kesian kat mereka yang berjualan air dan semua2nya la..kat bazar ramadhan tu apa sahaja yang kita teragak dan teringin pasti ada..sebab macam2 makanan dan minuman yang dijual..cuma sediakan fulus sahaja..
Asik bercerita pasal bazar ramadhan saya nie..teringin gak nak pergi tapi sabar yer che ha..kalau nak pi bazar saya nie kena beringat2 sikit sebab selalunya tak dapat nak meng-kontrol-kan diri macam2 yang saya teringin nanti..macam budak2 gak..hehehe..ok lah kita stop dulu citer bazar hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi Nasi Ayam Hainan yang saya masak untuk iftar pertama ramadhan..lauknya saya gandingkan dengan ayam masak sos tiram..dan salad, hirisan timun tomato berserta kuah cili dan ada gak sop tulang ayam..jom kita semak resepi mudah di bawah dilain waktu esok ke saya masukkan resepi ayam masak sos tiram ok..
Nasi Ayam Hainan..
Bahan-Bahan:
4 cawan - beras siam wangi
6 cawan air (sukatan air macam masak nasi biasa)
3 sudu makan - paste Nasi Ayam brand Woh Hup (dalam botol boleh beli di supermarket)
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan minyak zaitun -(minyak masak pun boleh)
sedikit garam'
Cara:
1. Cuci beras dan di toskan masukkan dalam periuk rice cooker
2. Masukkan 3 sudu makan paste Nasi Ayam Hainan (paste ni dah lengkap x perlu letak bawang dan halia)
3. Masukkan minyak bijan dan minyak zaitun berserta sedikit garam.
4. Masak seperti masak nasi biasa, bila tanak dan nasi mengering kacaukan supaya nasi rata. Tekan sekali lagi keep warm dan biar sehingga nasi masak elok. Hidangkan Nasi Ayam Hainan bersama lauk ayam berserta salad serta timun dan hirisan tomato, sos yang dibuat sendiri dan sup.
Selamat mencuba mudah dan sedap..
*Note: Jika tiada beras wangi boleh juga gunakan beras biasa yang di campur beras pulut untuk mendapat Nasi Ayam yang lembut dan rasanya seperti kita memasak beras wangi..sukatan 3 cawan beras biasa dan campurkan 1 cawan beras pulut, sukatan airnya sama seperti kita masak nasi biasa.

Wednesday, July 10, 2013
Puding Laici...
Assalamualaikum...bertemu sekali lagi kita di alam maya pada 1 Ramadhan ini, untuk kawan2 dan pengunjung ZLC yang membaca entry saya pagi tadi saya ingin mohon maaf kerana agak emosi..al-maklum pepagi hari bulan puasa nie agak sensitif..biarlah kita tinggalkan kisah td pg sebab hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi mudah untuk pencuci mulut dan sangat sesuai untuk berbuka puasa. Puding Laici atau nama sebenarnya Puding Laici 'dangdut" tapi sajer saya sorokkan nama dangdutnya tu untuk menghormati bulan yang mulia ini kita simpan dulu ekk goyangannya.. Resepi yang saya tukil dari blog Sinar kehidupanku di yatiememories. blogspot ini memang sangat lembut ala-ala tafufa..makan sejuk2 memang nyaman tekak la orang kata..oppss bulan puasa citer pasal makan nie takut ramai yang sensitif nanti..hehehe.. ok lah untuk tak membuang masa sebab nanti kita nak masak2 petang sikit kan..saya mohon untuk share resepinya di sini ok Pn Yatie..terima kasih atas perkongsian ilmunya dan saya sebenarnya seorang peminat blog pn yatie sebab banyak resepi2 yang menarik dan sedap2 belaka sila clik DISINI . Jom kita semak resepi Puding Laici yang saya buat semalam dan di bawa ke skolah sedikit..
Puding Laici..
Sumber : Pn Yatie@Sinar Kehidupanku..
Bahan-bahan
Note: saya potong buah laici dan masukkan ke dalam puding dan sebahagian lagi dibuat hiasan di atas puding.
Puding Laici..
Sumber : Pn Yatie@Sinar Kehidupanku..
Bahan-bahan
- 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 tali (28 gm) (saya guna agar2 serbuk)
- 2 liter air
- 1 1/2 cawan gula
- 2 tin laici (asingkan airnya)
- 1 tin susu cair
- Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
- Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
- Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
- Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
- Kemudian sejukkan dalam fridge.
- Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.
Note: saya potong buah laici dan masukkan ke dalam puding dan sebahagian lagi dibuat hiasan di atas puding.
Hanya Doa dan Al- Fatihah Untuk Abah dan Mak..
Assalamualaikum..
Di hari pertama bulan Ramadhan hati saya terasa amat sayu dan hiba..bila mengenangkan orang2 yang kita kasihi yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu kerana menyahut panggilan Ilahi..Sebenarnya abah saya meninggal pada 2 Ramadhan tahun 2006, dah 7 tahun saya dan adik beradik kehilangan seorang abah yang sangat penyayang..dan arwah mak pula menyusuli permergian abah pada Februari 2011. Memang terasa sangat di saat orang lain masih ada ayah dan ibu untuk berpuasa bersama, berbuka, solat dan mengaji bersama...tapi Allah lebih menyangi mereka..hanya Doa..Al-Fatihah dan bacaan Yasin yang mampu dikirimkan..saya ingin menulis lebih panjang lagi kenangan bulan puasa bersama arwah Mak saya Hjh Zahriyah binti Jabid dan abah Hj Sheikh Ismail bin Bakar..tapi nampaknya air mata ini lebih deras mengalir dan saya x mampu menyeka..

Tuesday, July 9, 2013
Salam Ramadhan 1434H...
Salam Ramadhan 1434H buat semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita semua mendapat keberkatan & kejayaan dibulan yang mulia
ini... bersama-samalah kita menunaikan ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan dan kesyukuran In sha Allah...
Scramble Egg Mayo Sandwich..
Assalamualaikum..
Salam Selasa untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC semua..apa kabar kawan2 semua semoga anda semua sihat2..cepat betulkan masa berlalu esok dah masuk 1 Ramadhan bulan seribu keberkatan, bulan mulia yang dinanti2kan oleh setiap umat Islam di dunia.. kerana esok bermulanya bulan ibadah puasa yang di wajibkan untuk kita semua..Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah kerana diberikan peluang untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan dan semoga kita semua di berikan kekuatan dan kesihatan untuk beribadah sebaiknya di bulan Ramadhan.
Ok lah saya tak sempat berceloteh panjang hari ini kerana banyak lagi urusan yang perlu di bereskan. Sebenarnya saya buat scramble egg mayo sandwich ini pagi tadi utk di bawa ke sekolah kerana ada potluck di Skpt2 sebelum berpuasa..so apa lagi ramai la guru2 dan staf yang bawak makanan sorang sejenis macam2 ada dan bos saya buat Spagetty Bologness yang sedap n marvelosss..tq bos nie bukan kipas tau memang betul2 sedap..opis mate saya kak marie pulak bawa mee kari dan cikgu2 bawak lauk pauk dan nasi putih penuh lah 4 meja sampai x tau yang mana nak di makan..jamah sikit2 jadilahkan.
Masa mencari idea apa la yang saya nak bawak terfikir ada salad dan timun dalam fridge ada gak roti putih dan telur maka jadilah sandwich sempoi yang mudah di buat ini yang sesuai di makan pada bila2 masa. Saya pun ada gak buat sikit puding laici dangdut..kalau bulan puasa tu x leh la nak makan2 di waktu siang kena la tunggu waktu berbuka atau bersahurkan..hehehe dah terbayang2 suasana puasakan InShaAllah tunggu ajer lah beberapa jam lagi..
Jomlah kita semak resepi mudah di bawah ini..nanti bila ada masa saya masukkan pula resepi puding laici dangdut..
Scramble Egg n Mayo Sandwich
Bahan-Bahan:
1 Bantal panjang roti putih (saya guna roti gardenia)
6 biji telur ayam
3 sudu makan mayonis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh lada hitam - dikisar kasar
sedikit garam
sedikit minyak masak
secukupnya coral salad
secukupnya hirisan timun
secukupnya mentega
Cara:
1. Telur dipukul sedikit bersama mayonis, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali masukkan telur yang dipukul tadi, kacau rata sehingga telur masak taburkan pula dengan lada hitam kisar kasar dan kacau rata, matikan api dan salin telur masak hancur serta ketepikan.
3. Untuk buat sandwich, sapukan roti bersama butter, letakkan secukupnya scramble egg diatas roti, letakkan daun salad dan timun dan tutupkan dengan sekeping lagi roti yang di sapu butter.
4. Potong dua roti dan hidangkan.

Sunday, July 7, 2013
Masak Lemak Nanas Dengan Ikan Sepat Masin..
Assalamualaikum...
Salam ahad dan selamat berhujung minggu buat semua kawan2 dan pengunjung ZLC..apa kabar semuanya..semoga sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga tersayang..saya baru baik dari demam sebenarnya dari hari khamis lepas saya dah x berapa sihat..rasa sejuk di luar tapi dalam badan terasa panas atau seram sejuk...mula2 tu saya dah kepejabat pagi khamis tapi nampak makin x berdaya saya pun mohon balik dan ambil cuti. Petangnya saya ke poliklinik..dan apa lagi memang sahlah tekanan darah saya naik tinggi..dah nak sakit kan nak buat macammana dapat 2 hari MC untuk berehat di rumah.. Sedangkan orang yang sihatpun ada yang kita dengar tiba2 meninggal..ini kan pula yang dah sakit2. Ini semua ketentuan Allah dan kita tak dapat mengelak apa juga yang telah tertulis untuk kita..
Panjang pulak intro saya tentang sakit yer...ok la kawan2 oleh kerana dah lama tak ada entry dan tidak menulis di blog saya rasa macam bersalah pulak sebab kesian pada yang menjengah ke blog ini masih lagi dengan cerita lama...hari ini pun saya cuma ingin kongsikan sejenis resepi masakan yang digemari oleh orang2 melayu tapi bukan yang baru dimasak tapi dah berminggu2 atau berbulan tak ingat saya tapi pastinya saya x pernah lagi masukkan resepi ini di ZLC so bagi sesiapa yang gemarkan lauk sebegini yang memang sedap dan sangat membuka selera dimakan dengan nasi panas2 ditambah pulak dengan sambal belacan dan ikan goreng memang terangkatkah orang kata mak mertua lalu pun tak perasan...muahahaha mak mertua saper lak yang lalu tu ekk..suka2 saya ajer..jom kita semak resepi mudah di bawah.
Masak Lemak Nanas dengan Ikan Sepat Masin
Bahan-Bahan:
4 ekor ikan sepat masin - dipotong 2 atau 3 jika besar, rendam sebentar cuci dan toskan
1 biji nanas - buang kulit dan matanya
10-12 biji cili padi - ditumbuk halus
5 ulas bawang merah - ditumbuk halus
1/2 inci kunyit hidup -di tumbuk halus
1 mangkuk sedang ><500ml santan pekat
2 1/2 cawan air
Cara:
1. Nanas di hiris tinggalkan empulurnya (bahagian dalam yg keras)
2. Masukkan air ke dalam periuk bersama bahan2 yang ditumbuk halus bila dah mendidih masukkan nenas
3. Masukkan pula santan pekat diikuti dengan ikan sepat yang telah direndam sebentar tadi, masak lauk lemak dengan kacau selalu kuahnya agar tidak pecah santan. Kalau perlu masukkan sedikit garam tapi selalunya tak perlu sebab ikan masin dah sedia masin. Bila dah masak elok padamkan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Monday, July 1, 2013
Julai + Aura + Mood = !@#$%^
Assalamualaikum...
Salam Isnin bersamaan 1 Julai 2013...Julai datang lagi menandakan separuh dari tahun 2013 telah berlalu.
Apakabar kawan2 semua dan pengunjung ZLC yang saya rindui selalu semoga anda semua sihat dan sentiasa di bawah lindungan yang maha esa hendaknya..saya alhamdulillah sihat seperti biasa dan ada juga ketikanya kurang sihat batuk2 dan sakit tekak maklumlah seminggu yang lalu negara kita dilanda Jerubu yang agak teruk dan bacaan indek pencemaran melepasi tahap bahaya pada kesihatan hingga yang sampai 800 lebih ngeri bila dengarkan. Nasib baiklah sekolah di daerah JB x dicutikan kalau tak coti lah jugak saya...muahahaha berangan nk bercuti ajer..
Lama sungguh saya x ke udara di alam maya ini..dan yang terakhir semasa sama masukkan entry Rendang Ayam Kelantan pada 10 Jun lalu..lama betulkan cuma 2 entry ajer memang catat rekod pada bulan Jun sebab mood berblog ke laut..kalau nak ikutkan macam nak pencen ajer dari berblog. Bila di buka sesekali tu terasa rindu pula sebab dah lama tak menulis apa-apa. Harap2 bulan Julai nie saya akan lebih bersemangat lagi untuk mengupdate blog dengan resepi2 yang mudah dan ringkas..In Shaa Allah. Dalam pada agak ke--busy--an saya sempat gak buat sedikit Chocolate Chip Cookies untuk sample dan jualan pra puasa n raya.. Dah nak masuk bulan Ramadhan tak sampai 10 hari kita akan mula berpuasa..mudah2an kita semua di berikan kekuatan dan kesihatan untuk menjalani Ibadah puasa yang hanya datang sebulan setahun..
Ok lah agak panjang juga saya berceloteh ini hari nie, saya x dapat kongsikan apa2 resepi hanya gambar choc chip cookies yang saya buat semalam dan untuk bagi yang masih sudi menjengah blog ZLC yang sudah sejuk kaku nie saya mohon maaf semoga di masa akan datang saya akan dapat mengupdate semula ok..salam sayang dari saya untuk anda semua..muaahhh..
Subscribe to:
Posts (Atom)