Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, July 7, 2013

Masak Lemak Nanas Dengan Ikan Sepat Masin..

Assalamualaikum...

Salam ahad dan selamat berhujung minggu buat semua kawan2 dan pengunjung ZLC..apa kabar semuanya..semoga sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga tersayang..saya baru baik dari demam sebenarnya dari hari khamis lepas saya dah x berapa sihat..rasa sejuk di luar tapi dalam badan terasa panas atau seram sejuk...mula2 tu saya dah kepejabat pagi khamis tapi nampak makin x berdaya saya pun mohon balik dan ambil cuti.  Petangnya saya ke poliklinik..dan apa lagi memang sahlah tekanan darah saya naik tinggi..dah nak sakit kan nak buat macammana dapat 2 hari MC untuk berehat di rumah.. Sedangkan orang yang sihatpun ada yang kita dengar tiba2 meninggal..ini kan pula yang dah sakit2. Ini semua ketentuan Allah dan kita tak dapat mengelak apa juga yang telah tertulis untuk kita..

Panjang pulak intro saya tentang sakit yer...ok la kawan2 oleh kerana dah lama tak ada entry dan tidak menulis di blog saya rasa macam bersalah pulak sebab kesian pada yang menjengah ke blog ini masih lagi dengan cerita lama...hari ini pun saya cuma ingin kongsikan sejenis resepi masakan yang digemari oleh orang2 melayu tapi bukan yang baru dimasak tapi dah berminggu2 atau berbulan tak ingat saya tapi pastinya saya x pernah lagi masukkan resepi ini di ZLC so bagi sesiapa yang gemarkan lauk sebegini yang memang sedap dan sangat membuka selera dimakan dengan nasi panas2 ditambah pulak dengan sambal belacan dan ikan goreng memang terangkatkah orang kata mak mertua lalu pun tak perasan...muahahaha mak mertua saper lak yang lalu tu ekk..suka2 saya ajer..jom kita semak resepi mudah di bawah.

Masak Lemak Nanas dengan Ikan Sepat Masin

Bahan-Bahan:

4 ekor ikan sepat masin - dipotong 2 atau 3 jika besar, rendam sebentar cuci dan toskan
1 biji nanas - buang kulit dan matanya
10-12 biji cili padi - ditumbuk halus
5 ulas bawang merah - ditumbuk halus
1/2 inci kunyit hidup -di tumbuk halus
1 mangkuk sedang ><500ml santan pekat
2 1/2 cawan air

Cara:

1. Nanas di hiris tinggalkan empulurnya (bahagian dalam yg keras)
2. Masukkan air ke dalam periuk bersama bahan2 yang ditumbuk halus bila dah mendidih masukkan nenas
3. Masukkan pula santan pekat diikuti dengan ikan sepat yang telah direndam sebentar tadi, masak lauk lemak dengan kacau selalu kuahnya agar tidak pecah santan. Kalau perlu masukkan sedikit garam tapi selalunya tak perlu sebab ikan masin dah sedia masin. Bila dah masak elok padamkan api. Hidangkan bersama nasi panas.

3 comments:

  1. Dari semalam terfikir nak masak lauk lemak nenas ikan masin. Semua bahan dah ada. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana blogwalking di blog sy..cubalah masak lauk lemak nenas ikan masin ni..memang sedap..

      Delete