Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, July 10, 2013

Puding Laici...

Assalamualaikum...bertemu sekali lagi kita di alam maya pada 1 Ramadhan ini, untuk kawan2 dan pengunjung ZLC yang membaca entry saya pagi tadi saya ingin mohon maaf kerana agak emosi..al-maklum pepagi hari bulan puasa nie agak sensitif..biarlah kita tinggalkan kisah td pg sebab hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi mudah untuk pencuci mulut dan sangat sesuai untuk berbuka puasa.  Puding Laici atau nama sebenarnya Puding Laici 'dangdut" tapi sajer saya sorokkan nama dangdutnya tu untuk menghormati bulan yang mulia ini kita simpan dulu ekk goyangannya.. Resepi yang saya tukil dari blog Sinar kehidupanku di yatiememories. blogspot ini memang sangat lembut ala-ala tafufa..makan sejuk2 memang nyaman tekak la orang kata..oppss bulan puasa citer pasal makan nie takut ramai yang sensitif nanti..hehehe.. ok lah untuk tak membuang masa sebab nanti kita nak masak2 petang sikit kan..saya mohon untuk share resepinya di sini ok Pn Yatie..terima kasih atas perkongsian ilmunya  dan saya sebenarnya seorang peminat blog pn yatie sebab banyak resepi2 yang menarik dan sedap2 belaka sila clik DISINI      .  Jom kita semak resepi Puding Laici yang saya buat semalam dan di bawa ke skolah sedikit..


Puding Laici..
Sumber : Pn Yatie@Sinar Kehidupanku..

Bahan-bahan

  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 tali (28 gm) (saya guna agar2 serbuk)
  • 2 liter air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara
  1. Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.
(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)
 Note: saya potong buah laici dan masukkan ke dalam puding dan sebahagian lagi dibuat hiasan di atas puding.

No comments:

Post a Comment