Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, September 15, 2014

Donut Frozen Princess Elsa Untuk Aina n Sara

Assalamualaikum...

Salam ceria semua, hari ini isnin 15 September..esok 16 hb dah cuti Hari Malaysia pula...seronok juga kan bila dapat bercuti cuma kalau dapat cuti bersambung lagi bestkan kawan2..walaupun hanya sehari saya agak ramai yang telah mengatur program untuk berlibur di luar atau ada yang malas mungkin nak bersantai2 sahaja di rumahkan..saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia walau dimana juga anda berada..

Seperti tajuk di atas, saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi donut yang amat digemari oleh kanak2, dan orang dewasa juga..dan versi donut kali ini atas permintaan anak buah saya Aina Arissa dan Sara Shahira yang sudah komplen bila saya nak buatkan mereka donut..dah lama benar saya tak mendonut jadinya pada sabtu lepas sampailah hajat anak2 nak makan donut. Dengan sedikit kelainan donut kali ini tidak di salut dengan gula halus tapi dah di buat ikut versi carton Frozen yang anak2 nie suka sangat so jadilah donut Princess Elsa.. jom kawan2  kita tengok resepi mudah donut yang gebu dan comel di bawah...


ni donut yang di hias oleh Aina n Sara siap dengan patung Princess Elsa, Anna n Olaf


Donut ~Elsa~

Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum - diayak
1 peket yis segera (11gram)
3 sudu makan gula
4 sudu makan butter
1 1/4 cawan air suam
4 sudu makan susu cair
secubit garam
minyak masak untuk mengoreng donut
Bahan Perhiasan:
Butter Icing secukupnya
Colour rice (blue) secukupnya

Cara:

1. Mula-mula bancuhkan yis dengan 1/4 cawan air suam dan 1 sudu gula biarkan dalam 10 minit untuk yis mengembang.
2. Dalam mangkuk adunan masukkan tepung yang diayak bersama butter, gula dan garam, gaul rata hingga menjadi seperti breadcrumb. Buatkan lubang di tengah2 adunan tepung ini dan masukkan yis yang telah dibancuh tadi beserta susu cair dan air suam sedikit demi sedikit sambil menguli.
3. Uli adunan hingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat ditangan serta mangkuk adunan.
Setelah itu rehatkan doh selama 30 minit dengan menutup doh.
4. Setelah doh naik sekali ganda boleh bentukkan doh ambil sebesar bola ping pong atau size yang dikehendaki (saya suka size yang comel2) dan bentukkan bulat dan berlubang ditengahnya, susunkan ke dalam loyang yang ditabur dengan sedikit tepung.
5. Biarkan donut yang dibentuk naik dalam 10 - 15 minit, barulah di goreng terendan dengan minyak gunakan api yang sederhana hingga donut masak dan berubah warna kekuningan sedikit. Angkat donut dan toskan.
6. Bila dah hilang haba panas donut yang diangkat tadi baru lah sapu permukaan atasnya dengan butter icing dan sprinkle dengan colour blue rice.. atau boleh juga gunakan kreativiti masing2 untuk mencorakkannya.  Cubalah kawan2 pasti anak2 suka..



jemput makan adik2 smua Elsa & Anna dah lapar ni..


No comments:

Post a Comment