Salam khamis dan salam ceria buat semua pengunjung ZLC yang saya sayangi.. Terasa sejuk sedikit hari ini sebab cuaca mendung dan hujan sekejap2 bermula dari malam tadi alhamdulillah hujan rahmat sejuk sikit muka bumi kita kan..tapi biasalah kan bila cuaca nyaman aje macam ni terasa mengantuk pulakkan.. untuk menghilangkan rasa mengantok di waktu rehat tengah hari nie saya nak kongsikan dengan pengemar2 Tomyam dan juga pengemar mee segera resepi yang mudah di buat tapi puas hati bila dapat menghirup tomyam yang panas masam2 pedas gitu di kala cuaca yang agak sejuk..sebenarnya saya masak tomyam mee segera ni pada hari sabtu lepas sebelum bertolak ke muar..gunakan bahan2 yang ada di dapur aje..so x cukup lengkap sayuran2nya tapi yang penting ianya sedap okeh..
Tomyam Udang Mee Segera
Bahan-Bahan
Udang besar - 6 ekor (terpulang nak guna udang size apa klau size L utk seorang seekor cukup)
Sotong - 7-8 ekor dipotong gelang
2 labu bawang besar - dihiris kasar/bulat
2 ulas bawang putih diketuk
2 batang serai - dihiris serong
daun limau purut - beberapa helai (5-6 cukup)
1 batang lobak merah - dihiris
secawan kobis bunga - di potong kecil (saya tak ada x letak)
batang salderi 2 batang - dipotong serong
2 biji tomato segar - dipotong baji (wadges)
10-15 batang cili padi - dihiris serong setiap satu
3 sudu makan -paste tomyam (beli dalam botol)
jus limau nipis - secukupnya (lebih kurang 1/4 cawan)
gula dan garam - secukupnya (untuk balance kan rasa masam manis pedas)
air 5-6 cawan, ikut banyak mana kuah yang kita nak.
Mee segera kering - 4-5 keping -direbus dan toskan airnya
Sayur pak choy (sawi jepun) - 3 pokok - dicelur dan toskan airnya asingkan.
Cara:
1. Mula-mula sedikan Tomyam, masukkan air dalam periuk bersama bawang besar hiris, bawang putih, serai, cili padi dan paste tomyam. Rebuskan sehingga mendidih.
2. Masukkan pula lobak merah hiris, batang salderi dan kubis bunga. Bila dah agak lembut sayuran2 masukkan udang dan sotong, daun limau purut, jus limau nipis dan perisakan dengan gula dan garam secukupnya. Rasa kesesuaian masam manis dan pedas tomyam dan tambahkan mana2 bahan yang perlu. Bila dah sebati dan masak elok udang dan sotong masukkan tomato segar dan boleh di padamkan api. Tak perlu masak lama2 sangat nanti keras isi udang dan sotong.
3. Untuk menghidang, letakkan mee segera yang telah siap direbus tadi dalam mangkuk bersama beberapa helai sayur pak choy yang dicelur dan tuangkan kuah tomyam bersama isinya letakkan seekor udang, sotong sayuran dan tomato juga. Hidangkan panas..sedappp tau kawan2 cubalah..
No comments:
Post a Comment