Salam pagi isnin buat semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi..buat apa tu...tengah sibuk dengan tugasan atau ada yang mood monday blues hari ini... keje tetap kena kejekan x boleh lah nak monday blues sangat ek... hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua resepi mudah yang saya mengidam
Pisang Goreng Cheese
Bahan-Bahan:
Pisang tanduk 2 batang sedang (saya guna size kecil 4 batang) dipotong serong(ikut suka)
boleh juga guna pisang jenis lain.
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu makan butter
garam secukupnya
+- 1 1/4 cawan air
dan minyak masak untuk goreng terendam
Bahan dressing:
Secukupnya susu pekat manis untuk drizzle di atas pisang goreng
beberapa keping cheddar slice cheese
Cara:
1. Mula-mula buat bancuhan adunan goreng pisang, masukkan kedua-dua jenis tepung, garam dan butter dalam mangkuk, gaul rata supaya butter sebati dengan tepung dan masukkan air sedikit demi sedikit, Adunan batter haruslah tidak terlalu cair atau pekat. Gaul hingga tidak bergentel.
2. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas masukkan pisang yang telah digaul dalam adunan batter dan gorenglah hingga masak dan keperangan. Angkat dan toskan.
3. Untuk menghidang letakkan goreng pisang ke dalam pinggan drizzle kan dengan sedikit susu pekat manis n letakkan slice cheese yang di potong2 sedikit. Siap untuk dimakan..
* Untuk versi makan di pejabat saya masukkan pisang goreng dalam tupperware sampai opis baru saya drizzle dengan susu pekat n letak cheese. Panaskan dalam Microwave 1 minit so cheese tu akan melt n makan panas2..sedap tau uolls..xcaya cer la buat..
nie yg versi melt kan cheese dlm microwave |
yg ni xde kena mengena gan PGC - yg dimkn di SR hr tu lain kali leh wat resepi cengini lak |
No comments:
Post a Comment