Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, February 2, 2012

Lempeng Kosong Cicah Kari Ikan Tanpa Santan...

Assalamualaikum...

Apakabar kawan2 semua, semoga semuanya sehat dan ceria2 selalu.  Dah masuk hari kedua bulan dua pada tahun 2012 nie kan..cantik jugak tarikh hari ini 2.2.2012 sekejap ajer kan masa berlalu.  Saya pun baru ada kesempatan nak update entry di blog itu pun tiada yang istimewa jadi minta maaflah banyak2 yer..apa yang saya nak kongsikan hari ini cuma lempeng kosong atau polos ajer..takder kelapa atau bahan2 sampingan yang lain cicah atau dimakan pulak dengan kari ikan asam tanpa santan.. memang sesuailah sangat dengan selera tekak saya yang sukakan kari ala2 mamak tanpa santan ini..Oklah tak nak bercerita panjang tak idea lagi pun jom lah kita semak bahan-bahan yang diperlukan untuk buat lempeng gan kuah kari ini.


Lempeng Kosong..

Bahan-Bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air - gunakan cawan yg sama menyukat tepung
1/4 camca teh garam
secubit serbuk kunyit
sedikit minyak untuk sapu pada nonstick pan

Cara:

1. Massukkan air, tepung gandum, garam dan serbuk kunyit dalam blender dan dikisar hingga tepung sebati, kalau dan kacau gunakan whisk ajer pun boleh.
2. Panaskan nonstick pan, lenserkan dengan sedikit minyak sahaja curahkan dalam 1 senduk lauk adunan lempeng, biarkan dia melurut bulat tak perlu di goyangkan kuali. Masak lempeng dengan api sederhana, bila permukaan agak kering balikkan dan tunggu sebentar, angkat letak dalam pinggan  buat hingga adunan lemping habis. Hidangkan panas bersama kuah kari atau sambal tumis.




Kari Ikan Tanpa Santan

Bahan-Bahan

2 ekor ikan kembong dipotong 2 (boleh guna apa2 jenis ikan)
4 sudu makan penuh rempah kari ikan - dibancuh dengan 1/4 cawan air jadikan pes
6 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia dihiris batang mancis
2 cawan jus asam jawa - dibuat gunakan sekepal asam jawa ramas dan tapis jusnya
3 cawan air
2 tangkai daun kari
sedikit garam 
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia hingga agak keperangan dan berbau harum, masukkan pes rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga rempah kari agak garing dan naik minyak, masukkan air asam jawa dan air, dan daun kari, biarkan kuah agak mendidih.
2.  Masukkan ikan kembong yang dipotong 2 tadi. Masukkan sedikit garam masak sehingga ikan masak dan rasakan kesuaian rasanya..Hidang bersama nasi dengan lauk pauk lain atau boleh  dimakan dengan lempeng.

No comments:

Post a Comment