Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, February 16, 2012

Tom Yam Kung....

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera untuk semua hari nie hari khamis dan esok dah jumaat sekejap sahaja masa berlalu dan dah nak hujung minggukan..wahh seronoknya bila dah hampir hujung minggu 2 hari masa untuk berehat dan melupakan kerja2 di pejabat tu.. hari ini saya nak masukkan resepi tertunggak lagi iaitu Tom Yam Kung atau Tom Yam Udang dan Sayur-sayuran tak ingat bila dimasak rasanya lebih dari 2 minggu lalu...jom kita tengok resepi tomyam yang masam2 pedas ini memang sedap bila dapat menghirup tomyam bila tekak tak berapa nak selerakan...  untuk kanda yang suka makan tomyam juga..opss apa pulak saya melalut utk kanda nie..hehe



Tom Yam Kung...

Bahan-bahan:

15 ekor udang sederhana besar - lebih kurang 300 gm dibersihkan buang kepala dan ekor yg tajam
2 labu bawang besar - dihiris bulat kasar
7-8 kuntum cendawan tiram - siat jika besar
1/2 batang karet - dihiris serong
2 batang daun celery hiris serong
1 cawan bunga kobis -yang dipotong bunga
5 batang putik jagung  muda- dihiris
 2 batang serai dititik
2 sudu makan penuh pes tomyam atau 2 kiub pati tom yam knorr
7 tangkai cili api -boleh campur merah dan hijau
2 helai daun limau purut
1 pohon daun ketumbar - dibersihkan dengan akar2 nya sekali digunakan
1/2 cawan susu cair
2-3 biji  limau nipis - perah jusnya - kalu guna jus limau dlm botol yg siap dijual pun boleh
dalam 1/4 cawan
air secukupnya kalau nak banyak kuah letak lah dalam 2 liter air
garam dan gula secukup rasa.

Cara:
1. Masukkan air kedalam periuk bersama pes tomyam, serai yang dititik, daun ketumbar yang di patahkan sahaja dengan akar2nya sekali, cili api dan bawang besar hiris, masak hingga kuah tomyam mendidih baru masukkan karot dan biarkan sebentar angar karot empuk masukkan sayuran lain dan udang.
2. Masukkan garam gula, jus limau dan juga daun limau purut. Bila semua bahan dah dimasukkan sebelum ditutup api masukkan pula susu cair. rasakan sekali lagi kesesuaian rasa masam manisnya dan tambah jika  perlu barulah tutupkan api.  Hidangkan panas bersama nasi putih atau boleh juga dimakan dengan mee hoon yang dicelur.

No comments:

Post a Comment