Selamat malam isnin untuk semua..apakabar semuanya? diharapkan kawan2 semua sehat dan ceria pada hari ini pembuka minggu ini...pejam celik dah nak masuk bulan Mac tapi pada tahun ini bulan Februari akan berakhir pada 29hb bukan 28 hb seperti lazimnya..jadi sesiapa sahaja yang lahir pada 29hb Februari tahun ini sungguh bertuah kerana dapat menyambut hari lahir yang putarannya hanya berlaku empat tahun sekali...tapi kat rumah saya ini ada yang lahir pada hari esok iaitu 28hb Februari 1976 iaitu adik saya Siti Zubaidah..yang merupakan Master Chef Cook di Resident Dahlia...muahahaha...ada2 saya nie eks..anyway Happy Birthday untuk Bedah semoga sentiasa di berikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagian bersama anak2 yang dikasihi..
Hari ini saya hendak berkongsi resepi yang saya buat untuk minum petang hari Ahad semalam kueh Dadar Goreng Berinti Ikan dah saya siarkan semalam jadi hari ini resepi yang sangat ringkas dan mudah iaitu sagu pancawarna atau Kueh Bronok.. sebenarnya anak buah saya Aishah request untuk Puding sagu yang dimakan bersama syrup gula melaka atau gula merah dengan susu cair tapi saya teringin versi kueh bronok jadi bila dah di kacau dapat seloyang jadi kueh sagu 2in 1 lah nie...jom kita semak resepi di bawah:
Sagu Pancawarna @ Kueh Bronok
Bahan-bahan:
1 cawan - biji sagu putih yang kecil - cuci dalam tapis dan toskan
1/2 cawan - gula pasir
3 cawan air
beberapa titis pewarna merah
Sedikit Kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam
Cara:
1. Panaskan air di dalam periuk masukkan gula dan masak hingga mendidih. Bila air dah mendidih masukkan sagu biji yang telah ditoskan tadi. Kacau sehingga memekat dan warna biji sagu yang putih bertukar menjadi jernih.
2. Masukkan beberapa titis pewarna makanan, xkisah warna hijau ke merah ke kuning saya gunakan warna merah kacau lagi sehingga kueh ini keluar gelembung angin blup2 dipermukaannya dan tuangkan kedalam loyang. Sejukkan kueh dan potong kalau agak lembut macam saya buat nie boleh scoop ajer guna sudu kemudian golekkan dalam kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam. Hidangkan
3. Kalau nak makan versi puding, scoopkan sagu ke dalam mangkuk kemudian curahkan degan sedikit susu cair diikuti dengan syrup gula melaka atau gula merah. Boleh dimakan sejuk juga dengan meletakkan ice cube dalam puding sagu ini.
ini versi puding sagu yang anak2buah saya suka... |
No comments:
Post a Comment