Kentang Putar dan Sos Perang
Bahan-Bahan
Untuk Kentang Putar
6-7 biji kentang sederhana besar - di kupas kulit potong 4, direbus hingga empuk dan toskan
sedikit garam
Cara:
1. Lecekkan kentang dengan smasher - pelenyek kentang sehingga kentang halus dan sebati.
2. Skop kentang gunakan skop icecream atau dibentuk dengan acuan kecil (acu lompang) dan susun dalam pinggan curahkan sos perang diatasnya dan hidangkan bersama ayam goreng dan coleslaw.
Untuk Sos Perang
1/2 cawan tepung gandum
3-4 sudu makan minyak jagung/minyak masak
11/2 - 2cawan air bergantung pada pekat sos yg diinginkan
1 sudu makan kicap
1 kiub ayam knorr
sedikit garam
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali masukkan tepung dan kacau agak kekuningan masukkan air masukkan sedikit2 jangan masuk semua sebab nak tengok kepekatan yang kita nak.
2. Masukkan kuib pati ayam, kicap dan sedikit garam, kacau sebagi masak hingga agak memekat. Padamkan api, hidangkan bersama kentang putar dan boleh juga dimakan bersama nugget atau ayam goreng.
kalau ada kentang putar mesti atau coleslaw kan baru sedap makan ayam goreng.. |
No comments:
Post a Comment